Pages

Friday, December 8, 2017

Port Western murah & Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Sedap

Assalamualaikum

Happy nye laa harini. Mana taknya, hari isnin cuti..kehkehkeh
Bila happy, kita masak la. 
Semalam terasa nak masak sup ayam, tapi sebab tak cukup bahan, kita terus tukar plan. Makan kat kedai ..kekek

Tapi serius, antara kedai western melayu yang aku pergi, ni antara kedai yang murah dengan makanan yang sedap. Selalu, makanan sedap, harga mahal ataupun harga murah, rasa hampeh.

Ni memang aku bagi 8/10. Rasa makanan dengan harga berpatutan. I loike.
Gambar ni dari FB dia. Memang sebiji sama. Mana gambar dari kamera I? Hahah.. Lapar semalam tak sempat lah nak ambik gambar.. kekeke






Info Restoran
Masita Steak House

No. 38, PUJ 3/13, TAMAN PUNCAK JALIL
BANDAR PUTRA PERMAI
SERI KEMBANGAN SELANGOR

Okey, tu cerita semalam. La ni nak kongsi kat korang satu resepi baek punya.
Aku bagi izin untuk korang share kalau suka.

RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS LAZAT

Bahan
Ayam dilumur dengan serbuk kunyit, garam,cukup rasa dan serbuk lada hitam
Bawang merah dihiris
Bawang putih dihiris
Halia dihiris
Cili boh
Kicap pekat Jalen
Kicap Masin (aku guna cap Tamin)
Sos Cili
Garam 
Gula
Cukup rasa
Asam keping

Cara masak

1. Goreng ayam tiga suku masak. Jangan garing tau! Nanti ayam kicap jadi keras. Tak syok makan. Angkat dan ketepikan.

2. Guna kuali yang sama. Kurangkan minyak. Tumiskan bahan hiris sampai wangi. Then, masukkan cili boh. Tumis sampai cili masak.

3. Masukkan kicap pekat,kicap tamin, garam, gula dan cukup rasa. Bila dah mesra masukkan air dan asam keping.

4. Bila dah menggelegak masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Masak sekejap dengan api perlahan. 

5. Bila dah siap boleh tutup api. Boleh masukkan cili api,bawang holland dan tomato jika suka.





Siap dah masakan ni. Jangan lupa share ye. Selamat mencuba 😘

Thursday, December 7, 2017

Review : Herbal Blend Krim paling berkesan untuk ruam bayi

Assalamualaikum..

Honestly sejak ada anak kecil, benda yang paling kita risau selain demam selesema ialah masalah RUAM. Ruam ni ada banyak jenis, ada ruam panas, ruam pampers, eczema macam-macam ruam lah. Kalau bayi yang kulitnya sensitif, memang memanjang keluar bintik merah serata badan. Betul tak mama semua? Masa sediakan list barang bayi, aku memang tak teringat langsung pasal krim ruam ni. Ada pun dropolene sebab orang bagi.. haha. Nama pun first time, so tak tahu mana keperluan, mana kehendak.

Bila survey dekat pasaran sekarang, macam-macam krim ada. Krim untuk muka, krim ruam pampers, krim untuk kulit sensitif, krim kulit kering, banyaknyaaaaa! Dah la harga boleh tahan. Mana larat kalau krim nye je dah berjenis-jenis. Tak mampu nak mantain. Lagi satu, kalau beli spare, takut bila tak ada keperluan, tak guna pulak. Letak jelah dalam beg sampai expired! Membazir kuasa dua..

Jadi masa Iman lahir, aku hanya ada losyen dan dropolene sahaja. Sekali tu, masa umur dia 3 bulan. Tiba-tiba badan naik ruam! Banyak okey, satu badan. Pastu Iman dok menggaru je. Menangis tak selesa. Panik sangat masa tu, nak sapu apa. Takkan nak sapu losyen. Kena la beli krim ruam. Tapi, nak beli jenama apa, sesuai untuk baby tak, ada steroid ke. Macam-macam pulak nak fikir. Buat research terus keluar pasal Herbal Blend Multipurpose Cream.

