Pages

Saturday, November 1, 2014

SHAKLEE | Omega Guard

Assalamualaikum..

November 2014
Shaklee buat promo Omega Guard la pulak..
Hehe..
Memang perfect timing, bekalan Omega Guard Fara n hubby pun dah tinggal sipi-sipi je ni..

I loike ~
Ohh.. ramai yang tak tahu kan, kelebihan Omega Guard ni?
Meh sini Fara cerita..
Lepas ni boleh la start consume ramai-ramai .. 





Omega Guard Shaklee

Diekstrak daripada ikan laut air sejuk ( sardin,mackerel,herring,anchovies ) di perairan negara Jepun. Ianya bukan daripada hati ikan. Omega Guard adalah 3 kali ganda lebih tumpat daripada minyak hati ikan. 

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi. 

Omega Guard Shaklee | Minyak ikan yang terbaik

Kebanyakan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Tetapi, kaedah ini hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien malah, tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Manakala, Shaklee pula menggunakan kaedah ultra-tulen bergred farmaseutikal teknologi terkini dalam penghasilan Omega Guard. 

Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan semulajadi. Ia juga menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB ( polychlorinated biphenyl yang sangat toksik )


Manfaat Omega Guard Shaklee

  • Asid Lemak - Omega 3 merupakan asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Kajian saintifik menunjukkan golongan wanita eskimo yang mengambil kepekatan omega 3 yang tinggi dalam diet mempunyai risiko jauh lebih rendah mengidapi kanser payudara.  Omega-3 dapatmenyekat kemudaratan estrogen pada sel dada, maka merendahkan risiko sel-sel tersebut daripada menjadi kanser.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok - DHA dan EPA mampu mencegah thrombosis ( darah beku dalam pembuluh darah ) supaya darah dapat mengalir dengan lancar dan mengekalkan tekanan darah normal. Ia juga berkesan merendahkan paras kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin serta meningkatkan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak,sistem saraf dan retina.DHA meningkatkan keupayaan ingatan dalam pembelajaran, mencegah penyakit alzheimer, memelihara pengelihatan dan pendengaran serta mencegah migrain
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imunisasi badan, membaiki alahan kulit, penyakit lelah, penyakit buah pinggang dll
  • Menentang Kanser - Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 mampu mencegah kanser paru-paru, kanser payudara, kanser prostat dan kanser kolon. 
  • Memelihara fungsi sendi - Asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan.Ia mampun mencegah arthritis, memelihara fungsi sendi, serta mencegah gout dengan efektif.
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - Kajian membuktikan EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi , membantu perkembangan kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, insomnia, autusm dll

Siapa Perlukan Omega Guard?

Kalau tanya Fara, Fara akan cakap rugiii tak consume Omega Guard. Kenapa? Omega Guard banyak kelebihan. Jika tubuh badan kita sihat sekarang, ia mampu mengekalkan kesihatan agar terus sihat :) insyaallah.. 

Serius rugi tak consume..
Dan bagi customer yang ada masalah di bawah, Fara sarankan cuba Omega Guard ni ye :)

  • Pengidap asma dan lelah
  • Ingin menurunkan berat badan ( menggalakkan pembakaran lemak & mengelakkan pembentukan lemak )
  • Gout 
  • Ada penyakit kulit disebabkan alahan ( seafood,resdung,ekzema dll )
  • Pengidap penyakit jantung dan darah tinggi ( membantu merendahkan paras kolesterol )
  • Ingin meningkatkan daya tumpuan dan ingatan ( bagi pelajar )
  • Mengalami sakit/keradangan sendi
  • Individu yang gemar makan anggota dalaman haiwan ( tinggi kolesterol )

FAQ

1. Kenapa Omega Guard Shaklee gunakan ikan laut dalam?
  • Kajian yang dilakukan mendapati, ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yang sagat tinggi iaitu EPA dan DHA yang mampu merendahkan lemak dalam darah dan melambatkan pembentukan thrombus. Ia juga terbukti merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.
2. Omega Guard ni minyak ikan atau minyak hati ikan?
  • Ianya adalah minyak ikan
3. Siapa yang TIDAK BOLEH consume Omega Guard?
  • Minyak ikan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar. Ianya melambatkan pembekuan darah.
  • Pesakit yang bakal melakukan pembedahan dan Ibu hamil yang bakal melahirkan anak tidak digalakkan mengambil minyak ikan.
4. Macam mana nak beli Omega Guard Shaklee?
  • Hubungi Fara melalui SMS/Whatsapp 016 215 6763. 
  • Nyatakan pesanan
  • Buat pembayaran & Tunjuk bukti pembayaran
  • Penghantaran akan dibuat melalui POS di seluruh Malaysia & COD di sekitar kawasan Puchong.

