Pages

Thursday, October 4, 2018

Holiday : Langkawi Day 3

Hari ke 3 barulah start jalan-jalan sebenarnya.
Dari pagi sampai ke malam.

Sebab hal shopping dah setelkan semalam.
So, hari ke 3 sampai balik kita berjaaaaalan je.
Actually, Langkawi ni banyak je tempat nak bawak anak-anak.
Tapi, yang tak tahan tu, entrance fee nya boleh dikatakan MAHAL jugak lah.

Yang mana pi masa anak bawah 2 tahun memang untung.
Kebanyakan tempat dia boleh masuk macam boss.
Tak payah bayar.

Langkawi Cable Car
Siapa yang datang Langkawi tapi tak dapat naik cable car, memang akan rasa sedey la sikit. Dengarnya selalu maintenance. Tapi alhamdulillah syukur, masa kitorang datang tu, cable car sihat.

So letss beli tiket.
Kitorang ambik pakej RM 45 so, boleh access ke SkyCab(cable car), SkyDome, 3D Art Langkawi dan Langkawi wildlife Park (ini lokasi dia kat tempat lain)

Jimat banyak jugak lah. Sebab kalau pi Langkawi wildlife Park je, fee dia RM 39 untuk dewasa. Mahal mahal jugekk.. hew hew

So kat cable car ni, better pi pagi-pagi tau. Sebab bila tengahari, panas yakmat oi. Lecak ketiak. Kalau tak mengenangkan dah bayar, mau aku turun balik. Serius panas. Lagi-lagi kalau bawak baby, memang meragam lah diorang.
Jadi, pergilah awal pagi. Cuaca pun nyaman, mak pak pun boleh bersukaria.

Dan, selain naik cable car sampai ke atas, korang boleh singgah jap kat SkyBridge. Yang ni memang orang gayat tak payah la pi. Kat jambatan tu ada see thru glass. Memang pitam-pitam la mana yang gayat. Untuk ke SkyBridge, korang boleh ikut trail hutan yang maha memancitkan.
Serius aku nyesal.. tak pasal-pasal mencungap-cungap. Kau pi holiday ke pi jungle tracking ni? Iman paling champion, pergi balik dia berjalan. Ko rase? Buat malu je mak pak pancit.haha

Pastu bila sampai jambatan tu, ade orang akan tangkap pic, memang AKU TAK BELI! Pasal muka aku muka letih mencungap hitam cam bangla. Tudung kemek macam acik jual goreng pisang. pfft!

Kalau taknak menyesal, naik je SkyGlide bayar jela RM 15 pergi balik. Tapi bertabahlah menunggu. Ramai seyh.

Takpe la, sekali sekala. Kata holiday, keluar la duit lebih sikit untuk keselesaan diri dan keluarga. Haha.. 


SkyCab ade 3 station. Mula-mula naik terus lah ke Top Station, baru turun ke bawah. Masa ni best kalau dapat naik 1 cable car, 1 family. Aku dapat dengan orang lain. Merasa kau bau bawang hangit dalam tu. aduhaii..


SkyBridge yang menggerunkan sesiapa yang gayat. Bila kene tiup angin, bergegar weh. Dia kukuh, cuma rasa gegaran manja je githeww.


Nak pi SkyBridge, naik ini tau. Jangan ikut track hutan. Kang menyesal macam aku. Sepanjang jalan aku jerit, "papa kedek! papa kedek!" kat laki aku. Berbulu je dia. Walhal dia dah offer naik lif glass ni. hahaha padan muke!


SkyTrail. I hate cheww.. I nak holiday laa.. Bukan jungle tracking. Disini menyesal!


Dah turun dari SkyCab jangan terus balik weh. Lepak tangkap pic dalam ni dulu.  Comel-comel art dia. 


Nampak betapa jauh diorang tinggalkan aku. Sikecik tu memang sado lah.




Eh, isi minyak? 











Akhirnya dapat naik cable car ber 3. Bau bawang, tiada?! haha

Rupanya kat sini je boleh habis 1 hari uiii. Banyak lagi tempat yang boleh pi. Tapi, anak bujang dah merusuh panas. So, kita pi makan bawal goreng power kat Kuah. Boleh tahan la.. Tapi takleh lawan Bawal goreng kelapa sawit kat Juru tu. Alahai... Tengah taip pun menjejes air liur.

Petang tu, kitorang melawat makam mahsuri. Tapi, macam sedih sikit lah, sebab macam tak cukup maintenance. Tak tahulah sebab kitorang pi masa bukan cuti sekolah ke apa. Tapi memang sunyi.