Krim ni memang best okey. 100% semulajadi, bebas bahan kimia. No paraben dan sesuai sangat untuk baby. Yang paling best, boleh sapu seluruh badan dari muka sampailah tapak kaki. Cantikkk!!!

3 hari je pakai. Ruam hilang terus. Jadi, terus la kitorang jadi pengguna tegar sampai sekarang. Rutin Iman lepas mandi wajib pakai dekat nappy area dan muka. Ruam takde singgah langsung. Lega aku. 

Jadi aku rekemen, kat korang krim ni. Harga tak mahal, satu tiub tahan 2 bulan. or lebih. Kalau nak beli boleh pi kat page ni. Adminnya user friendly kau mesej malam pun dia balas. 








Info Herbal Blend Multipurpose Cream

Facebook : https://www.facebook.com/DHealthStudio/
Instagram : https://www.instagram.com/herbalblend_cream.hq/
Whatsapp : www.wasap.my/60162156763 
Harga : RM 37.50 | Postage RM 8 SM , RM 10 SS



RUAM BAYI/ECZEMA/ALLERGI/KUAT BERPELUH?
Jom ikhtiar dengan krim bebas bahan kimia!!

Dijamin HALAL. NO CHEMICAL. NO STEROID. NO PARABEN.


HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM dirumus khas menggunakan 100% bahan semulajadi yang selamat digunakan oleh bayi dan orang dewasa. 
Rasa menthol yang nyaman dan krim yang tidak melekit akan memberikan rasa selesa kepada bayi.
Lebih banyak kebaikan hanya dalam 1 tiub. 

Kata mereka,
" lepas gunakan herbal blend secara konsisten, anak jarang kena ruam. Kalau kena pun, tidak teruk dan tak lama " -- Puan Farah, Kinrara

" ruam susu di pipi anak hilang dalam masa 4 hari je!! Menjadi la herbal blend ni. " -- Puan Wanie, Puchong

" sesuai dijadikan krim harian anak. No more membazir beli lotion dan diaper rash. All in one! So jimat " -- Puan Hanizah, Putrajaya

" stretch mark tak ada!! Walaupun kerap menggaru " -- lily 

Jadilah ibu bapa bijak. SAY NO TO PEMBAZIRAN. 1 krim untuk pelbagai kegunaan ðŸ˜Ž
Whatsapp untuk fast response.

Wednesday, December 6, 2017

Resepi Asam Pedas simple dan sedap

Assalamualaikum..

Aku memang hantu asam pedas. Kalau makan mana-mana, ada menu asam pedas,  memang tak pandang lain dah la. Tapi, takkan la setiap kali nak makan kena pi kedai kan? Acer masak pulak. Jangan malas naaa.. Hehe

Aku dah try a few la resepi asam pedas. Tapi, ada yang tak kena dengan tekak, ada yang leceh banyak guna bahan. Last-last aku jumpa satu resepi ni. Asam podeh ala kak Fillanie. Yang ni simple giler. Orang pemalas kalau yang segini pun malas, pi bungkuih jela kuali korang tu.. Her her her

Menu simple. So far, penah masak guna ikan tenggiri, ayam, ikan pari harini kita guna daging pulak. Memang sedap, tak payah nak adjust-adjust dah.

