Pages

Showing posts with label getaway. Show all posts
Showing posts with label getaway. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

Renew Passport

Assalamualaikum..

Wahh... Melampau-lampau betul sehari dua ni..
Banyak pulak idea nak menulis ni.. Kalau time dia bengap, memang sepatah haram pun tak nak keluar ayat. Haha..

Ok, kali ni nak share pasal... RENEW PASSPORT!!
Yes, benda yang mostly orang paling tak suka nak buat. Malas nak menunggu lama dan beratur panjang.. Yes..yes me understang.. Tapi nak tak nak, ahkak kene buat jugak, sebab tahun ni adalah tahun cuti-cuti Malaysia ahkak. Kalau takde passport kene tinggal kang aaa... Melalak la sorang-sorang.. heh?

So, sebab dah 3 tahun tak buat passport. So, dah lupa.. Apa nak kene bawak, kat mana nak pi. JPN ke KASTAM ke IMMEGRESEN ke.. Haa.. ko jangan gelak, ade orang buat passport kat Kastam tau.. Tapi bukan ahkak la.. No..no.. So not me..

Akak buat homework dulu tau.. Tapii.. hampa, tak jumpa pulak cara-cara yang latest. Mostly 2 3 tahun lepas..Info tak lengkap.. Haihhh... Jadi, ahkak bercita-cita nak jadi pioneer la tahun 2015 ni. Biar ahkak cerita kat korang cane nak renew.. Semoga bermanfaat :)

Mula-mula kena tahu.. Buat/renew passport kat Immegresen ye adik-adik. Nak buat IC, kita pi JPN. Tapi selalunya, JPN dan Immegresen diorang duduk satu building. Untuk memudahkan kerja..

Bagi warga Puchong.. Lokasinya adalah kat sini : Persiaran Puchong Utama, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia. Dekat dengan Aeon Big. Senang je cari. :)

Kat cawangan ni, nombor giliran yang dikeluarkan adalah terhad. Isnin - Khamis ada 120 nombor sahaja dikeluarkan. Hari Jumaat just 90 nombor je. Dan biasanya, pukul 7.30 pagi nombor-nombor tu dah habis pun. Orang akan start datang pukul 6 pagi. Awal gila, ye, ahkak sampai pukul 6.15 pagi, akak dapat nombor 18!! Riki punya riki, orang nombor 1 datang pukul 5.30 pagi.. Ahahahaii...

Tapi kalau nombor dah abes, cepat-cepat la pi kat Putrajaya.. Ataupun boleh buat kat UTC. Bukak sampai malam :)





Ececeh.. segak kan gambar? Gigih ni, bawak gambar passport, salinan IC dan passport lama. Dengan harapan, senang la nak setel ni. Takyah nak pi tangkap gambar. Pakai selebet je cukup. Yelah pagi buta kan, nak melawa kejadahnya.. 

Sekali, orang kat situ kata.. Sekarang tak pakai dah benda-benda ni..
Nak renew/buat passport just perlukan :

1. Slip renew passport *ambik kat sana
2. Passport lama 
3. Kad pengenalan * pastikan boleh read
4. Tu je... Gambar?!! La ni depa tangkap pic LIVE!!! ok.. Ahkak datang selebet je ni!!! Demm.. Ohh..seb baik gambar hitam putih.. pheww
5. Cash Money.. diorang tak terima visa or master card okey.. CASH!

Ha.. sekarang dah senang, mudah dah cepat. Harga nak buat passport ialah RM 200 untuk 5 tahun.. Yess... takde 2 tahun dah. 5 tahun terus. 

Kalau datang awal, passport akan dapat pagi tu jugak. Akak sampai sana 6.15 pagi, tunggu pejabat bukak kol 8.00 pagi, turn nak buat passport 9.30 pagi, collect passport 10.30 pagi. Setel.. Lama tapi berbaloi, dapat dalam hari yang sama :)

Korang paham tak akak bebel banyak-banyak ni? Haa.. Ade soalan, sila tanya, akak jawab laju-laju nanti ..ehihii...

Till then readers..
Ahkak kawasan...ehhh :)

Tuesday, March 24, 2015

Anniversary Gateway part II - Cameron Highlands Day I

Haa... Akhirnya publish jugak entry Tambun haritu. Dah 2 minggu duduk dalam draft! hehe :)

Moving on.. Ke Cameron Highlands kitaa!! yeaa..

