Pages

Tuesday, October 28, 2014

SHAKLEE | Vita-Lea Iron Formula

Salam semua ..

Jom kenali Vita-Lea Shaklee !
Ramai pernah dengar, tapi tak ramai yang ada peluang berkenalan dengan vitamin ni ..

So lets ! ~




Vita-Lea ialah multivitamin dan mineral pertama yang dicipta di dunia.
Asalnya ianya dipanggil " vitalize-vitamin " lepas tu disingkatkan jadi " vita-min ".
Errkk? Macam kenal kan? Asal perkataan vitamin tu datangnya dari Shaklee lerr :)

Vita-Lea ni dulunya adalah cecair. Tetapi dek kecanggihan teknologi, ia kini datang dalam bentuk tablet. Senang untuk consume dan bawa kemana-mana. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA.

Tablet Vita-Lea ni disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Selain kebaikan Vita-Lea itu sendiri, kita juga dapat kebaikan spirulina secara tak langsung. Manyak huntong ooo ~ hehe

Pada tahun 2000 Vita-Lea telah dinobatkan sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN oleh Center of science di Amerika Syarikat kerana kehebatanya yang terbukti secara klinikal :)


5 Manfaat Utama Vita-Lea Shaklee

1. Penambahan Tenaga Segera
  • Membekalkan tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental.
  • Membantu sistem memori dan daya fokus

2. Pelengakap Nutrisi
  • Kita berpotensi mengalami kehilangan nutrisi akibat pemakanan yang tidak seimbang

3. Keupayaan sistem produktif
  • Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar

4. Elemen Penting Pada Sel Tubuh
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses tumbesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon

5. Melindungi Organ
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

19 Fakta Nutrisi dalam Vita-Lea
  1. Vita A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melewan kanser, cegah rabun malam, membantu tumbesaran, menguatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
  2. Vita D - Memperkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis, dan psoriasis
  3. Vita E - Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancarkan peredaran darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, baik untuk sistem produktif lelaki, memudarkan kesan parut
  4. VITA C - Anti - oksida, melawan kanser, merangsang pembentukan kolagen, meningkatkan daya tahan penyakit, mempercepatkan penyembuhan luka, mencegah selesema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah
  5. ASID FOLIK - Kesihatan fetus,merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung, kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan,ulser mulut, kesiahatan kulit
  6. VITA B1 - Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, merangsang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda " herpes zoster " 
  7. VITA B2 - Menukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
  8. VITA B3 - Menukarkan makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
  9. VITA B6 - Membaiki otot, senggugut, elakkan muntah, bibir kering, dermatitis, kekejangan, kebas dan anemia
  10. VITA B12 - Membantu tumbesara fetus dan kanak-kanak, meningkatkan selera makan, kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual, mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis dan rabun
  11. BIOTIN - Cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
  12. VITA B5 - Meredakan tekanan, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat atibiotik, mencegah jangkitan, mempercepatka penyembuhan luka
  13. KALSIUM  - Menguatkan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomania, mengekalkan kadar degupan jatug normal, cegah osteoporosis
  14. FOSFORUS - Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, cegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan sakit akibat atritis
  15. IODIN - Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, meningkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen otot dan kesihatan tisu-tisu, kekuatan fizikal dan mengawal berat badan
  16. ZAT BESI - Membentuk hemoglobin, redakan senggugut ( PMS ), membantu tumbesaran, melawa penyakit, mengelakkan keletihan, anemia
  17. MAGNESIUM - Kesihatan tulang dan gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman
  18. KUPRUM - Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan
  19. ZINK - Menguatkan sistem imun, percepat penyembuhan luka, meningkatkan keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda

Fuhhh... fuhhh dan fuhhh...
Banyak sungguh manfaat dalam sebiji Vita-Lea nih.. Kudos DR FORREST SHAKLEE !~~

Tamat sudah sesi suai-kenal dengan Vita-Lea the magic! ni..  :)

Opsss.. Sesi suai kenal je yang dah tamat, ni ada lagiii info penting...
Sikit je lagi.. mari teruskan pembacaan.. 

Semasa blogwalking, terjumpa pulakkkk dengan blog bermanfaat dan sangat penting.
Penting sangat untuk kita tahu, TIDAK SEMUA orang sesuai consume Vita-Lea ni.
Jadi hati-hati semasa membeli ye. Pastikan SID anda orang yang mempunyai pengetahuan dalam selok-belok vitamin.

Siapa yang TIDAK DIGALAKKAN mengambil Vita-Lea


Hyperthyroid – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana di dalamnya terdapat IODIN. Pesakit hyperthyroid tidak digalakkan untuk mengambil iodine kerana kandungan iodine di dalam darah sudah tinggi. Kalau ambil iodine, makin tinggi la paras iodine kan??