RESEPI ASAM PEDAS SIMPLE DAN SEDAP 
Bahan
Bawang merah *
Bawang putih *
Kunyit hidup *
Belacan *
Serai *
Cili kering *
Daging
Bendi
Tomato
Air asam jawa
Garam 
Gula 
Cukup rasa

1. Blend bahan bertanda *.  Ada resepi cakap kena tumbuk lah bagai jangan pedulikan dia. Kita kan pemalas, jadi BLEND, jangan banyak bunyik 

2. Panaskan minyak, dan masukkan sebatang serai yang dititik. Nak bagi bau je. Lepastu tumis bahan blend sampai wangi

3. Then masukkan daging, bila daging dah keluar air, buh air banyak sikit dan tunggu sampai daging empuk. 

4. Bila daging dah empuk, tambahkan air asam jawa dan bendi. Nak guna terung pun boleh aihhh takdehal punya. Oh ye, kalau ada daun kesum, boleh buh sekali. 

5. Then masukkan garam,gula dan perasa. Jangan lupe letak tomato sebelum tutup api. Siap!!

Nindia masakan paling simple dan senang dan laju dan sooodapppp! Selamat mencuba..






Tuesday, December 5, 2017

Kenapa korang WAJIB tonton Bahubali

Assalamualaikum..

Last week aku busy sangat. Nak buat macam-macam sampai satu tahap, Ohemjijiji, I need a break!

Lama sangat aku tak berjimba sejak ada Miman. Seingat aku tak pernah. Sebab nak keluar takut rindu. Hahah

Over kan? Betul.. Sejak 24 jam dia depan mata, aku sampai tak boleh langsung berenggang dengan dia. Betullah seketul manusia ni.. Dah la nakal kadang-kadang, tapi setiap kali dia nakal, aku makin sayang. Walaupun kena debik jugak kalau degil sangat. hehe

Tapi takpe, biar aku debik anak takpe. Orang lain jangan mimpi laaaaaa nak usik sikit pun. I parang tangan U nanti. Jagaaaa..

Jadi, macam mana nak restkan otak tanpa keluar rumah dan mengeluarkan belanja yang banyak? MOVIE MARATHON LERRRR...! Lama sangat tak layan movie. Asik-asik layan cerita Upin ipin, Peek-a-boo.. Bosan jugak. 

So last week, aku layan cerita Tamil.. ammmakk!
Bila stress aku suka tengok cerita lawak-lawak. Tapi cerita melayu banyak lawak bodo benar tak minat pulak nak tengok. I suka cerita lawak yang best.. Bukan lawak bodo. Tak menjana minda. Bila habis, aku pun stress.. Ape yang aku tengok tadi! Haha

Jadi, cerita tamil la best. Kekadang cerita tamil ni, tengah babak stress pun lawak. Mana taknya, hero kena tembak kat dahi pun boleh bangun balik kejar orang jahat. Lawak gila kot.. Ko paham tak lawak aku ni? 

Jadi aku ternampak la cerita Bahubali ni, part 1 dan part 2 ada kat youtube, siap HQ punya gambar. Cantekkkk! Moh la layans. Klik tajuk kat bawah untuk layanss.





Kenapa korang mesti tonton Bahubali 1 dan 2
  • Cerita Epik yang sangat menarik dan masuk akal. Tak ada jalan cerita yang merepek, kecuali kekuatan putera-putera rajanya.
  • Boleh nampak senibina kerajaan India yang awesome! 
  • Menarik dengan pelakon yang hensem dan cantik
  • Jalan cerita tersusun, mudah faham kalau tengok dari awal
  • Lagu sedap antaranya : Deerane (semangat gila bila dengar apsal ntah..haha)
  • Cerita berisi, ada part sedih, semangat, sakit hati, bengang, happy.. Ah, semualah!
  • Cerita nya akan buat korang menyampah gila kat Bhalla dengan apak dia!Kalau kau perasan, apak Bhalla ni selalu jadi orang jahat! haha.. bengkek aku tengok..
  • Dan jangan lupa jatuh cinta sekejap kat Bahubali. Kejap jelaaa..
  • Tamannaah Bhatia cantik gila nak matikkk dalam cite nih. Lahir tahun 89, oh patutla lawa.. sebayaa.. ehhh
  • Rating 9/10. Best giler..