*Warning : Entry banyak gambar.. hihi.. enjoys..

Dari Tambun ke Cameron, just ambil masa sejam setengah je.. atau paling lama 2 jam.. Cuma jem sikit sebab kes tanah runtuh haritu.. Cleaning process still in progress..


Kami sampai Cameron dah tengahari.. So berhenti kat area Tanah Rata untuk makan. 



Kedai ni sedap dan murah..Kitorang makan cepat-cepat sebab tak sabar nak check in hotel. Sebab tengok kat gambar hotel tu memang cantik gilaaaa..

Pukul 12 check in... Taraaaaa.... 








Tenang hati tengok..Hotel Aranda Nova Cameron Highlands.. Quite new..Bersih, besar dan cantik.. Betul-betul kat mall Cameron Square yang baru bukak tu. Oh ye, ada Old Town jugak kat sini, so nak makan tengah-tengah malam memang tak ada masalah :)

Cantik kan? Hotel ni murah kalau book thru agoda.. Kalau direct dengan hotel sendiri, memang menggigil lutut. Tak sanggup nak bayar.. Seb baik ade agoda.. hewhew.. 

Lepas tu ade sesi bertukar-tukar hadiah.. incik husband dapat card + GPS + rayban aviator dan aku dapat beg Targus idaman.. Hehe.. Masa ni tak dan la gambar, sebab ade drama air mata.. ececeh..


Petang tu, terus ke BOH plantation.. Memang first time datang sini. Jauh betul kat  atas bukit. Jalan dia jangan cakap la.. Scary gila, sipi sipi je tebing tinggi.. Seriau betul lahhh.. Ini kalau tempat tak capai standard, memang takkan jejak dah la lepas ni..










Wahhhhh... ni baru tangkap pic dari dalam kereta ni.. Kat atas bukit tu tak macam mana rupanya.. Sejuk dan nyaman je rasa..












Cantik!!! Nak compare dengan Bharat tea plantation, BOH ni lagi best! Tapi malangnya, tiba-tiba hujan lebat pulak petang tu. Tak dapat nak panjat bukit untuk view yang lagi tinggi. :'(

Tapi takpelah, esok masih ada ecehh... Tapi, memang sejuk gila masa hujan, actually sebelum tu, tea lady dah cakap, kabus nak turun ni, sat lagi hujan. Sekali betul, hahahahaiii.. sweater ade satu je pun.. 16 degree celcius.. OK sejuk!

Bila hujan dah reda, terus laju-laju balik.. Bukan apa, nak kejar pasar malam pulak. Popular pasar tu, jual sayur,strawberry,coklat .. macam-macam..tapi makanan dia, adei.. hihi.. keciwa betol. 





Ni dinner.. Ouh diet sungguh! Well, day 1 well spent.. :)
Tunggu entry day II pulak yeh! 

Adios reader.. Love yahh...

Anniversary Escape part I : Lost world of Tambun


Hi uoollss... Hehe.. 
puhh...puh.. *bersihkan sawang..

Wee.. Mood ada happy sikit sekarang, so lets muntah baca our Anniversary Gateway story.. Hihi.. 15 Feb 2015, genap setahun dah kami jadi husband and wife.. Macam tak caye je, sebab rasa macam baru je kene risik,tunang, nikah, sanding.. pejam celik dah setahun ke? Alhamdulillah.. Lap u husband..

Okey.. So, sebelum ke tempat celebration, kami saje menyinggah kat Ipoh sat. Konon nak enjoy kat The Lost World of Tambun. Lama dah nak pi sana.. Tak sempat-sempat. So kali ni, kita ambik cuti lama sikit, jom enjoyyy...

Haa.. untuk yang belum tahu, theme park ni adalah hak milik Sunway.. Jadi, boleh dikatakan macam mini Sunway lagoon. Best, havoc harga tiket pun murah.



Bukan main gagah abang-abang sida cleopatra berposing kat belakang nuhh.. 

Kami sampai kat sini pukul 10 pagi. Tapi, alahai.. TAK BUKAK LAGI.. Kol 11 baru bukak. Jadi melangok la kitorang kat sini sejam lagi..Sedang asyik berjalan-jalan,tiba-tiba,kami disergah oleh entiti ni.Baik punya tengah menyorok kat belakang tiang beso ni. Cilakeee!!! Terkejut aku...