Rumah tu pun macam seram sikit. Bila nak balik tetiber pulak hujan lebat. Lepak kat tangga jap. Tangkap pic pastu terus cabut. First and last la kot datang. Huhu



Petang tu terus balik hotel layan anak mandi pool. Bila berjalan dengan anak tak leh bagi dia penat sangat. Kang dari good boy dia jadi monster, kita jugak haru biru. Paling penting bila datang Langkawi, sediakan plan nak pi mana dan fit in dengan jadual rehat anak. 

Holiday is not just about you. It's about US (family).
Elakkan berholiday dengan rasa penat, tak puas hati. Plan your holiday smart.


Thursday, August 9, 2018

Holiday : Langkawi Day 1 & 2

Olaa!

April lepas kami ke Langkawi. Kenapa baru nak cerita? Sebab aku terlupa. Haha
Ingatkan dah gebang cerita ke Langkawi. Rupanya tu dalam Facebook!
2 hari post tu pun hilang. Adoi!

So, kita ulang la balik cerita kat sini..
Kot ade yang miss part haritu. hee~

Pagi tu kitorang bertolak dalam jam 10 pagi.
Sebab bawa si kecik ni, kita nak la perjalanan yang smooth tanpa amukan atau ape. Bagi dia tido puas-puas. Then kita gerak.
So kita tido sehari kat Jeti.
Oh ye, kami pi Langkawi drive ye. Bawak kereta sendiri masuk. Sebab barang nak bawak bukan sikit. Dengan luggage, stroller. Okey done with alasan.
Yang sebenarnya, seram fikirkan barang yang nak bawak keluar tu.Takut tak terbawak. Naik flight kang berkilo-kilo pulak tambah.
Lepas timbang kati.. Ahhh, kita bawak kereta jelah senang.

Sampai Jeti Kuala Perlis dalam pukul 5 macam tu. Terus check in.
Ambik hotel betul-betul dekat depan Jeti.
Meriah! Ada orang jual-jual. 
Malam boleh makan ikan bakar.
Lepas makan boleh lepak-lepak. Ada ride kuda jugak.
Miman suka betul naik kuda. RM 5 per ride



Happy baby.
Budak baik tak meragam pun.

Details :

Hotel : T hotel ( Jeti Kuala Perlis - Depan Jeti )
Rate : RM 80 ++ 
Rating : 7/10
Easy access, dekat dengan masjid dan jeti (walking distance), Dekat dengan tempat makan.

Restoran 
KomaLaut. Ada banyak Restoran ikan bakar

Entertainment
Horse Ride. RM 5 per car ( ride dalam 5 minit sahaja )

Day 2

Breakfast kat area hotel.
Ada banyak kedai sebab depan jeti kan.
Kena alert, ada tuan kedai yang open pakej-pekej kat Langkawi.
Macam pakej pi cable car, wildlife park.
Selalunya harga diorang lebih murah. Maybe sebab agen atau apa aku tak pasti.

Kami tak ambik dengan diorang.
Sebab first time. Takut kena tipu pun ye.
Tapi tak tahulah. Nak selamat pergi tempat yang nak dituju. 
Lepastu beli la pakej kat sana.
Tak payah lalu agen-agen ni.






Jam 11 pi booth Langkawi express untuk check in.
Booth ni kecik saje.
Dekat sebelah masjid jeti.
Jam 12.30 tengahari dah boleh masuk feri.
Feri besar, luas paling best, TAK RAMAI ORANG. hehe
Miman punya lah hepi, kehulu kehilir macam feri apak dia. haha

Perjalanan ambil masa 2 jam lebih.
Kalau lapar jangan risau. Diorang ada bukak kedai dalam tu.
Tapi makanan simple jelah
Megi cup, roti bakar, jajan..
Sampai Langkawi baru makan heavy la ye.

Sampai Jeti Tanjung Lembung, kitorang terus check in hotel.
Bilik so nice dan besar dan murah. Haha
Tu yang penting, murah.
5 minit ke pantai Chenang.
Terkejut dalam bilik ade fridge besau. Macam tau je nak pi borong coklat. hahahampeh..








Petang tu aktiviti paling best.
Lepak Dataran helang, Makan laksa Penarak dannnn SHOPPING!
Eleh, yang best tang makan dengan shopping je.
Dataran Lang tu wajib datang ambik pic seketul pastu post FB.
Baru stalker ko tahu ko pi Langkawi. Boleh la stalker buat modal membawang. kah!
Sebab jahat sangat ambik gambar helang dengan niat nak post FB je, mak terkena balasannya.
Masa makan laksa, Iman tarik mangkuk habis basah kelengkang. cheh!
Berbau laksa mak ko Iman oiii..
Tapi tu tak mematahkan semangat mak untuk pi shopping lepas makan.
Mak tak sengaja terbawa keluar 2 troli kat HIG.
Bau laksa pun pedulikkan.
Terkesima mall dia besar sangat kot. eh?
haha

Oh ye, masa kat Dataran Lang tu mak bengkek je ngan se-group 'tourist' ni. Sengal nak matik. Aku tengah tangkap pic dengan miman, boleh dia nak selpi gaya babun, tangan dia yang pegang fon bebetul depan idong aku. 
Aku anjak sikit lah, dia rapat, aku anjak sikit lagi, dia datang rapat. Wahh kau ni!

