Pages

Thursday, May 29, 2014

Set Joint Health : Sakit sendi ? Jom kekalkan kesihatan sendi dengan Shaklee!


Assalamualaikum & Selamat sejahtera  warga Shaklee sekalian


Apa itu sendi ?

Sendi adalah bahagian di mana dua tulang bersambung. Fungsinya adalah untuk membolehkan kita bergerak dan memberi sokongan. Setiap bahagian sendi mempunyai fungsinya yang tersendiri.


Bahagian - bahagian sendi
Bagaimana sendi berfungsi
Kita sering dengar tentang sakit sendi. Tetapi biasanya kita tak ambil peduli. "Kenapa nak tahu? Bukankah itu penyakit orang tua ? "

Sebenarnya ramai yang salah anggap. Penyakit sendi sepatutnya memang sakit orang tua. Tapi, tahukah anda, pada zaman sekarang, orang muda juga sudah mula menghidap penyakit ini ? 

Tak percaya? Baik. Pernah dengar Gout? Berapa ramai kenalan anda berumur bawah 50 tahun yang menderita penyakit ini? Atau siapa pernah dengar artritis ? Antara penyakit sendi yang paling popular di masa ini. Ia bukan sahaja menyerang warga emas, malahan ada laporan menunjukkan ia telah menular di kalangan kanak-kanak dan remaja.Bagi kanak-kanak dibawah umur 16 tahun, penyakit ini dikenali sebagai Juvenile Idiopathic Arthritis (JIA) atau Still’s.

Antara penyakit sendi yang popular

Beza di antara sendi yang normal dengan yang bermasalah


Jadi, kita harus peka dengan keadaan diri dan jangan ambil mudah jika mengalami simptom-simptom penyakit sendi. Pantau juga keadaan bayi dan anak-anak supaya anak bebas dari sebarang penyakit sendi yang mengakibatkan pergerakan mereka terbatas.

Simptom-simptom penyakit sendi :

  • Sakit sendi ( tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan jari, punggung dsb )
  • Sendi bengkak
  • Kekejangan pada sendi. Rasa kebas
  • Sakit apabila bergerak
  • Bahagian pergelangan kaki dan lutut berbunyi ketika bergerak
  • Kemerahan dan rasa panas pada bahagian sendi
  • Rasa lenguh dan lesu


Kedudukan sendi pada tubuh manusia


Punca Penyakit sendi
  • Peningkatan umur
  • Kegemukan / Obesiti
  • Keturunan 
  • Pergerakan yang keterlaluan *Ahli sukan
  • Kecederaan sendi yang teruk * Kepatahan tulang.
  • Koyak pada bahagian meniscus.
  • kerosakan pada ligamen
  • Kerap mengangkat beban berat dengan cara yang salah
  • Gaya pemakanan yang tidak terkawal
Kaedah Rawatan 

  • Pembedahan
  • Diet yang seimbang dan terkawal
  • Ubat 
  • Supplemen / makanan tambahan :)
Sudah pasti ramai yang tidak memilih untuk melakukan pembedahan kerana kosnya yang tinggi. Dan ramai pula yang kecundang sekiranya dipaksa melupakan makanan kegemaran mereka. Ubatan moden? Adakah anda serius? Kerana mengikut kajian, pengambilan sesetengah ubatan moden mampu menjejaskan kesihatan kita kelak. Anda fikirkan..

Oleh itu, sebelum sampai ke tahap ini, adalah lebih baik kita menjaga kesihatan sendi kita semasa sihat. Bak kata orang mencegah lebih baik daripada mengubati. 




Set Joint Health Shaklee.

Shaklee menawarkan Set Joint Health bagi kesihatan sendi optimum.

Kebaikan :
  • Memberi sokongan nutrisi dan kolagen pada komponen penting bagi kekuatan sendi
  • Membantu mengekalkan tulang yang kuat
  • Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi pada sendi.