Pastu boleh pulak husband suruh aku pi bergambar ngan dia. " Sayang pi la berdiri sebelah dia, abang nak ambik pic ni " .. Me like.. " huh? tak nak aaa.. abang aa pi ".. Ok last-last, aku kalah la.. ok laaaaa... 

"ka-ching!" *bunyik kamera..

Abes je tangkap pic, si hantu ni sergah aku lagi.. So, tanpa segan silu.. Aku pun ter-menjerit aa kuat-kuat kat situ.. "bodo la antu ni!!" Yang husband dah gelak-gelak macam ape je.. Haaa..elok gelak aaa.. 2 kali rase nak carut kuat-kuat tapi ku tahan.. pffftttt!



Ok.. kita tinggalkan hantu tu kat entrance saje.. Biar dia buat kerja dia.. Haha.. Dah pukul 11, jom la masuk.. tassszzabarrr nak main gelongsor air dia. Dengar cerita best sangattt.. Nak masuk macam biasa beratur dulu.. Kak jaga entrance akan spot check beg korang.. kot la bawak makanan ke, air mineral ke.. Semua tu tak leh bawak ye.. Kalo nak pi beli kat cafe dia.. Air mineral sebotol RM 4.. err~

Kat sana, Water park memang the biggest park la. Sana sini tempat berendam.. Agak-agak bosan kat petting zoo boleh la nak terjun dalam kolam balik takde hal la.. Walaupun tempat ni takde la besar mana, kitorang pening gak. Nak main permainan atau nak berendam dulu. So, sebab konpius, kitorang decide untuk lepak dulu..Jalan-jalan lawat kawasan. Lepas 5 minit, OK! Tukar baju, terjun kolam noww.. Hakhak.. Jangan tak tau, kat sini merata-rata orang berjalan ngan baju mandi. Kang nampak cik kak berbikini sambil main "flying chair" jangan pelik pulak ye. Haha,, rare la nak nampak berbikini je. Tapi mostly memang sekseyy la cerita dia.. *jagaaa mataaaaa

Mula-mula kitorang gi kat jungle wave pool.. Best.. ada pasir,ombak.. fefeeling kat hawaii sangat..huhu.. Dah bosan mandi ombak.. Jom kita pi men gelongsor pulak.. Ada 2 jenis :




Tube riders - yang ni memang mintak nyawa betul.. Ade 4 jenis tube.. My advice, sila cuba semuaaaaa... Aku naik sampai nak muntah.. 



Cliff racers - Ingat " tube riders " da ngeri? Ko pi naik yang ni.. berderau darah aku takut melambung ke langit... gigil.. So far, ini yang paling best kat sini.. Nora bagi 5 bintanggg!!

Then, dengan muka tak senonoh, selebet dan baju basah-basah.. Kitorang pi main kat " amusement park " sat.. So far, husband kata tak thrill.. huhu.. Memang, tak best. Dia kata kat disneyland HK sejuta kali lagi best dari kat sini.. ooo berlagak!! Ok fine.. Len kali sila bawak saya okey!

Petang tu, ada tiger show.. ehhhh,, tiger feeding show..
Sebelum mula tu, ade beberapa show dari binatang-binatang yang agak kiut.. Tapi, dalam banyak-banyak, show ayam tu paling win.. Hahahahah... Bila ingat rase nak gelak guling-guling.. Actually, sebelum show tu, kitorang ada nampak 1 cage ayam kat tepi kandang harimau tu. Dalam hati bajet, ooo jap lagi dia nak bagi harimau tu makan ayam hidup laa..Masa tu tetiba rase sedih.. Kesiannya, ayam ni kene makan hidup-hidup.. Emosi pulak aih.. Sekali...........

Korang tahu ape function ayam tu? It's a part of the show.. Nanti emcee tu akan bukak lagu "chicken dance" pastu cage tu terbukak je, ayam tu lari terkedek-kedek dari cage tu ke cage satu lagi kat seberang.. Across audiance la.. Wahahaha... Lari laju-laju dalam 1 line.. aku tak tau nak explain cane...korang tengok aa sendiri..Dengan lagu yang kelakar, dengan ayam lari terkedek, pastu 1 straight line je lari.. Memang lawak tahap pecah perut kitorang gelak...Hahahahahhahahahahahaahahadoii la ayammm...

