Saya jual SHAKLEE

Saya jual SHAKLEE
Saya jual SHAKLEE

Friday, August 25, 2017

Resepi Nasi Ayam Paling Mudah

Assalamualaikum wbt

Sedar tak sedar, dah hampir penghujung bulan Ogos.
Ni bermakna, dah almost 2 month aku resign dari kerja hakiki dan mula bina kerjaya dari rumah :)
Untuk yang selalu tanya tu..

Farah, ko resign ke?
Farah, kena berhenti ke?

Jawapannya.. Ye.
Aku berhenti! Resign! Tapi paling best, masa nak hand over surat resign, bos pulak panggil offer VSS. Of course la terus koyak surat resign dan terus cakap OK bos! Saya terima offer ini.. Githeww..  *mata shining.. hehe

Ada yang anggap ni dugaan. Yelahhh, kena berhenti kot. Tak risau ke belanja rumah yada yada yada.. Kesian ko..
Aku anggap ni semua CHALLENGE! Tukar angin. Jaga family sambil jana income dan buat apa yang kita nak. Sound interesting right?

Jadi, jangan kasihan kan aku. Sesungguhnya, aku amat happy dan bahagia dengan rezeki kurniaan ilahi. Ecehh.. Bebas dari night shift tu paling Syurgaaaa...

Jadii, untuk celebrate kegembiraan aku, aku belanja korang resepi Nasi Ayam Paling Mudah Paling Sedap. One of my favourite selain berniaga is, menulis :)

Oh ya, resepi ni asalnya dari blog masakan popular Aziejaya. Aku tak olah banyak, sebab resepi nya memang simple dan senang. Husband tambah 3 kali. peace yo!

Resepi Nasi Ayam Paling Mudah


Sup

1/2 ekor Ayam
4 biji Bawang Merah *dihiris
4 ulas bawang putih *dihiris
1/2 inci halia *dihiris
Sup bunjut
Garam 
Serbuk Perasa (Maggi Cukup Rasa)

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan sup bunjut sehingga wangi
2. Masukkan ayam dan masak sehingga kering air
3. Masukkan air dan rebus sehingga ayam masak. Garam dan perasa jangan dilupa.
4. Tutup api dan keluarkan ayam.



Nasi Ayam

Beras 
Sup Ayam
2 sudu Mentega

1. Cuci beras dan tos
2. Masak nasi seperti biasa. Gantikan air kepada sup ayam
3. Bila nasi dah masak, masukkan mentega dan kacau rata. Jadi nasi kita akan nampak menyelerakan :)

Serius bangga bila dah masak, nasi dia sebiji macam nasi ayam popular kat Kuala Pilah dulu. Oh rindunya..


Ayam Goreng

Ayam Rebusan
Sos Tiram
Kicap Manis

1. Lumurkan ayam yang direbus dengan kicap manis dan sos tiram. Perapkan sekejap
2. Panaskan minyak dan goreng sekejap sahaja. Sebab ayam dah masak. Goreng untuk bagi sebati dengan kicap dan sos tu sahaja


Sambal Cili 

5 tangkai Cili Merah
2 biji Cili Api Merah
1 biji tomato
1 sudu cuka
Garam 
Gula

1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali garam dan gula.
2. Masak bahan blender dalam kuali tanpa minyak. Tambah gula dan garam
3. Dah menggelegak boleh angkat

Mak pesan kena masak jugak cili kalau taknak sakit perut. hewhew...
Kuah kicap mana? Aku macam malas nak buat sebab tak menahan sesangat tengok nasi ayam yang mengiurkan.. hehe..

Ingat tak air dari perapan ayam tadi? Yang kicap manis dengan sos tiram tuuu.. Haa, siram balik atas ayam. SETEL! Oh senangnya hidup..

Selamat mencuba! Dah cuba jangan lupa share link blog korang tau. Nak tengok hasil air tangan korang yang power tu :)

Daaaa~

No comments:

Post a Comment