Antara ahli set Joint Health ialah :

Advance Joint Health Tablet
Ostematrik
Omega Guard

Setiap ahli set ini membekalkan kebaikan yang berbeza.Pengambilannya bukan sahaja memberikan anda kelegaan pada sendi, ia juga bakal memberi manfaat bagi seluruh tubuh badan anda. Menarik bukan ?

Nak cuba? Jom !! Hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi percuma. 




Farah Madiha Bt Md Zin

Shaklee ID : 925875
SMS/whatsapp : 016 215 6763
Facebook ID : D'Studiohealth 



The greatest wealth is HEALTH !









Wednesday, May 28, 2014

Advance Joint Health Tablet - Rakan sendi anda

Assalamualaikum warga Shaklee sekalian ...


Advance Joint Health Tablet ( AJHT )

Apa itu AJHT ?

AJHT adalah produk keluaran shaklee yang direka khas bagi membantu mengekalkan kesihatan sendi anda.
Ia mengandungi :

1. EKSTRAK JAGUNG : Meningkatkan kesan kusyen
- Glukosamin pekat yang dihasilkan daripada ekstrak jagung membantu memelihara rawan-cushioning perlindungan diantara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih bebas

2. VITAMIN C, ZINC, TEMBAGA & MANGAN : Memelihara tisu penyambung yang sihat
- zink, kuprum, manganese dan vitamin c membantu membina kolagen dan lain - lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi

3. EKSTRAK BOSWELLIA : Menyokong keselesaan sendi
- Ekstrak Boswelia pantas membantutkan mekanisma respons stress tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi.

AJHT adalah produk yang 100% semulajadi, tidak mengandungi kondroitin untuk penyerapan glukosamin secara optimum, tidak mengandungi perasa dan perwarna tiruan serta bebas gluten.

Siapa yang perlukan AJHT ?

- Golongan yang aktif besukan : terdedah kepada kecederaan otot dan sendi
- Obesiti / berat badan berlebihan : berat berlebihan boleh mengakibatkan kesakitan    
   atau tekanan pada sendi
- Warga emas
- Golongan yang mengamalkan pemakanan yang tidak sihat

Kenapa saya dan anda semua patut memilih AJHT sebagai Rakan sendi kita?

- Sendi terasa tegang dan kejang
- Selalu mengalami rasa lenguh dan kebas
- Sendi anda berbunyi / sendi meletup / berkeriuk ketika bergerak
- Sakit bila bergerak / sakit sendi lutut
- Sendi bengkak

Atau.. anda suka letupkan sendi di jari tangan dan kaki anda ?

Adakah anda pernah mengalami semua atau mana-mana simptom yang saya nyatakan diatas ? 

Jadi anda mungkin terdedah kepada risiko penyakit sendi antara sedar atau pun tidak. Ramai yang menganggap, sakit sendi hanya menyerang mereka yang sudah berumur. Pandangan itu hanya SEPARA tepat,sakit sendi kronik memang banyak dihidapi oleh golongan warga emas, tetapi simptom-simptomnya sudah dirasai lebih awal lagi. 
Oleh itu, saya pilih untuk mengambil AJHT sebagai rakan baik untuk sendi saya.

Saya tidak mengalami sebarang simptom diatas. Bolehkah saya mengambil AJHT ?

Boleh. Tidak salah jika mengambil AJHT walaupun kita tidak mengalami tanda-tanda diatas. Ini bermakna,sendi anda sihat.Tidak semestinya kita mengambil supplemen ketika sudah sakit sahaja. Anda boleh mengambil AJHT bagi memastikan sendi anda terus sihat dan secara tidak langsung ia juga boleh mengurangkan risiko terdedah kepada sebarang penyakit sendi. Berbaloi bukan ? Mencegah itu lebih baik dari mengubati.AJHT adalah supplemen 100% semulajadi tanpa kesan sampingan. Jadi anda tidak akan rugi.

Krisis pemulihan / "healing crisis(reaksi Herxheimer)"

Krisis atau biasanya dipanggil "healing crisis(reaksi Herxheimer)" adalah satu proses dimana badan kita sedang melalui satu fasa pembersihan atau detoksifikasi.
Ia biasa dan kerap terjadi kepada mereka yang baru mengambil makanan tambahan, terutama vitamin & mineral natural Shaklee.

Anda akan mengalami pelbagai simptom/gejala mengikut keadaan tubuh badan tetapi tidak perlu risau, ianya hanya bersifat sementara dan tidak memudaratkan.
Antara gejala yang sering dialami adalah pening, mual, sakit dibahagian sendi atau otot dan banyak lagi bergantung kepada keadaan tubuh. Pada masa ini, anda dinasihatkan untuk minum air secukupnya.

Cara pengambilan AJHT

Cuma 2 tablet selepas makan setiap hari secara konsisten. Sekiranya anda mengambil  lebih dari satu supplemen atau ubatan, sila jarakkan pengambilan AJHT dengan ubatan itu.


Cadangan Pengambilan Supplemen Shaklee

Info produk : 

1 botol AJHT mengandungi 60 biji 
Harga pasaran - RM 124 tidak termasuk caj penghantaran
Untuk kegunaan sebulan 



Hubungi saya untuk pesanan/pertanyaan


Farah Madiha Bt Md Zin
Shaklee ID : 925875
SMS/whatsapp : 016 215 6763
Facebook ID : D'
Studiohealth 



The greatest wealth is HEALTH !

Wednesday, May 21, 2014

ESP SHAKLEE : EDISI MASKER

Assalamualaikum 

Fara nak tanya kat korang semua.. Pernah tak korang berbelanja lebih untuk beli Masker kosmetik? Pernah tak korang rasa Mahalnyaaaa, tapi kene beli juga? atau pernah tak korang rasa tension bila tengok Masker tu tak memberi kesan yang macam mana korang inginkan? 

Ahaa.. Fara pernah ! Sebelum guna produk Shaklee, Fara ada consume satu produk ni. Boleh tahan jugak harganya. Bagus memang bagus, tapi masa pakai kulit muka macam gatal-gatal sikit. Bila periksa, ia mengandungi beberapa jenis bahan kimia yang biasa seperti methyl paraben dan banyak lagi. Walaupun ianya biasa digunakan dalam teknologi kosmetik, Fara rasa tak selamat. Sebab ia mungkin akan memberi kesan sampingan pada masa akan datang. Kita tak tahu kan?

So, bila da doubt, Fara terus tak gunakan lagi. Sedih sebab membazir. 
Tapi, i do care more for my health.. :')
Jadi, Fara pun consume produk lain. Tapi ada satu je yang tak best ! Tak ada masker lah pulak.. Puas la pergi google-google semua. Tak jumpa yang berkenan di hati. Beberapa lama lepas tu, Fara berkenalan dengan Shaklee. Mula-mula, consume ESP ni lah. Sebab nak dapatkan kulit glow konon nya. Hehe. Masa tu Shaklee baru nak meletop kat arena FB . Jadi Fara start guna, ambik la 1 sudu sehari.. 

Tapii... lepas sebulan Fara rasa tension. Apsal tak habis-habis ni. haha.. Banyak nya ESP ni. Kalau setakat buat minum,mau 3 bulan. Takut masuk angin pulak kan. Tapi alhamdulillah. Tak masuk angin pun sebab canister ESP ni "air tight".Tak da masalah :)

Pastu Fara dapat tahu, selain minum dengan pelbagai cara (rujuk resepi) ESP boleh dibuat Masker !!! Eh ni dah baik ni. Jimat.. 2 in 1. Sebagai makanan tambahan boleh, sebagai masker pun boleh ? Kebaikan dalaman dan luaran..cun! Jimat duit aku.. Hehe


1SUDU ESP + PLAIN YOGURT = MASKER SUPER BEST!! 