Selain mandi manda dan main games, kat sini ade "petting zoo".Macam-macam binatang ada, so yang mana ade anak, memang best sangat lah. Kalau bernasib baik boleh naik kuda padi. Mostly binatang kat zoo ni bebas..Cuma yang berbisa dan dari "spesis terkawal" diorang letakkan dalam glass atau cage. Kami terserempak dengan sesumpah tengah melintas.. wawawawa geli mat betul la.. 


Kitorang enjoy kat dalam tu dekat 5 jam jugak lah.. Memang best, sampai bilik hotel terus goll.. Makan pun entah ke mana.. Eh, banyak bebenau la pulak bebel ni, tengok gambar jela eh.. 






Eh.. eh, ni je ke gambar nya? Hahaha... Ampun kan kami, kami takde go-pro mahupun sony experia.. Sebab takut basah, kamera campak tepi.. hihihihihih...

Tips berguna

  • Sebelum masuk, sila makan kenyang-kenyang dulu dekat luar. Makanan kat sini tak banyak choice, agak mahal dan tak berapa sedap.
  • Ada diskaun 15% untuk tiket kalau korang ada kad keahlian "sunway pals"
  • Sewa locker agak mahal, ikut saiz ( RM 15-RM 20 +- ) tak ingat.. Tapi mahal la...
  • Proper swimming attire.. Kalau tak, mungkin tak dibenarkan terjun kolam.
  • Sila pakai sunblock ( spf tinggi ) sebab waktu tengahari sangat panas.
  • Sesiapa yang menginap di Lost World Hotel, dapat kupon diskaun 10% untuk entrance.
  • Hotel budget berdekatan dengan Lost World is Tulip Hotel dan Sun inn hotel. *I prefer Tulip Hotel sebab dia baru dan lokasi belakang giant jerr..
Haa.. Habis dahh part I.. Sat-sat lagi kita cerita part II pulaks ye ...

*Muka burn habis lepas vacay kali ni.. So untuk memulihkan dia.. 
Taraaaaa!!!!

Minum 2 scoop ESP setiap hari untuk hapuskan kulit kusam :)
Masker ESP untuk melembutkan kulit muka dan mengelak pengelupasan..

Memang A lah ESP ni :)



Thursday, January 29, 2015

Great Esape : Penang Getaway part II

Assalamualaikum semua..

Hari ke 2 kat Penang, tak banyak aktiviti, sebab hubby kerja. Kata nak ikut orang outstation kan? Merase lah ko.. Hehe.. Actually tak kisah, sebab hobi aku ialah tido. Bayangkan baring atas katil empuk sampai tenggelam satu badan, selimut tebal, aircorn 24 jam, sambil tengok movie kegemaran. Perkhhh.. tak jalan-jalan pun tak pe ah! 

Gateway kali ni more like makan-makan dan berehat aje. Sebab kesuntukan masa kan. Janji boleh relax dengan selesa, tak kisah.. Tapiiiii, one thing yang aku menyampah is the housekeeping! Berani-berani ye nak msuk bilik tanpa kebenaran! Heppp sangat.. Seb baik laaaa aku sendal pintu, kalau tak, memang tak tau la.. Makan selipar agaknya korang..

Sepanjang aku duduk mana-mana hotel, tak pernah lagi housekeeping tiba-tiba masuk bilik. Aku tak de la gantung " please tidy up room ke " apa. Walaupun aku tak gantung " do not disturb " tu, ko still tak berhak masuk. Dah tau orang ade dalam tu kan! Bayangkan, dia ring bell banyak kali then terus bukak pintu.. Bila sangkut kat lock, still try nak bukak.. Ko pehal?! Konfem lah  orang ade dalam bilik tu, nak jugak masuk. Eiii, tak paham la aku. Dah la lelaki pulak tu.Memang mengganggu privacy dan TAK betul. 

Ok, taknak cerita pasal tu. Moving on to makan malam. Eh,, breakfast, lunch takde? Skip Dinner terus.. Hehe

Dalam kol 10, kami pi makan nasi kandar.Sebab dalam news cakap "line clear" dah clear, kitorang terus ke Nasi Kandar Beratur kat sebelah Masjid tu. Baru 15 minit berduyun orang beratur, agaknya pukul berapa diorang sampai eh?