Till then,
Assalamualaikum

Sid FARA





Kolesterol | Punca pembunuh senyap No. 1 di Malaysia

Assalamualaikum..
Salam to all readers..

Kolesterol.. 
Apakah yang kita faham tentang kolesterol? 
Adakah kehadiran kolesterol berlebihan dalam tubuh itu suatu perkara yang baik? atau sebaliknya?

Ramai yang mengaitkan kolesterol sebagai punca penyakit.
Tetapi adakah ramai yang tahu, ianya lebih kronik dari hanya sekadar punca penyakit? 
Ia punca penyakit terbesar di kalangan rakyat Malaysia malah ada yang menggelar nya pembunuh senyap, pembunuh bersiri dan banyak lagi.

Kenapa?
Jom kita siasat..

Apa itu kolesterol?

Kolesterol adalah bahan berlemak dalam tubuh yang mengalir bersama darah dalam pembuluh darah.Ia mempunyai fungsi yang penting untuk membentuk dinding sel,otak serta saraf dan beberapa hormon dalam tubuh manusia. 

Kolesterol ini digelar Kolesterol BAIK 
( High-Density Lippoprotein - HDL ).  
Oleh itu, jangan percaya sekiranya ada yang mengatakan semua kolesterol adalah merbahaya :)

Kolesterol hadir dalam 2 cara. 

1. Dihasilkan oleh hati
2. Diperoleh daripada diet harian kita ( Daging, ikan, butter dan sebagainya )

Jadi.. 
Bila kalanya kolesterol tu jadi ancaman pada manusia??

Kolesterol menjadi kawan apabila sedikit. Tetapi perlahan-lahan, ia menjadi lawan bila ia berlebihan. Kolesterol berlebihan ni kita panggil kolesterol JAHAT ( LDL )

Kolesterol JAHAT atau LDL

Low-Density Lippoprotein atau LDL akan menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri dan mengakibatkan plak kolesterol. Plak kolesterol pula kana menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakit sempit. Proses ini dinamakan atherosclerosis.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila ia mempunyai kadar kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.





Sekarang kita dah tahu kan, Kolesterol jenis apa yang patut disayang, dan yang mana patut di nyah kan? :)

Punca Kolesterol Tinggi

  • Faktor yang tidak dapat dikawal
    • Keturunan
    • Usia
  • Pemakanan/Diet yang teruk atau tidak dikawal
    • Makanan bergoreng, berminyak
    • Fast food
    • Keju, daging merah, margerin
    • Organ dalaman haiwan ( otak,hati etc )
    • Makanan bersantan
  • Gemuk/Obesiti
  • Kurang bersenam
  • Gaya hidup yang tidak sihat
  • Pengidap Diabetis
  • Merokok
Dan banyak lagi.

Tanda Kolesterol tinggi 
  • Sering terasa kebas-kebas pada kaki dan hujung jari
  • Mudah letih, penat da cepat mengantuk
  • Sakit kepala.Pening di belakang kepala
  • Senak dada sebelah kiri
  • Kaki membengkak

Kolesterol yang tinggi bukan hanya terjadi kepada orang yang bertubuh besar/berisi sahaja. Individu yang kurus juga cenderung kolesterol tinggi sekiranya tidak menjaga pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan kolesterol ialah serangan jantung, darah tinggi, strok, dan banyak lagi. Penyakit jantung adalah pembunuh Nombor 1 di Malaysia.



Ayuh singkirkan kolesterol JAHAT dengan SHAKLEE



CoQHealth Plus
  • Merangsang penghasilan tenaga jantung
  • Menyihatkan & Melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu meningkatkan dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
Garlic Complex
  • Menurunkan kolesterol
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Menurunkan LDL, trigliserid & kelikatan darah
  • Meningkatkan HDL, melindungi jantung serta mencegah strok dan penyakit berkaitan jantung
Omega Guard
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok
Phytocol - ST
  • Menghalang penyerapan kolesterol berlebihan oleh tubuh.
  • Merendahkan paras kolesterol LDL secara semulajadi

Sayangi jantung anda. It is never too late..

LoVe,
Sid Fara
016 215 6763