Bila apply kat muka, rasa sejuk dan selesa. Fara pakai 10 minit jek. Sebab lama-lama nanti Masker mengeras susah nak cuci.. Hihihi.. So far dah 4 bulan Fara consume ESP, Fara dah dapat respon positif. Tak payah cakap, bila balik kampung jumpa saudara, mesti diorang tanya, Wehh berserinya muka... Takkan seri pengantin tak hilang-hilang lagi?? Hehe.. Seb baik Fara blom ada bussiness card, kalo tak kat situ jugak den hulur ! hehe

Sekarang Fara rasa keyakinan dah naik 200%.. Muka glowing,parut di muka makin pudar dan paling penting, kulit Fara licin dan bersih.. Alhamdulillah.. Lepas ni, Fara nak pastikan hubby pun pakai mask ni. Biar kulit beliaww gebu baru la hensem.. :) 

Kalau korang nak jugak kulit yang halus gebu, Jom la join Fara. Beli 1 can ESP, dan mulakan cabaran 30 hari. Tengok hasilnya, korang pasti puas hati. 



1 canister 850g berharga RM150 termasuk postage. 
Boleh tahan 2 ke 3 bulan bergantung penggunaan. 
Boleh dibuat Masker dan Minuman yang mengenyangkan. 
Anda pilih? 

Farah Madiha Bt Md Zin 
Shaklee ID : 925875 
SMS/whatsapp : 016 215 6763 
Facebook ID : D'health Studio 
InstaShop : http://instagram.com/p/oNvhO5mEfG/ 

Oh, ye.. Consultation percuma. Dan Fara akan follow up setiap customer untuk pastikan apa yang korang target tercapai :) Jangan malu bertanya.. Insyaallah Fara akan bantu sedaya boleh.

Wednesday, May 14, 2014

ESP SHAKLEE : Edisi sarapan pagi

Bersarapanlah seperti seorang Raja, makan tengahari seperti seorang Putera, dan makan malam seperti si papa kedana


atau
Eat breakfast like a king, lunch like a prince, and dinner like a pauper

Mesti korang semua pernah dengar pepatah ni kan? Pepatah ni memang popular, tapi tak semua orang faham maksudnya. Bagi kebanyakan orang kita perkataan "bersarapanlah seperti seorang raja" bermaksud Hooooreyyyyy !!! Kita boleh makan apa saja..

woopsss! Salah tau kawan - kawan..

Ia bermaksud, Kita mesti mengambil sarapan yang KAYA.. Kaya apa? Kaya dengan nutrien dan zat yang penting untuk memulakan hari yang produktif. Lagi-lagi golongan berkerjaya, Sarapan pagi penting untuk memastikan kita mendapat cukup tenaga untuk melaksankan tugas harian kita.

Namun begitu, kebanyakan dari golongan ini tidak menitik beratkan pengambilan sarapan pagi..
Berikut adalah antara sebab nya:

Tak cukup masa
Golongan berkerjaya adalah golongan yang sangat sibuk dan mengejar masa. Bangun awal pagi,tersekat dalam kesesakan lalu lintas sampai di pejabat ngam-ngam seminit sebelum punch card merah.Bukak laptop kerja berlumba lumba masuk.Lalu,tak sempat lah nak sarapan.Kesian.. 

Tak biasa makan pagi
Makanan yang dijual di cafe/kantin adalah sama setiap hari.Tak pernah improve. Tak sedap tapi mahal.Pilihan makanan tak memenuhi citarasa.

Diet / takut gemuk
Fobia ni memang selalu terjadi kat golongan wanita. Makanan tu berminyak..tak boleh.. Makanan ni over cook, zat zat semua hilang.Makanan ni berlemak ! tak bolehhhhhh....

Takut mengantuk
Yelah..mana taknya..makan nasi lemak sebungkus kot.. Mau tak mengantuk..hihi

Percaya tak kalau Fara kata, Fara pun mengalami situasi yang sama.
Jadi Fara ambil keputusan untuk cari sarapan pagi yang simple,sedap dan memenuhi segala keperluan badan.

Jadi setiap pagi, Fara consume ESP shaklee..
Senang saja, Campurkan 1 sudu ESP dengan secawan susu dutch lady perisa strawberry, Shake kan dan siap! Breakfast is ready. Dengan Shaklee, Fara tak ada masalah nak breakfast, sambil drive dalam jem boleh,sambil buat keje kat pejabat boleh, yang paling penting, ianya sedap dan RESEPI nya adalah pelbagai...