Please la tengok! Worth every second.. Dah kenapa aku pi layan lagu tamil pulak nii.. Ah sudah! Laki aku stress dah, dia nak karate aku sebab layan lagu tamil.. Kahkahkah..

 " sayang, tolong hentikan apa yang sayang buat sekarang. Kang abang karate, putus urat kentut kang!  " ... kata laki hakak..kahkahkahkah

Hahahaha... chill laaaa...

Monday, December 4, 2017

Bubur salmon untuk baby paling sedap

Assalamualaikum..

Sebagai seorang mama yang pentingkan rules no sugar no salt untuk baby bawah 2 tahun, aku suka buat experiment dengan makanan. Dari umur Iman 6 bulan macam-macam menu aku pernah masak. Paling gigih, pernah buat chicken stock tau! Pishangggg menunggu rebus ayam 12 jam! Habis gas, tapi Iman tak suka.. Haha...!

Umur 6 bulan sampai 10 bulan, aku memang buat puri je. Gabungkan 2 bahan je. Simple giler.. Lepastu blend dan simpan stock seminggu.

Lepas 10 bulan, aku nampak Iman macam dah bosan nak makan puri. So, aku cuba masak bubur. Tapi blank sebab tak sedap! Banyak kali rasa nak letak garam je. Huhu..  Kesian Iman makan tak sedap.

Lepas banyak kali mencuba, aku jumpa resepi yang simple dan best. Iman makan memang banyak sangat. Kadang-kadang aku sampai risau, dia ni baby ke dah besar.. Haha

Iman suka bubur Salmon dengan Brokoli.  Yang ni memang aku selalu masak lebih. Korang cuba la resepi ni, mana tahu baby korang suka jugak. Oh ye, boleh je tukar dengan ayam. Bau dia sebijik macam bubur mcD.

RESEPI BUBUR SALMON
Bahan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Brokoli potong kecil
Isi salmon
Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
Basil
Olive oil
Beras

1. Tumiskan bawang dengan halia sampai wangi
2. Lepastu masukkan Brokoli dan salmon, sambung tumis sampai keluar bau. Bila dah nampak kering tumiskan sekali beras.
3. Bila nampak beras dah keperangan, masukkan secawan air, buka api besar.
4. Masukkan serbuk lada putih,lada hitam dan basil, jangan masukkan banyak ye, cukup sekadar bagi bau je.
5. Kacau mesra lepastu masukkan 3 cawan air dan biar bubur masak dengan api paling kecil
6. Bila dah dapat teksture bubur yang korang nak, boleh tutup api.
7. Apa lagi.... Ajak la si kecik makan 😂



Memang simple tapi sedap! Walaupun tak letak garam, memang terasa rasa lemak bubur tu sebab kita masak dengan api kecil.

Iman kalau makan memang senang. Lagi-lagi bubur feveret,  dia akan duduk depan kita sampai suapan paling last. Tak gerak pi mana-mana sebab takut mama makan bubur dia..haha


Ini iman lepas makan. Muka ada senyummmm.
Lepas ni aku share pulak resepi nasi goreng marjerin. Pun feveret Iman jugak.

Till next entry 🌷

Saturday, December 2, 2017

Iman mandi laut @ Port Dickson

Assalamualaikum

Semalam kitorang ke pantai lagi. Kali ni meriah sebab angkut sekali pakcik-pakcik Iman.. Mula-mula pening jugak nak decide pandai belah mana. Sebab masa cuti sekolah ni, boleh kata setiap pantai penuh.

Last-last kitorang pi batu 4. Senang nak parking, pantai luas, dekat dengan kedai dan tak sunyi.  Happening betul kat sini, sampai je memang banyak khemah dah terpacak. Agaknya tido sini kot malam tu. Aku prefer mandi kat sini sebab walaupun ramai, still tak crowded.

