Pages

Showing posts with label Ceritaku. Show all posts
Showing posts with label Ceritaku. Show all posts

Friday, October 17, 2014

Jom Jadi Jutawan Shaklee

Assalamualaikum

Peluang Jana Income Bersama Shaklee

Eceh eceh,, tajuk ni ramai yang suka ni. Suka sangat kan? Korang jangan skip entry ni tau.. Baca saaaaaampaii habis :)

Ok.. Jom start dengan persoalan..

Kenapa Kita Mula Berniaga? Senang cerita.. Kenapa kita buat bisnes??

- Hobi
- Tak ada kerja tetap. Isi masa lapang
- Minat berniaga
- Nak cari income sampingan untuk sara keluarga
- Tak suka bekerja bawah orang. Selesa kerja sendiri
- Bosan berhutang.Nak capai Financial Freedom. Nak jadi KAYA! Nak tolong orang ..

Tahap keseriusan ?

- Rendah 
~ Tak kisah ade sale atau tidak.
- Sederhana
~ Setiap bulan mesti ade sale. Tapi tak ade target/target tak tinggi sebab takut tak dapat capai. Tapi dalam hati berdoa duit maasyuk
- Tinggi!
~ Ade target yang tinggi . Wajib ada target. Susun strategi. Bekerja keras nak capai target mengikut strategi. Ada mentor. Ikut mentor. DETERMINED & ALWAYS MOTIVATED!

Fara ada reason sendiri. Kenapa Fara start berniaga walaupun ada kerja tetap.Bukan sebab gaji kecik,terasa ngan bos ke apa. Sebab sekeliling sebenarnya..
Sekarang ni, ramai kawan-kawan office yang berhenti kerja. 

Alasan? 
Jaga anak. 
Laaaa... Taska kan ade ?

Hmm.. mostly kaum ibu akan choose taska sebagai pilihan terbaik. Tapi, tengoklah keadaan taska sekarang. Sampai ade yang meninggal, kena dera.. Macam-macam lagi. Ada yang trauma kot..
Kita tak tahu anak kita dijaga macam mana..Lagi-lagi anak pertama.. Sayang tu memang tahap tak boleh berpisah. :)

Oleh sebab Fara juga ade tendency menjadi paraoid hantar anak ke taska, elok lah Fara cari source of income yang flexible n Masyuk. No office, ehhh ada.. My very own SOHO. Kat rumah sendiri..
Dan sekarang adalah waktu yang terbaik untuk Fara build career dalam bisnes :)

Insyaallah.. Bila dah ada baby, dah tak kisah. Boleh pilih nak duduk rumah atau bekerja kat office..FYI mak mertua dekat..Hihihi.. ampun mak... Tapi to be safe, dan bisnes ni memang minat sangat.. Apa kata buat je. Lagipun, MASYUKKKK!
Bagus la.. Boleh la treat hubby g holiday sekali sekala.. Asyik hubby je belanja kan? Sekali sekala kita treat hubby, tak salah. Tanda sayang dan appreciate beliau sangat2 :)

Fara tahu.. ramai wanita yang kesempitan kat luar sana. Yang tak kerja, just tunggu duit bulanan yang suami bagi. Nak melaram shopping every month jangan harap la kan. Kene berjimat cermat. Belanja bulanan rumah,barang keperluan anak.. Macam-macam.. Sekarang ni, pendapatan isi rumah bawah 5k,memang serius tak cukup.
Apa taknya, kereta,rumah,bil-bil,keperluan anak-anak.. Betul tak? Tapi macam tu pun, ada yang masih selesa, yela, maca mana pun, suami still bagi duit,, So, OK la..
Hmm.. Macam Fara, memang tak la.. Walaupun hubby mampu macam mana sekali pun, Fara tetap nak duit standby Fara sendiri. Nak shopping pakai duit sendiri..Shopping barang rumah..
Baru lah adil, kita sama-sama bangunkan rumah tangga. At least, bila suami sesak, kita boleh bantu .. Ye tak ? Tak ade lah bergaduh, duit tak ade lah ape.. 
Oh ye.. Betul, salah satu punca kemusnahan rumah tangga ialah masalah kewangan.. Serius --

Tapii,, kalau korang kahwin dengan Pilot ke.. Doktor ke, Datuk ke.. Tak pe ah.. Goyang kaki jela,,hehe
Dah kaya..Nak susah-susah ape ..Hahaha

Ada yang akan terasa. 
" alah,laki aku tak bising.. ko pulak pandai-pandai .. Kami bahagia je  "
Itu la Fara cakap tadi.. Ada yang tak kisah.. Comfort zone. Up tu mungg la.. Hehehe

Tapi ramai yang datang dekat Fara.. Tanya, macam mana nak mulakan bisnes Shaklee. Sebab tengok bisnes Shaklee ni boleh pergi jauh.
Ye... memang boleh pergi jauh.. Semuanya mudah. Online saje. Modal takdelah sampai beratus-ratus. Dan bagi yang kurang mampu, Fara siap ajarkan cara untuk dapat membership free.. Lepastu, korang akan dapat coaching dan semua guide untuk berjaya.
Pokoknya, nak ke tak nak je --

Percaya tak, berniaga tu 9/10 punca rezeki? Ramai yang percaya, tapi tak nak buat. Alasannya, tak reti meniaga. Malu,segan.. Ahhh -- 
Yang jenis segan, silakan segan sampai bila-bila. 

Nanti kawan beli umah, awak masih menyewa JANGAN BISING!
Nanti kawan beli kereta baru, awak masih guna kereta separuh abad JANGAN BISING!
Nanti kawan bercuti dengan family , awak nak pergi PD pun kene tunggu gaji laki  JANGAN BISING!
Nanti kawan shopping sakan, awak masih pakai baju tahun lepas JANGAN BISING!
Nanti kawan bagi hadiah untuk hargai parents , awak nak hulur RM50 sebulan pun pening JANGAN BISING!
Nanti kawan da capai semua cita-cita, awak masih pikul azam 5 tahun lepas yang tak kesampaian JANGAN BISING!
Nanti kawan bahagia dengan keluarga, awak masih gaduh laki bini sebab duit tak cukup JANGAN BISING!

Yes.. Jangan bising.. Sebab awak yang tak mahu.. Awak downgradekan taraf awak sampai level yag bawah sekali.. Itu pilihan awak..

Kasar --
Pedih --

Wallahi,, Fara buat entry bukan menghina sesiapa. Fara nak smpaikan mesej,agar kaum wanita tahu. ANDA MAMPU!!!!
Wanita kuat.. Believe in yourself ! 
Tak kisah lah apa jenis perniagaan awak. Asalkan awak usaha.. Awak akan berjaya.. It is just a matter of time.

Semoga wanita semua lebih berjaya lepas ini. Ceburi bidang anda.. Buat bersungguh-sungguh. Insyaallah --
Dan kepada WORRIOR yang berminat nak jadi Jutawan Muslimah dengan Shaklee.. Jangan segan silu.
Fara akan bantu korang!!!! Fighting~~!!

SiD Farah 
016 215 6763

Wednesday, July 2, 2014

Kenapa kita perlukan supplement - Cerita Aku Part 1

Assalamualaikum...

Sebenarnya.. ramai yang menyampah bila tengok iklan yang mempromosikan produk kesihatan di Facebook. Ramai yang menganggap, ianya adalah post sampah yang dipost oleh golongan fanatik MLMyang tahu nak menipu je.

Aku sedih jugak bila ade kawan-kawan Facebook yang buat sindiran halus, kononnya tak perlukan supplement pun untuk sihat. Padahal nak sakitkan hati dan bagi kita down down down! Mak ayah kita masa dulu, takde pun ambik supplement,ok je,, Sihat sampai sekarang..

Tapi bila fikir balik.. Ahh, dulu aku pun macam tu.. Kawan nak promot barang, cakap besar.. Taknak sebab rase diri sihat lagi...Siap boleh Argue macam-macam lagi tu ..
*sorry banyak-banyak gary.. Aku rasa ko dah lupa.Tapi aku still ingat. Sorry T_T

Betul ape, umur baru 20-an, mane ade penyakit kan..Badan tak Overweight, Kulit muka pun tegang je.Takde keperluan pun nak ambik supplement-supplemet ni semua.Buang duit!

Meh aku ceritakan, kenapa aku terjebak dalam bisnes Shaklee ni. Ye, bisnes yang jual supplement ni la..
Cerita bermula  tahun lepas.. 2013.. Mase tu aku tengah kumpul duit.. Nak kawen..

Serius aku kata, mula-mula aku masuk shaklee, sebab aku nak duit.Aku nak kaya macam Master-Master .Padahal masa tu bodoh, ingat senang nak jadi Master. Choii.. Diorang jatuh,tergolek terlentang,bukan kita tahu. Dan masa mula-mula aku jual Shaklee, aku tak makan satu pun produk dier.Tak nak lah, kang effect pape kat badan aku.Payah...