Hadoyaii, nak ambik gambar ambik jelah. Yang depan batang idong aku gak ko nak pose apsal. Aku sound dia sejibik. Dia cakap, " oww.. many sorry akka, I want to take bird picture. So nice view from here." 

Bird tok kau!
B****
Haha.. Geram aku. Kan dah kene caruts depan aku. Bengkek je aku rasa masa tu. haha

Enjoys gegambar dulu ye. Nanti aku cerita day 3 & 4. Lagi best! Miman kecoh aaa, dia berak! Later peeps :)












Monday, June 4, 2018

My Pregnancy Journey

Tiba-tiba terimbau kenangan 3 tahun lepas.
My sweet pregnancy journey. hihi
Sebelum tu meh akak warning awal-awal.
Ni flash back tau!
Jangan tanya bila nak bagi Miman adik.
Akak ingat lagi seram nya masuk LB tu. huiiii

Mula-mula tahu pregnant bulan 12. 
Tu pun sebab kawan-kawan kat opis suruh cek.
Dah 2 minggu delay.
Tapi sebab dah biasa kena prank, akak buat lek wat peace jela.
Taknak mengharap sangat sebab dah redha. huhu

Sekali cek 2 line hoi!!!!
Melompat bintang kami laki bini.
Selama ni pregnancy test tu buang begitu je.
Kali ni boleh simpan. Hihi

Sepanjang pregnant memang happy.
Sebab badan sihat je rasa.
Ada mommies yang loya, tak selera makan.
Tapi alhamdulillah.
Loya tu ada tapi tak teruk lah. Time pagi je.
Selera makan agak menakutkan.haha
Bayangkan, tengah makan ni, boleh fikir lepas ni nak makan ape lagi.hahaha
Punya teruk.
Husband sengih je la. Cakap nak makan murtabak kol 3 pagi.
Sanggup dia drive pi beli kat pelita.
Hahaha... Princess sungguh rasanya
Tapi, aku bernasib malang sikit. 
Ade sekali tu beli murtabak terjumpa bulu!
Macam rambut tapi pendek sangat. Laki cakap bulu dada mamak!
Terus muntah belahak aku kat situ.
Sejak haritu aku tak mintak dah murtabak. 
Sampai lah hari ni. Iman dah nak masuk 2 tahun pun.
hahaha...
Hawau punya mamak!
Dah nak masak tu katup la dada tu. Jilaka!
Tak pasal sampai sekarang laki dok bahan. 
"makan bulu dada mamak"
Sampai sekarang tau kena bahan!!!haha

Pastu bab tido.
Hadoiii... Rasanya kalau tak dikawal boleh tido 2 hari straight! haha
Husband balik keje mesti cek bini bernafas ke tak. haha... Tido punya sedap sampai taknak bangun.

Kusangka panas sampai ke petang! 
Rupanya bulan ke 6 terkena simpul biawak.
Biawak betul! Sakit okey.
Bila tang tak sedar diri tengah membuyung, ko pergi mengeliat pulak.
Siap lah ! Sekali dia cramp, menjejes air mata biawak kau.
Terus taubat tak miss makan vitamin.

Selain dari terkena cramp dan sakit pinggang hardcore.
My pregnancy was smooth like jalan baru lepas tar.
Tak ada masalah kronik atau apa.
Semua normal je.
Oh je, kaki pun tak bengkak.
Sebab tu masa 7 bulan aku gigih lagi pi Cameron highlands.

Serius masa tu perut dah besar sangat.
Ramai yang tanya, larat ke berjalan lagi?
Larat sangat!
Siapa yang pernah pi ladang teh kat Sungai Palas mesti tau. 
Betapa jauhnya Kedai teh  dengan parking.
Aku jalan kaki beb. Gagah sangat nih.
Tapi dalam hati habis aku hamun diorang sebab tak bagi bawak kereta naik atas. Haha
Ape? Ingat mak yong tak mencarut ke? You sure? Ko dengar atau tak je.
Mak yong lah paling banyak mencarut.. 
Sebab tahap sabar dia kurang sikit masa ni. Maafkanlah kami.. haha






The best journey ever!
Memang orang cakap pregnant ni rezeki masing-masing.
Sihat atau sickness teruk pun rezeki masing-masing.
Tapi kalau boleh pilih untuk sihat dan happy sepanjang pregnancy, why not kan?