Macam biasa, Iman kalau nampak laut je mula la tak senang duduk! Tak sabar okey. Dan paling best, dia tak takut langsung dengan ombak. Siap tunggu ombak datang 😂

Sedikit tips, kalau nak bawa anak kecil pi pantai PD, pergi awal. At least jam 8.30 pagi start mandi. Sebab kalau lambat, memanggg panas! Waktu terbaik nak berendam tanpa panas melampau is jam 8.30 pagi hingga 10.30. Lepastu memang panas tak tahan, pastu abam-abam banana boat mula dah kehulu kehilir.  Ombak jadi kuat dan bahaya untuk budak kecil. Kena jugak berjaga-jaga dengan bot yang lalu lalang.

Pemilihan pantai..  Kalau suka tempat yang crowded dan happening, boleh pi area teluk kemang. Kat sana, selain mandi pantai,  boleh naik kuda, kereta dan banyak lagi. Parking of course always full. Kena datang awal jugak. Pantai di teluk kemang I tak berapa suka sebab nya tak luas. Lepastu banyak pulak payung khemah bagai. Tooo crowded. Dan takde privacy.













Memang happy berendam berjam-jam sampai taknak naik. Lepastu menggigil.. Haha


Masa ni nak pi mandi. Ingat lagi. Lastime pergi mandi kat toilet tu just 50 Sen. Semalam RM 1 seorang okey! Nampak gaya makcik tu gigih nak buat duit #pakejumrahpergibalikhari atau #tawafkaabahnaikheli kot. Mahal okey makcik!

Lepas mandi makan pulak. Tapi lupa la nak tengok nama kedai..haha.. Nasi ayam dia sedap! Kedai dia, sebelah kiri kalau korang ondaway ke Teluk Kemang. Dekat dengan hotel Marina yang besar tu.
Kedai buka jam 11.30 pagi. Puas hati macam-macam adoo.







Gambar makanan mana? Jangan marah mama okey.. Iman meragam jadi mama sempat selpi sambil berhuhuhu je. Ada yang tanya, macam mana mama tetiber jadi peloles?  Camera trick! Gotcha..  Haha..

Okey till next entry, rasa macam nak share gambar lagi. Tapi tunggu next entry lah. Nak share










Happy birthday!! Idea hadiah harijadi untuk kanak-kanak

Assalamualaikum..

Busy betul sekarang ni. Asal weekend je, takde kat rumah. Itu yang setiap kali korang nak datang rumah, kena book awal-awal.. Huhu
Kalau boleh 2 minggu awal.. Eh, macam menteri pulak level busy nye.. Haha

Semalam kami balik kampung sat, nak celebrate birthday anak buah ni. Haa, bila time hujung tahun, memang berderet la birthday party. Pakcik makcik.. Sedia lah nak pening kepala. Apa hadiah nak beli tahun ni. Bukan apa, part hadiah ni meeeeeeemang mencabar minda. Sebab tiap tahun sambut, sampai lost idea nak beli apa 😂

Aku nak share kat korang.. Idea hadiah apa yang terbaik untuk anak-anak mengikut peringkat umur. Sebelum tu jom layan gegambars kat birthday party Nur Qalesya Balqis dan Fairel Athariz Izagi 😘









Birthday boy & girl






Best betul budak sekarang. Jeles i tau.. Simple tapi meriah sungguh. Suka budak ni bila dapat hadiah. Again.. Mak cu jeles wei 😂

Tak salah semalam banyak dapat barang belajar la. Qis dapat mini blackboard, meja belajar, buku, pensel warna, dan kasut.
Fairel dapat set alat tulis, set mewarna, set tanah liat, beg sekolah. Bagus jugak tahun depan dah tadika. Hehe

Gitu lah,  simple celebration tapi meriah.

Cadangan Hadiah Harijadi

1 tahun - 3 tahun
Walker
Mini slide ( gelongsor )
Teddy bear
Piano
Mainan jenis boleh ditekan & berbunyi
Bead roller coaster
Pakaian
Bola

4 tahun - 7 tahun
Set mewarna
Basikal
Patung ( ultraman, robocar poly etc )
Teddy bear
Papan tulis magnetik
Playdoh
Bola
Remote control car
Tabung
Pool
Motor remote ( ride on )

Ni antara yang pernah aku bagi setakat ni. Dan mostly budak paling happy bila dapat hadiah dari I eh eh? Hahaha perasan sikit je.

Tips nak bagi hadiah,  tak kisah apa yang kita bagi. Yang penting ikhlas dan niat tu nak buat budak happy. Insyaallah,  hadiah tu diorang akan pakai sampai rosak.

Macam aku, aku suka bagi hadiah yang akan buat kanak-kanak tersenyum suka. Puas hati rasa. Korang macam mana? Kalau ada cadangan hadiah lain meh la share kat sini 😘

Till next entry 🌷


Thursday, November 30, 2017

Kidzoona @ AEON Taman Equine

Assalamualaikum..

Siapa yang ikut IG aku mesti perasan, aku suka bawak Iman main dekat kids park. Bukan apa, Iman sekarang memang lasak yakmat. Kalau dekat mall tu.. dia sup sup sup hilang dari pandangan. Laju betul sejak dapat lesen P tu. Yang ada baby boy paham la perasaan dan "struggle" ini.. heh..

Jadi untuk safety, dan memudahkan mak pak melepak dengan aman tenteram, kita masuk park jela. Sebelum ni memang tak tahu la kewujudan Kidzoona ni dimana-mana. Maklum la,, pestime omputih kata. Bila dah pi sekali.. Oh,, park ini ada dimana-mana rupanya.. har har har

Sebelum ni kami pi kat Molly Fantasy dekat Mytown tu. Quite ok lah, sebab tempat baru kan. Tapi tak berapa seronok buat Iman selain pool yang dipenuhi bola-bola surgaaa tu. Mostly mainan budak 4 tahun keatas. Yang kecik nonet macam Iman ni memang dipijak-pijak jela.. So sadis! Budak terjun dalam pool bola cam abah dia punya.. Hadoi! Memang monitor la anak-anak kalau dia main dalam tu. Pelik aku budak dan melonjong tinggi badan lagi besar dari aku pun dok main sama. Management might implement some rules tho. Kalau tak, penyet la budak-budak baby dalam pool tu.

So, last month BFF ajak pi Kidzoona kat Taman Equine dekat dengan rumah. Boleh lepak, anak pun boleh main. So I on jela. First time masuk aku dah wow. Jakun sat.. Besarnyaaaaaaaaaaa...

Macam ni la baru kids friendly.. Ada station untuk beberapa peringkat umur. Jadi yang besar, takdelah pi terjun dalam pool bola. Diorang boleh main pasir, buat arts, main masak-masak. Best!! Masa hari aku pi tu ade session joget dengan maskot Kidzoona. Happy pulak I rasa..kihkihkih


Enterance * sumber google

So far, aku bagi tempat ni 4/5 star! Staff friendly dan selalu monitor kanak-kanak yang main. Kalau diorang main benda yang bahaya, memang staff ni akan tegur. Bagi aku great job!






Dan inilah hasilnya bila dah penat bermain. Pengsan sampai malam.. hahaha



Info Kidzoona @ AEON Taman Equine
Fees : RM 12 Weekdays | RM 18 Weekend - Pay per entry dan enjoy sampai anak penat :)
Time : 10 AM - 9 PM
Location : Ground Floor AEON Taman Equine (Depan sox world)

Penting !!!
Semua kena pakai stokin. Stokin ada jual tapi mahal.
Mak ayah boleh masuk dengan anak.

Jom berkenalan dan kongsi pengalaman korang kat Kidzoona :)
Komen kat bawah supaya saya tahu korang datang melawat.

Till next entry. Daaa ~