Selfish kan? Aku jual nih.. Promot pung pang.. Tapi tak guna pun. Kalo la dibuatnya Shaklee ni bahaya, apa-apa jadi kat customer? Mmg jenuhh la nak jawab.
Sebab kita jual ni supplement.Diorang telan,masuk dalam badan kot.Bukan main sapu-sapu luar je.

Jadi, dekat nak setahun jugak aku bermentaliti babun macam tu. Dan selama itu lah, Sale aku macam sampah. Sekejap ada, sekejap takde langsung.Dan motivasi aku pun Down Down Down ke dasar kerak bumi.Aku ignore Shaklee ni.Lama aku bazirkan masa.Sebab aku ada kerja tetap, income bulan-bulan masuk. Ape ade hal .. Comfort Zone orang panggil.

Satu harini, tiba-tiba aku baca buku produk Shaklee. Saje nak baca betul-betul. Sebab bosan,tak tahu nak buat apa. Came across Omega Guard pastu tanya kat mak.Sebab mak kan Nurse. So mak cakap, Omega guard ni bagus untuk otak..untuk jantung.. Mak suggest aku makan. Tiba-tiba ayah mencelah " tengok pak cik angah tu.Umur dah 70 an tapi badan tegap,sihat, aktif sampai sekarang.Amalkan makan minyak ikan dari muda"
Aku pun tengok la pak cik aku ni.Haah, nak kira umur memang dah berumur.Warga emas dah kiranya. Tapi boleh lagi buat keje orang muda..

Dari situ, slow-slow datang minat nak explore. Dan aku decide nak cuba ESP. Sebab aku memang tak percaya. So try ajela.. Mula-mula memang aku rase siape yang promot-promot ESP ni menipu.Takde beza pun aku rasa.Sama je.

PENIPU! Tapi satu hari sorang kawan ni datang kat aku. Dier ni memang aku dah curious sejak dulu.Asik pandang-pandang. So mase hari tu, dier tanye la." Ko pakai pencuci muka ape ha? ".. Aku da pelik la..Apesal pulak ni.. Pastu dier cakap, muka aku dulu biase-biase je..Tapi sekarang nampak glowing.

BOOOOOMMM!! 
Ok, tersipu-sipu terus pergi toilet.

Yup, baru perasan kulit muka makin halus. Aku guna pencuci muka biase je. Tapi yang bonus, aku pakai masker shaklee ( Plain yougurt + ESP ) 2 hari sekali.

Kesimpulannya disini , kita tak boleh terus judge benda tu tak elok sebab ita tak nampak kesan nya. Sebenarnya, ade perubahan,cuma kita tak perasan.Orang lain yang akan perasan benda tu. Macam orang nak kurus jugak la, Kita punyala menggila diet, makan itu ini tapi cakap badan tak kurus. Padahal orang lain tengok kita da macam Zomba bergerak. Its just the same concept, Jangan fikir benda tu tak bagus sebab kita tak nampak. Tapi mintak pandangan orang, dengan itu, slowly kita akan nampak.
Dan jangan la hina kami yang jual produk-produk ni, sebab korang semua belum tahu sebenarnya. Kalau dah tahu, mesti jadi macam aku dan yang lain-lain, jatuh cinta (^0^) Y

Aku belajar, kalau kita buat sesuatu, pupuk rasa cinta, dan buat ikhlas, bukan sebab duit.. Alhamdulilah, aku sedang dalam proses menanamkan perasaan ini. Dan aku set mind, Duit, bukan main priority. Bila kita ikhlas,jujur dan bersungguh-sungguh, rezeki itu pasti akan datang..Aku pegang itu.

Jadi sekarang, Shaklee Officially dan sign in, jadi lifetime partner aku. Dari supplement, Shampoo, barangan rumah semuanya cap Shaklee. Bukan fanatik tau, sebab aku nak sihat.Banyak lagi impian yang belum tercapai..

Kalau ade sesiapa yang nak join, jom la jadi sebahagian ahli keluarga Shaklee aku. Tak kisah lah, suri rumah ke, student ke, orang berkerjaya ke. Semuanya boleh join.Janji korang serius dan bersungguh-sungguh.Semua akan dapat bimbingan sampai korang semua dapat apa yang korang nak. AIM BIG.Percaya sebelum berjaya.Banyak benefit yang bakal kita dapat, bukan setakat sihat atau wang ringgit.Kita juga dapat award,reward dan paling bernilai ramai kawan-kawan baru yang positif dan ikhlas membantu kita.

Sampai sini dulu.Lepas ni, aku cerita pulak. Kenapa kita perlukan supplemen. Walaupun kita tak nak, tapi kita kene pertimbangkan jugak.

Dengar dulu cerita aku ...

To be Continued .......