Tapi tak pe, servis laju, tunggu pun kejap aje. Alhamdulillah.. Makan untuk 2 orang malam tu RM 51 gitu. Sekali lagi aku tersemboq! Hubby kata standard ni harga ni.. Aku cam.. pffttt.. Kaya-kaya orang penang ni eh.. Nasi kandar lagi mahal dari Nandos T_T

Aku ambik ( ayam + 2 ekor udang ) hubby makan ( kambing + 2 ekor udang ) ok fine, udang mahal.. Seekor RM 8.. Ok fine.. Kesian aku terkejut-terkejut makan kat Penang..hahahaha. Seb baik, memang sedap.. Berbaloi la dengan harga nya.. Kalau duduk Penang, tak leh makan selalu, nanti botak laki masing-masing.. Ini first time makan nasi kandar, sebab kat KL aku memang tak pandang sebab prejudis sikit.. Ok la, best!

Lepas makan, kami ronda-ronda kawasan sekejap, pastu balik. Sempoi gila kan, datang Penang makan je.. Hehe.. Tapi satu benda jela, setiap kali tengah makan. selang 10 minit, akan ada gelandangan minta sedekah. Ramai jugak la aku nampak.. Kesian, sorang dua boleh le nak bagi, da 10 orang, aku lambai jela. Huhu.. Ade tu, bila tak bagi duit, dia tiba-tiba mengamuk..Haha.. maki-maki la ape, siap cakap " korang makan sedap, 50 sen pun tak boleh bagi. Apa la penting diri, etc2" haiyooooo... Ini macam pun ada kaaa..

Gitulah hari ke dua kami, siang kerja , malam makan+ jalan-jalan. Hari ke 3, kami naik feri terus balik KL.Oh best, naik feri dari pulau tak kena caj..Jimat-jimat.. 

Sampai KL Hubby drop aku kat rumah, then dia terus pergi office, meeting.. Aku pulak, balik tido sebab malam tu kerja semula :)

Psstt : Semoga berpeluang ke Penang lagi. Kali ni, nak ronda-ronda pulau puas-puas. Tang makan, dah ade experience, so akan lebih berhati-hati next time. Kesimpulannya : Penang still best! 

Till then .. Assalamualaikum


Great Escape : Penang Getaway Part I

Assalamualaikum..

Semua orang tahu, Penang adalah syurga makanan.. Teringin betul nak ke sana.. Makan laksa, pasemboq, nasi kandar.. Ahh.. semua lah!

Nak dijadikan cerita, hubby kene outstation ke sana 26/1-28/1 .. Hahah.. Ini peluang baekk.. Sebelum hubby ajak, kita dah cakap nak ikut siap-siap.. Terus dia cakap OK! Takkan tak ok kan.. hoho

Pagi tu lepas balik kerja ( btw, saya keje malam ), kami sarapan siap-siap. Gerak dalam pukul 8.30 pagi. Tapi paling tak leh blah husband mengantuk tahap dewata. Arrghh, tak dapat ku membuta barang sesaat dua pun. Asal nak lelap je, boleh rasa kereta terhujung hayang.. I is geram!! Pastu mata dia mula la layu-layu.. Halahaiiii... Mata mengantuk, terpaksa ku tahan Jebat!

Sampai kat Juru ngam-ngam time lunch hour. Perut pun dah mengamuk mase tu, mata rabak, muka dah selebet tahap ape tak tahu lah. Dia ajak makan tengahari. So lets.. Dia kata nak makan ikan bawal goreng kat Juru Auto City.. Me like.. Hek eleh, datang jauh-jauh tapi makan ikan.. Apo lah.. Tapi dek kerana beliau cakap sedap dah sejuta kali.. Ok jom.. Tak sedap kang belanja I Oldtown.

Perjalanan nak ke kedai makan tu.. Ok la.. lalu perumahan, lalu kilang, tak leh blah sekali masuk area kelapa sawit. Aku lagi sekali WHATTTT!! Ape benda ni.. Dia cakap sabar aa dulu.. Muka aku dah macam tempoyak masam dah mase tu..Bukan ape.. mengantuk sebenarnya.. Haha.. 

Bila da sampai, aku blurr.. Amboii.. ramainya umat. Segala tok nenek orang makan kat sana. Melayu, Cina, India.. Yang bawak kancil sampai la BMW, suma makan kat sini.. Eh eh.. sedap sangat ke?




