Pages

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, August 25, 2017

Resepi Nasi Ayam Paling Mudah

Assalamualaikum wbt

Sedar tak sedar, dah hampir penghujung bulan Ogos.
Ni bermakna, dah almost 2 month aku resign dari kerja hakiki dan mula bina kerjaya dari rumah :)
Untuk yang selalu tanya tu..

Farah, ko resign ke?
Farah, kena berhenti ke?

Jawapannya.. Ye.
Aku berhenti! Resign! Tapi paling best, masa nak hand over surat resign, bos pulak panggil offer VSS. Of course la terus koyak surat resign dan terus cakap OK bos! Saya terima offer ini.. Githeww..  *mata shining.. hehe

Ada yang anggap ni dugaan. Yelahhh, kena berhenti kot. Tak risau ke belanja rumah yada yada yada.. Kesian ko..
Aku anggap ni semua CHALLENGE! Tukar angin. Jaga family sambil jana income dan buat apa yang kita nak. Sound interesting right?

Jadi, jangan kasihan kan aku. Sesungguhnya, aku amat happy dan bahagia dengan rezeki kurniaan ilahi. Ecehh.. Bebas dari night shift tu paling Syurgaaaa...

Jadii, untuk celebrate kegembiraan aku, aku belanja korang resepi Nasi Ayam Paling Mudah Paling Sedap. One of my favourite selain berniaga is, menulis :)

Oh ya, resepi ni asalnya dari blog masakan popular Aziejaya. Aku tak olah banyak, sebab resepi nya memang simple dan senang. Husband tambah 3 kali. peace yo!

Resepi Nasi Ayam Paling Mudah


Sup

1/2 ekor Ayam
4 biji Bawang Merah *dihiris
4 ulas bawang putih *dihiris
1/2 inci halia *dihiris
Sup bunjut
Garam 
Serbuk Perasa (Maggi Cukup Rasa)

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan sup bunjut sehingga wangi
2. Masukkan ayam dan masak sehingga kering air
3. Masukkan air dan rebus sehingga ayam masak. Garam dan perasa jangan dilupa.
4. Tutup api dan keluarkan ayam.



Nasi Ayam

Beras 
Sup Ayam
2 sudu Mentega

1. Cuci beras dan tos
2. Masak nasi seperti biasa. Gantikan air kepada sup ayam
3. Bila nasi dah masak, masukkan mentega dan kacau rata. Jadi nasi kita akan nampak menyelerakan :)

Serius bangga bila dah masak, nasi dia sebiji macam nasi ayam popular kat Kuala Pilah dulu. Oh rindunya..


Ayam Goreng

Ayam Rebusan
Sos Tiram
Kicap Manis

1. Lumurkan ayam yang direbus dengan kicap manis dan sos tiram. Perapkan sekejap
2. Panaskan minyak dan goreng sekejap sahaja. Sebab ayam dah masak. Goreng untuk bagi sebati dengan kicap dan sos tu sahaja


Sambal Cili 

5 tangkai Cili Merah
2 biji Cili Api Merah
1 biji tomato
1 sudu cuka
Garam 
Gula

1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali garam dan gula.
2. Masak bahan blender dalam kuali tanpa minyak. Tambah gula dan garam
3. Dah menggelegak boleh angkat

Mak pesan kena masak jugak cili kalau taknak sakit perut. hewhew...
Kuah kicap mana? Aku macam malas nak buat sebab tak menahan sesangat tengok nasi ayam yang mengiurkan.. hehe..

Ingat tak air dari perapan ayam tadi? Yang kicap manis dengan sos tiram tuuu.. Haa, siram balik atas ayam. SETEL! Oh senangnya hidup..

Selamat mencuba! Dah cuba jangan lupa share link blog korang tau. Nak tengok hasil air tangan korang yang power tu :)

Daaaa~

Sunday, September 6, 2015

Resepi Sup Ayam Simple Terlajak Laris

Assalamulaikum semua..

Lately ni, selalu pulak membelek blog-blog masakan. Sejak bila la pulakk minat masak-masak ni kan. huhu.. Betul la orang cakap, bila dah kawen, rasa nak jadi chef tu tiba-tiba je datang. Korang pun macam ni ke? hewhew..

Bukan aku sorang je, husband pun macam terer je masak.
Semalam aku kerja, so untuk menjimatkan masa dan tenaga aku, beliau offer diri nak masak. Wahh.. rejeki nih, husband nak bagi kita cuti masak, jangan ditolak! Rugi.. huhu

So, semalam beria dia mintak resepi Sup Ayam yang aku selalu buat. Yep, beliau memang hantu sup. Kalau hari-hari makan nasi dengan sup pun dia sanggup :)

Ni dia hasilnya.. Rajin siap sambal kicap meletop lagi.. Bravo husband.. Saya bagi 5 star!
Ehem, lepas ni kalau nak masak refer blog bini awak ni ye bang ..