SLE – Tidak boleh mengambil Alfalfa dan juga VitaleaWalaupun di dalam vitalea hanya terdapat sedikit alfalfa powder, namun tidak disarankan apatah lagi jika anda sedang mengandung. Jika mahu juga mengambil Vitalea, perlu dapatkan konsultasi daripada doktor bertauliah.

G6PD – Tidak boleh mengambil ALFALFA kerana ALFALFA kaya dengan Vitamin K. Bagi anda yang mempunyai masalah ini, set penyusuan yang disarankan adalah EU FOUR PACK PLUS.

Thalasemia – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana ianya telah diformulasi dengan IRON.Pesakit thalasemia perlu cut-off pengambilan Iron kerana jika berlebihan boleh memudaratkan diri sehingga perlu melalui proses pemindahan darah.. Jika anda mengandung, sila dapatkan nasihat daripada doktor bertauliah.




Haa.. sekarang barulah cukup syarat.. Dah tahu apa kebaikan dan siapa yang tak boleh consume Vita-Lea. 
Jadi mana-mana yang tak tersenarai, boleh la SMS fara ramai-ramai lepas ni! ~ i loike .. hehe

Dah ramai jugak yang dok stress.. Asal nak beli je kene PM harga.. hehe.. 

Yelahhh.. kak fara kesayangan korang nih dah siap-siap letak harga dah..Pi tengok nunnn di tab " shaklee price list " tu.. Full version ahkak bagi..hihi..

Untuk pengetahuan korang, harga tu harga yang dipamerkan saje. Selalu fara bagi bagi wayyy too cheap than that..Serious! ~

Kalau minat nak tanya harga ke, nak pandangan ke,nak tanya " kak fara, Vita-Lea ni nak makan caner " atau " kak, Vita-Lea ni ade DISKAUN takkk?? " atau  apa aje.. Sila-sila lah whatsapp ahkak fara kat sini 016 215 6763. Direct je SMS buat macam member lama.. Ahkak tak de hal munyee :)

Love,
SiD Fara






Friday, October 17, 2014

Jom Jadi Jutawan Shaklee

Assalamualaikum

Peluang Jana Income Bersama Shaklee

Eceh eceh,, tajuk ni ramai yang suka ni. Suka sangat kan? Korang jangan skip entry ni tau.. Baca saaaaaampaii habis :)

Ok.. Jom start dengan persoalan..

Kenapa Kita Mula Berniaga? Senang cerita.. Kenapa kita buat bisnes??

- Hobi
- Tak ada kerja tetap. Isi masa lapang
- Minat berniaga
- Nak cari income sampingan untuk sara keluarga
- Tak suka bekerja bawah orang. Selesa kerja sendiri
- Bosan berhutang.Nak capai Financial Freedom. Nak jadi KAYA! Nak tolong orang ..

Tahap keseriusan ?

- Rendah 
~ Tak kisah ade sale atau tidak.
- Sederhana
~ Setiap bulan mesti ade sale. Tapi tak ade target/target tak tinggi sebab takut tak dapat capai. Tapi dalam hati berdoa duit maasyuk
- Tinggi!
~ Ade target yang tinggi . Wajib ada target. Susun strategi. Bekerja keras nak capai target mengikut strategi. Ada mentor. Ikut mentor. DETERMINED & ALWAYS MOTIVATED!

Fara ada reason sendiri. Kenapa Fara start berniaga walaupun ada kerja tetap.Bukan sebab gaji kecik,terasa ngan bos ke apa. Sebab sekeliling sebenarnya..
Sekarang ni, ramai kawan-kawan office yang berhenti kerja. 

Alasan? 
Jaga anak. 
Laaaa... Taska kan ade ?

Hmm.. mostly kaum ibu akan choose taska sebagai pilihan terbaik. Tapi, tengoklah keadaan taska sekarang. Sampai ade yang meninggal, kena dera.. Macam-macam lagi. Ada yang trauma kot..
Kita tak tahu anak kita dijaga macam mana..Lagi-lagi anak pertama.. Sayang tu memang tahap tak boleh berpisah. :)

Oleh sebab Fara juga ade tendency menjadi paraoid hantar anak ke taska, elok lah Fara cari source of income yang flexible n Masyuk. No office, ehhh ada.. My very own SOHO. Kat rumah sendiri..
Dan sekarang adalah waktu yang terbaik untuk Fara build career dalam bisnes :)