Haa.. gambar-gambar ni.. Credit pada google ye.. Aku pinjam :)
Sebab, mase ni lapar sangat, tak dan nak keluarkan kamera.. Lepas makan baru larat ambik gambar.. Itu pun gambo ini aje .. hihih


Ini sebelum

Ini selepas

Hambikk.. konon tak nak ambik sekor.. Sekali dengan tulang-tulang pun ko nak kokak eh? Dasarr... Masa ni hubby memang bantai gelak kat aku la. Sebab da tinggal tulang pun aku still gigit-gigit. Kot la tiba-tiba menjelma lagi sekor ikan ni.. Non hado.. Kitorang Rushing.. Huks.. Sedap aaaa....

Ok.. Jom teruskan perjalanan.. 





Masa lalu kat sini, ade kenangan sikit.. Huhu.. Bukan ape, masa kecik-kecik dulu.. Pernah datang sini dengan whole family.. Mase tu tahun 90an la, aku baru 2  tahun gitu.. Aku tak ingat pun, tapi penah tengok satu gambar tu. Mase tu mak pregnant adik nombor 3.Atok pun ada.. Sihat and handsome.Haihhh,, rindu.. How I wish, kitorang tak membesar.. Tapi kesian pulak, takkan mak nak mengandung selama-lamanya.. Dah tu adik tak keluar? Pastu ko tak kawen ke parahhhh.. Bengong..hahaha..

Dalam kol 2 lebih macam tu, sampai dah kat Evergreen Laurel Hotel Penang.. 


Not bad aaa.. Besar n selesa. Yang best depan hotel tu laut.. Boleh la kalau nak buat santai-santai petang.. Kat hotel tak ambik gambar. Sebab mata tak tahan nak tido. Hubby plak kene bersiap gi keje.. Haha.. Silakan pergi keje, seronok beta golek-golek macam dugong sampai ke senja.. Ahai~

Lepas tu hubby pun balik. Kami siap-siap nak pi makan pulak. Destinasi pertama, kat Padang Kota Lama.. Nak try pasemboq lah ape.. Ni lah dia kalau getaway mengejut. Tak buat homework langsung.. Malam ni je. Total damage is RM 90+ . Pasemboq pun dah RM 45.. Habes tersemboq hakak dengar.. Hahaha

Tapi tak kisah la jebat oii.. Bukan selalu.. Tapi malam tu best.. Makan dengan angin laut yang Subhanallah.. Kuat bukan main,, sampai senget-senget tudung aku...Ada video dia kat instagram.. Sila follow farahmadiha ye.. Sempat Eh Eh..

Nak tau macam mana kami habis dekat RM 100? Macam ni..Kami duduk je kat bangku tu. Lebih kurang 7 orang datang kerumun nak ambik order.Muka masing-masing boleh tahan bengis.. haha.. Ada yang jual nasi goreng lah.. Char kuey teow lah.. Air lah.. Sotong lah.. Last-last, sebab pening tak dapat berfikir, hubby laju-laju order Sotong kangkung,Sotong ketuk ngan air.. Aku pulak, sebab cemas, ter order char kuey teow. Pastu da setel, masing-masing terdiam nak nanges.. BANYAKNYE!!!! Pastu pasemboq yang order awal-awal tu pulak sampai!! Double nanges!!!



Apeda cameraman.. Gambar senget.. blurr lak tu.. nanges lagi~~ Tapi tu la, yang belah kanan atas tu pasemboq.. Tu nak habaq kat korang, kalau beli pasemboq kat sini, berpada-pada la.. Diorang ni bagi pinggan beso, sampai tak sedar diri kita ambik.. Last-last merana nak habiskan. Tapi.. Tak de hal.. Aku boleh habis kan ape.. Hubby surrender.. Memang ngelat betul.. T_T

Lepas 2 jam duduk kat situ, semua makanan habis disumbat dengan jayanya.. Bagus, esok tu aku sembelit! Muahahaha... Hampeh kuasa dua betul. Dah lah Herblax Shaklee tak bawak.. Adoi doi doi --

Lepas makan, kami ambik angin sat kat laut tu.. Best betul, ramai je yang lepak-lepak kat sini. Dalam kol 1 pagi, kami pun beransur la balik.. Sebab pagi esok hubby keje.. 

Eh macam panjang sangat la pulak.. Kita sambung Part II nanti eh... 
Bubyee.. Assalamualaikum...