Resepi Sup Ayam Simple Terlajak Laris

Bahan-Bahannya
Ayam
Kentang *belah 2 atau 4
Bawang putih *dihiris 
Kiub pati ayam
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Air secukupnya


Cara Memasak
1. Tumis bawang putih yang telah dihiris di dalam kuali sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Rebus kentang sehingga empuk. Angkat dan ketepikan
3. Masukkan air ke dalam periuk secukupnya dan ON kan api.
4. Bila air dah mendidih, masukkan ayam,kentang,kiub pati ayam dan bawang putih (dengan minyak tumisanya sekali)
5. Perasakan dengan garam
6. Bila ayam dah masak, boleh tutup api dan taburkan bawang goreng,daun bawang dan daun sup
7. Sedia untuk dihidang! :)

*Rebus kentang secara berasingan untuk dapatkan kuah sup yang "clear".

Resepi Sambal Kicap Sedap

Bahan-Bahannya
Cili api
Bawang putih
Gula pasir
Garam
Perisa - Ajinamoto
Kicap Manis
Asam limau

Cara Membuatnya
1. Goreng cili padi dengan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga agak masak kemudian tumbuk sehingga sebati
2. Curahkan kicap dan perasakan dengan gula dan garam
3. Perahkan sedikit asam limau untuk kuah kicap yang lebih sedap!

Selamat Mencuba!!











Thursday, May 14, 2015

Mushroom Soup & Garlic Bread paling mudah

Assalamualaikum.. 
Hi korang.. *lambai-lambai

Harini nak share resepi lagi. vah vah.. makin rajin memasak nampaknya. Memang isteri solehah giteww.. Hehe. Sejak dua menjak ni, macam dah bosan makan menu yang sama. Jadi, Fara pun start la search resepi baru. 

Tolong jangan gelak please. Ye, memang akak Fara korang tak reti langsung nak buat mushroom soup yang sedap. Tapi mana best kan main tonggang dalam tin sesaje. Tak kerlass la brader..

Jadi, ni ade la jumpa resepi Mushroom Soup & Garlic Bread instant. Yang mana noob macam kak Fara mai la pinjam resepi ni. Hiks..



Mushroom Soup & Garlic Bread instant tapi superb

Bahan & Cara-cara

Sup
1 tin Campbell Mushroom Soup
3 batang Sosej
1 keping cheese
Serbuk lada hitam
Garam

1. Masukkan 1 tin Mushroom Soup + 1 tin air ke dalam kuali.Kacau sebati sehingga Mushroom soup tidak berketul-ketul.
2. Hidupkan api sederhana. Bila menggelegak, masukkan sosej yang dipotong dadu. Kemudian, masukkan kepingan cheese.
3. Letak sedikit serbuk lada hitam dan perasakan dengan garam. Tambah air jika terlalu pekat.


Roti
1 batang roti "Baguette" ( beli di tesco )
Garlic spread

1. Potong roti secara menyerong. Takde roti ni pun takpe.. Pakai gardenia pun sodap jugak..
2. Sapukan Garlic spread diatas permukaan roti
3. Panggang/bakar sebentar di atas non-stick pan.

Haa.. Dah siap pun. Sedap dan mudah. Husben lalu sebelah pun buat-buat tak nampak..Hehe. Selamat mencuba !!




Friday, May 8, 2015

Kuey Teow Goreng Paling Sedap!

Hi.. Assalamualaikum semua..

Siapa kat sini suka masak? Selalu kalau tanya member-member seperjuangan dengan ayat seperti ini..

" Wei, ko suke masak untuk husben ko tak??" 

Konfem muka benyek.. Sambil geleng kepala laju-laju.. 

" Aku malas lah" 
" Mana ada masa dowww"
" Aku tak reti MASAK !! "

Senang cerita nya, tak ramai yang nak masak kat rumah.. Yelah, lagi-lagi yang baru kawen ni kan, makan luar aje le, berdua .. senang.. Takyah basuh pinggan,kemas dapur etc.. tapi rumah still berselerak.. eheh..

Amboiii!! Mulott ko jah.. Mengata je keje ye.. Yang ko rajin sangat la pulak kan? Masak air pun kadang-kadang mengelat.. eheh.. Ape pulak, suka masak dengan rajin masak lain okey..  :)

Tapii, sejak dua menjak ni.. Perbelanjaan rumah makin hari makin meningkat.. Dengan harga barang naik, tu tak kira GST lagi.. Kang kalo makan kat restoran sesaje, merasa la terbang duit 5 - 10 % lagi untuk service charge.. Kalau makanan nye sedap kat tekak takpe gak.. Ini hampeh jugakk rasanya.. 

Oleh itu, bagi memastikan flow kewangan kekal cantik bergaya walaupun mengadap kos perbelanjaan yang melampau-lampau,, marilah kita memasak..

Okey..  *tarik nafas  
Tudia mukadimah pun dah setengah page. Padahal nak kongsi resepi je pun..Hiks..