Ini dia sarapan pagi Fara sekarang ni. Cukup untuk terasa kaya ketika sarapan pagi. Perut kenyang,rasa cergas sepanjang hari.


Harga 
Semenanjung : RM 150 
Sabah & Sarawak : RM 155


Cara pengambilan
Terpulang kepada individu.Tidak boleh melebihi 2 sudu setiap hari

Resepi


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk/cara mendaftar ahli :

Farah Madiha Bt Md Zin
Shaklee ID : 925875
SMS/whatsapp : 016 215 6763
Facebook ID : D'health Studio









Friday, May 2, 2014

MEALSHAKES SHAKLEE : Resepi

Assalamualaikum...

Jutaan terima kasih kepada customer yang order Mealshakes dari Fara.. 
Rupanya ramai betul yang menunggu Promo ni ye.. Tak sangka..
huhu.. Terima kasih daun keladi ye..

Untuk menghargai sokongan kamu semua.. Fara sediakan beberapa resepi Mealshake untuk korang.
Silakan cuba dan ubah ikut selera ye..


Resepi Pertama  ( Smoothies Mealshake )
credit to http://myavitashop.blogspot.com/

* Segenggam anggur hitam
* Beberapa ketul ais
* Mealshake

Blender smpai hancur.. And your smoothies is ready !!!  ( ^  __  ^ )  Y

Ps: Kalo nak sedap lagi.. campur chocolate rice & whipped cream...Perkh terangkat !!! hehe

**********************

Resepi Kedua

* Air jus ( tropikana twister, cordial buah etc )
* Mealshake

Shake sekuat hati sehingga sebati... Pastu minum nom nom ...

**********************

Resepi Ketiga ( Milo Frappe )

*Milo
*Susu segar
*Mealshake
* Beberapa ketul ais

Blend sehingga hancur... Taburkan milo diatasnya ....

Wallahhhhh...   *gambar hiasan

**********************

Bagi anak yang masih menyusu ( susu formula ) .. 
Boleh juga campurkan Mealshake dalam susu .. 
Tapi Ingat !!
Ianya harus mengikut sukatan dan jadual yang betul...

Berikut adalah cadangan sukatan Mealshake mengikut peringkat umur..

Dewasa - 1 sudu besar ( 1 atau 2 kali sehari ) 
Kanak - kanak ( 6 tahun keatas & aktif ) - 1 sudu sehari 
Bayi ( 2 tahun - 6 tahun ) - 1 sudu kecil , 2 atau 3 kali seminggu

Walaupun Mealshake ni boleh diambil oleh kanak-kanak seawal 1 tahun, kami masih percaya,khasiat susu ibu tiada tandingannya.. 
Jadi, kami sarankan,jika mahu,ibu-ibu sahaja yang menggunakan mealshakes ini.Insyaallah bayi anda masih mendapat manfaat melalui susu ibu.


*credit pic google...

Tambah Mealshake sebagai salah satu makanan anak-anak untuk anak yang cerdas dan bertenagaaa sepertii
.
.
.
.
.


*credit pic google...

Errrr....

Semoga Mommies semua berjaya menaikkan selera makan anak-anak ye....


Hubungi Fara konsultansi percuma 

Farah Madiha Bt Md Zin
Shaklee ID : 925875
SMS/whatsapp : 016 215 6763
Facebook ID : D'health Studio 

Website : http://dhealthstudio.blogspot.com/


Assalamualaikum










MAY PROMO : MEALSHAKES

Assalamualaikum...

Sempena hari ibu yang jatuh pada bulan ni, Shaklee telah melancarkan Promosi Penjimatan yang sangat Bestt bagi golongan ibu dan anak...
Haa.. Korang semua mesti dah tahu punya lah p.romosi apa.. Fara dah pung pang kat Facebook kan ? Hee.



Mealshakes

Owkey...Tanpa membuang masa.. Jom kita kenal, Mealshakes ni ape ?

  • Mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia
  • Kalsium membantu mengukuhkan tulang dan gigi
  • Mengandungi semua asid amino asli yang terdapat dalam protein
  • Pengambilan dalam bentuk serbuk lebih efektif dan mudah
  • Rendah kolestrol, lemak, dan sodium 

Kandungan Mealshakes Shaklee


Kebaikan Mealshakes Shaklee 


  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Menigkatkan selera makan
  • Mengatasi masalah enzema
  • Mengatasi masalah sembelit kanak kanak
  • Mengawal nafsu makan anak ( obesiti )
  • Menjadikan anak - anak semakin aktif, fokus dan bertenaga
  • Memudarkan parut
  • Atasi alahan dan meningkatkan selera makan bagi ibu mengandung
  • Memberi rasa kenyang dan tenaga kepada ibu menyusu. Kebaikan Mealshake juga akan dikongsi bersama anak.
  • Melancarkan penyusuan dan membuatkan bayi merasa cepat kenyang

Dan banyak lagi kelebihan yang boleh diperolehi dengan cara pemakanan nya yang betul dan konsisten :)





Secara jujurnya, Fara rasa dan perhatikan, ramai dikalangan ibu bapa yang kurang menitik beratkan pengambilan makanan berzat bagi anak-anak.Bukan apa, mereka putus asa untuk memujuk anak anak makan makanan berkhasiat. Sebab.. Tak sedap.. baby pun dah tahu mintak McD tau ..huhuh

Akhirnya mereka tewas,bagi mereka, asalkan makan, itu sudah memadai. Mommies, daddy.. Wake up ! 
Berapa ramai yang menghantar anak mereka ke nurseri? bekalkan makanan untuk anak mereka?
 adakah kamu meletakkan 100% tangungjawab kepada pengasuh dalam soal pemakanan anak-anak ?

Adakah anda tahu jika anak-anak anda sukar menerima makanan yang diberikan di nurseri ? 
( bagi yang sudah bersekolah )
Ayam goreng, ikan goreng ? cukup ?? Sayur hijau ? hmmm...Dalam 100 mungkin ada 10 anak-anak kita yang akan makan sayur kan :)

Yang lain?  

Setiap apa yang kita makan, mencerminkan diri kita.. Jika kita sudah membuat yang terbaik.. 
Alhamdulillah syabas ...
Bagi yang belum bangun? Anda masih ada masa... 

****************

Jom berbalik pada tajuk asal.. Haha.. Maafla ter EMO pulak.. Bukan apa, kesian tengok kanak-kanak yang obesiti sekarang ni.. Asik asik McD je kan.. Sape tak kesian... Perkembangan otak mungkin boleh jadi slow,,dan perjalanan mereka masih panjang...

Okkk...Cut cuttttt....

Seperti bulan - bulan lain, Promosi shaklee kali ni pun sama jugak.. Beli 6 percuma 1... Yeee Percuma


Jom buat kira - kira 

Satu canister 544g berharga RM 113.75

Jadi beli 6 

113.75 x 6 = 682.50
dengan 682.50 anda dapat percuma 1 can berharga RM113.75


6 tu banyak eh? Takpe.. beli banyak..pastu boleh jual semula dekat kawan-kawan :)

anda beli 7 can dengan harga RM 682.50
Anda ambil 1
Anda jual selebihnya dengan harga asal..

macam ni...

7 can = RM 682.50
anda jual balik 6 dekat kawan-kawan ..
So.. 6 x 113.75 = ?
Anda dapat balik RM 682.50

Maknanya... Mealshake yang anda ambik tu FREE 

Senangkan??? Hehe... lalalala

Hubungi Fara untuk tempahan dan konsultansi percuma 

Farah Madiha Bt Md Zin
Shaklee ID : 925875
SMS/whatsapp : 016 215 6763
Facebook ID : D'health Studio 

Website : http://dhealthstudio.blogspot.com/

Opssssss..Jap...


Credit RitaRudainiInsta.. 

Till then.... Assalamualaikum