Ni aku share gula-gula yang aku makan sepanjang pregnant.
Konsisten tau.
Untuk dapatkan badan sihat dan result test yang buat kita tak dibebel oleh nurse.



Mula-mula dulu klinik bagi vitamin C, pil kalsium, asid folic dan iron tablet.
Tapi sebab vitamin tu habis sebelum checkup seterusnya, aku beli Shaklee punya.
Result lepas makan supplement lagi cantik so, klinik just bekalkan obimin je lepas tu.

Sepanjang pregnant, bacaan BP,HB,Gula, Berat adalah normal.
Tak ada masalah.
Cuma HB ade turun sikit dan ke 11.0 tapi naik semula 12.0 dan mantain sampai bersalin.

Berat naik cantik walaupun makan tak berapa nak diet.
Sama jugak, stay 70 kg few month before bersalin. Total berat naik 11kg! hihi
Baby keluar 3.5kg.
Yang lebih tu berat mak dia. hahaha

Actually, ramai yang cakap tumit dan kaki sakit bila dah nak cukup bulan.
Tapi kalau kita jaga pemakanan dan ambil kalsium (supplement atau susu) insyaallah tak sakit sangat lah. Berat pastikan tak naik mendadak takut baby too big dan agak jenuh nak push.

Sekian.
Nak more info tentang vitamin?
Boleh klik link bawah ni ye.


Nak beli vitamin? Tekan link whatsapp ni tau!




Sunday, May 27, 2018

Aci and Macha Short Escape. Fuga Village Pangkalan Balak Melaka

Yo!

Rajin pulak buat spring cleaning harini.
Banyak betul benda nak di blog kan.
Ala, tak pe, aku tau korang mesti baca punya. *muntah
Korang kan minat kat I.. hehe

Kemas punya kemas terjumpa pulak gambar ni.
Hawau betol macam mana boleh lupe riakkan kat sini. Omg



Memperkenalkan, yang kat atas tu Geng Aci Estate (very the loving-loving mama's)..
Yang bawah tu (konon single memasing taknak pegang anak.. choi!) Geng macha xxxxx. Seram nak tulis nama geng ni. hahaha
P/s: kalau nampak geng macha lepak dengan aweks selain di atas. Mohon tangkap tengkuk dan bantai secara berjemaah!

Geng macha organized short vacay ni sebab nak testing bini-bini memasing agaknya. Kot la satu kepala boleh la pi berjalan jauh sikit sama-sama.
End up, all is well. Alhamdulillah.
Tak ada percakaran mahupun adegan tarik rambut. Semuanya balik rumah 1 piece. Phew

Ok setel intro. 
Sebenarnya mula-mula dengar nak pi Pangkalan Balak, aku macam, ade ape kat sana? Bukan haritu orang nampak buaya ke kat sana. haha
Aku memang spesis cuak kebebeh sikit bila pasal buaya ni. 
Bukan apa.. Seram termintak birkin pulak. eh?

So, pi jelah. Kata nak lepak je pun. Tak kisah la kan.
Tapi memang berharap chalet ni best la. kihkih
End up, memang best pun hoi!
Tak tahu pulak Pangkalan balak ni ada jugak spot menarik.
Dan lagi best, Chalet ni sangat private depan laut.
Chalet pun ade 7 ketul je.
Yang datang 6 family. Ape lagi, kita kasi pecah la ini tempat.

The place is so nice untuk buat family day.
Spend time lepak-lepak, makan-makan. In house vacay lah ceritanya.
Kalau bosan duduk area Chalet, boleh keluar pi pantai.
Tapi untuk 2 hari 1 malam ok la.
Sebab malam, area ni boleh consider as pantai mati.
Of course syurga bagi budak muda yang nak bercanda di pasiran pantai.
Tapi untuk family. 2 hari 1 malam cukup ler.
Then esok tu cabut la pi Melaka ke mana-mana.

Bebudak memang maaaaain jelah kejenya.
Kalau berendam tu sampai lupe dunia.
Happy bebenau dapat jumpa kawan ramai-ramai.
Ohh, mak mak n bapak bapak pun happy.








Fuga Village Pangkalan Balak, Melaka
AddressNext To Turtle Sanctuary Centre Padang Kemunting, 78300 Masjid Tanah, Malacca









Recommanded for family staycation.
Rating 8/10
Ps : Toilet dia ala-ala bali kau! Kalau hujan, ko berak basah kuyup! haha
Ps 2 : Bilik biasa takde TV. Ada fridge n kettle je.

Sekian.