Meh sini nak kongsi resepi kuey teow goreng malam tadi.. Second attempt yang berjaya dengan gilang gemilang. Husband puji..jjyyehhh~ Duration masak 10 minit saje. Resepi asal dari blog Aziejaya. Ada olahan sikit ikut apa yang ado :)


Semalam lapar.. Tak sempat nak set plate..haks


Resepi Kuey Teow Goreng 

Kuey Teow 
Sayur kuchai
Udang 
Beef ball 
Sos tiram
Kicap Cair
Sos ikan
Minyak bijan
Perasa (jika mahu)

Bahan Kisar
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering

Cara-cara :
1. Panaskan minyak, kemudian tumis semua bahan kisar. Pastikan cili kering benar-benar masak.
2. Masukkan beef ball yang dipotong dadu. Bila hampir masak, masukkan udang yang telah dibuang kulit.
3. Masukkan sos tiram,kicap cair, sos ikan dan minyak bijan. Tambah sedikit air dan serbuk perasa sekiranya perlu. 
4. Bila sudah medidih, Masukkan sayur kuchai dan kuey teow. Gaul sebati dengan api besar. Siap!

Hah kan.. Siap pun.. Boleh la makan ulang-ulang.. Dari makan malam membawak ke breakfast. Punyalah jenuh nak habiskan..hihi.. Oh ye, bahan-bahan yang Fara guna takda sukatan atau apa.. Semua main campak asal sedap giteww.. Masakan gini takpe campak-campak.. Kalau kek jangan buat gini la ye,kang sampai ke sudah tak naik kek korang tu.. 

Selamat mencuba !! Siapa dah cuba meh la Share link blog korang kat bahagian komen tuu :)


Love,
MasterChef Fara.. Nott?!!  :)

Wednesday, March 25, 2015

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai

Seronok betul kalau dah tak kerja malam.. Mesti macam-macam boleh buat kat rumah.. Boleh masak-masak, makan, tengok tv dengan hubby.. Hew hew..

Nasib lah, nak buat camne kan, makan gaji dulu sekarang.. Tak sabar nak tunggu hasil "kesabaran" ni nanti.. WFHW one day.. Insyaallah :')

So, sebab bosan, jom.. Nak kongsi resepi pulak malam ni... Sebenarnya, dah macam-macam versi dah buat nasi goreng ikan masin ni. Tapi yang paling menjadi, resepi dari blogger masakan terkenal iaitu Azie Kitchen.

Superb semua masakannya, rasa macam baca blog god of cookery pulak.. Dah try mostly resepi beliau.. Memang menjadi dan sedap..


Err.. abaikan telur mata yang lari shape tu. Hehe.. Maklum lah, orang baru kawen, pakai kuali yang ade jela.. Haha

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai 

Resepi asal : Azie kitchen
Bahan-bahannya :

Nasi
Bawang besar *dihiris
Bawang putih *diketuk
Cili padi *diketuk
Ikan tenggiri masin
Sos tiram
Sos ikan
Sayur (kailan/kacang buncis)
Telur
Garam/serbuk perasa

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis ikan tenggiri masin. Sambil tu hancur hancurkan.
2. Masukkan cili padi,bawang besar dan bawang putih, goreng sampai wangi.. 
3. Then masukkan sos tiram dan sos ikan.. Bila dah sebati, masukkan sayur..
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sampai hancur, sebelum telur kering, masukkan nasi dan gaul mesra.
5. Rasa. Kalau kurang masin letak sedikit garam
6. Siap!! :)

Tapi kalau nak best, korang boleh goreng telur mata. Aku tak makan telur mata, so terpaksa lah goreng ayam instant tu.. eeheee~

Senang sangat.. Tapiiiiiii!! Malangnya, masa goreng telur, ade eksiden pulakkk.. Tangan terpercik minyak panas pulak..Meletop menggila macam kita curah air sebaldi.. Haiyyooo, I hate you la kuali, dia baru lagi, so cepat gila panas.. Hew hew.. Kita pulak kelam kabut pecahkan telur dengan tangan basah-basah.. Sekaliii.. Hamekkau.. Sodap!

Tangan rasa pijar-pijar je.. Lantass.. Hero ku datang menyelamat!! Bukan incik husben..haha..Dia bantai main game je, tau-tau hidangan tersedia.. Macam pewince sangat tauuu..

Ini dia hah herbal blend!! Hero beta.. Takda dia ni, konfem bergelembung tangan halus beta..eceh~


Lepas apply herbal blend ni, tangan still panas, tapi sekejap je. Lepas 1 jam.. Dah tak sakit dah. Just merah je.. Tapi magic.. Tak gelembung atau bertanda.. Syukurrr..

Till then readers.. 
Oh ye, siapa nak order krim magic ni.. Boleh je contact kita.. 
RM 30 siap postage.. Siapa mau ? :)