Insyaallah.. Bila dah ada baby, dah tak kisah. Boleh pilih nak duduk rumah atau bekerja kat office..FYI mak mertua dekat..Hihihi.. ampun mak... Tapi to be safe, dan bisnes ni memang minat sangat.. Apa kata buat je. Lagipun, MASYUKKKK!
Bagus la.. Boleh la treat hubby g holiday sekali sekala.. Asyik hubby je belanja kan? Sekali sekala kita treat hubby, tak salah. Tanda sayang dan appreciate beliau sangat2 :)

Fara tahu.. ramai wanita yang kesempitan kat luar sana. Yang tak kerja, just tunggu duit bulanan yang suami bagi. Nak melaram shopping every month jangan harap la kan. Kene berjimat cermat. Belanja bulanan rumah,barang keperluan anak.. Macam-macam.. Sekarang ni, pendapatan isi rumah bawah 5k,memang serius tak cukup.
Apa taknya, kereta,rumah,bil-bil,keperluan anak-anak.. Betul tak? Tapi macam tu pun, ada yang masih selesa, yela, maca mana pun, suami still bagi duit,, So, OK la..
Hmm.. Macam Fara, memang tak la.. Walaupun hubby mampu macam mana sekali pun, Fara tetap nak duit standby Fara sendiri. Nak shopping pakai duit sendiri..Shopping barang rumah..
Baru lah adil, kita sama-sama bangunkan rumah tangga. At least, bila suami sesak, kita boleh bantu .. Ye tak ? Tak ade lah bergaduh, duit tak ade lah ape.. 
Oh ye.. Betul, salah satu punca kemusnahan rumah tangga ialah masalah kewangan.. Serius --

Tapii,, kalau korang kahwin dengan Pilot ke.. Doktor ke, Datuk ke.. Tak pe ah.. Goyang kaki jela,,hehe
Dah kaya..Nak susah-susah ape ..Hahaha

Ada yang akan terasa. 
" alah,laki aku tak bising.. ko pulak pandai-pandai .. Kami bahagia je  "
Itu la Fara cakap tadi.. Ada yang tak kisah.. Comfort zone. Up tu mungg la.. Hehehe

Tapi ramai yang datang dekat Fara.. Tanya, macam mana nak mulakan bisnes Shaklee. Sebab tengok bisnes Shaklee ni boleh pergi jauh.
Ye... memang boleh pergi jauh.. Semuanya mudah. Online saje. Modal takdelah sampai beratus-ratus. Dan bagi yang kurang mampu, Fara siap ajarkan cara untuk dapat membership free.. Lepastu, korang akan dapat coaching dan semua guide untuk berjaya.
Pokoknya, nak ke tak nak je --

Percaya tak, berniaga tu 9/10 punca rezeki? Ramai yang percaya, tapi tak nak buat. Alasannya, tak reti meniaga. Malu,segan.. Ahhh -- 
Yang jenis segan, silakan segan sampai bila-bila. 

Nanti kawan beli umah, awak masih menyewa JANGAN BISING!
Nanti kawan beli kereta baru, awak masih guna kereta separuh abad JANGAN BISING!
Nanti kawan bercuti dengan family , awak nak pergi PD pun kene tunggu gaji laki  JANGAN BISING!
Nanti kawan shopping sakan, awak masih pakai baju tahun lepas JANGAN BISING!
Nanti kawan bagi hadiah untuk hargai parents , awak nak hulur RM50 sebulan pun pening JANGAN BISING!
Nanti kawan da capai semua cita-cita, awak masih pikul azam 5 tahun lepas yang tak kesampaian JANGAN BISING!
Nanti kawan bahagia dengan keluarga, awak masih gaduh laki bini sebab duit tak cukup JANGAN BISING!

Yes.. Jangan bising.. Sebab awak yang tak mahu.. Awak downgradekan taraf awak sampai level yag bawah sekali.. Itu pilihan awak..

Kasar --
Pedih --

Wallahi,, Fara buat entry bukan menghina sesiapa. Fara nak smpaikan mesej,agar kaum wanita tahu. ANDA MAMPU!!!!
Wanita kuat.. Believe in yourself ! 
Tak kisah lah apa jenis perniagaan awak. Asalkan awak usaha.. Awak akan berjaya.. It is just a matter of time.

Semoga wanita semua lebih berjaya lepas ini. Ceburi bidang anda.. Buat bersungguh-sungguh. Insyaallah --
Dan kepada WORRIOR yang berminat nak jadi Jutawan Muslimah dengan Shaklee.. Jangan segan silu.
Fara akan bantu korang!!!! Fighting~~!!

SiD Farah 
016 215 6763

Thursday, October 9, 2014

Mealshake Terbaik Untuk Si Manja


Assalamualaikum..
Hi semua.. