Pages

Saturday, December 2, 2017

Happy birthday!! Idea hadiah harijadi untuk kanak-kanak

Assalamualaikum..

Busy betul sekarang ni. Asal weekend je, takde kat rumah. Itu yang setiap kali korang nak datang rumah, kena book awal-awal.. Huhu
Kalau boleh 2 minggu awal.. Eh, macam menteri pulak level busy nye.. Haha

Semalam kami balik kampung sat, nak celebrate birthday anak buah ni. Haa, bila time hujung tahun, memang berderet la birthday party. Pakcik makcik.. Sedia lah nak pening kepala. Apa hadiah nak beli tahun ni. Bukan apa, part hadiah ni meeeeeeemang mencabar minda. Sebab tiap tahun sambut, sampai lost idea nak beli apa 😂

Aku nak share kat korang.. Idea hadiah apa yang terbaik untuk anak-anak mengikut peringkat umur. Sebelum tu jom layan gegambars kat birthday party Nur Qalesya Balqis dan Fairel Athariz Izagi 😘









Birthday boy & girl






Best betul budak sekarang. Jeles i tau.. Simple tapi meriah sungguh. Suka budak ni bila dapat hadiah. Again.. Mak cu jeles wei 😂

Tak salah semalam banyak dapat barang belajar la. Qis dapat mini blackboard, meja belajar, buku, pensel warna, dan kasut.
Fairel dapat set alat tulis, set mewarna, set tanah liat, beg sekolah. Bagus jugak tahun depan dah tadika. Hehe

Gitu lah,  simple celebration tapi meriah.

Cadangan Hadiah Harijadi

1 tahun - 3 tahun
Walker
Mini slide ( gelongsor )
Teddy bear
Piano
Mainan jenis boleh ditekan & berbunyi
Bead roller coaster
Pakaian
Bola

4 tahun - 7 tahun
Set mewarna
Basikal
Patung ( ultraman, robocar poly etc )
Teddy bear
Papan tulis magnetik
Playdoh
Bola
Remote control car
Tabung
Pool
Motor remote ( ride on )

Ni antara yang pernah aku bagi setakat ni. Dan mostly budak paling happy bila dapat hadiah dari I eh eh? Hahaha perasan sikit je.

Tips nak bagi hadiah,  tak kisah apa yang kita bagi. Yang penting ikhlas dan niat tu nak buat budak happy. Insyaallah,  hadiah tu diorang akan pakai sampai rosak.

Macam aku, aku suka bagi hadiah yang akan buat kanak-kanak tersenyum suka. Puas hati rasa. Korang macam mana? Kalau ada cadangan hadiah lain meh la share kat sini 😘

Till next entry 🌷


No comments:

Post a Comment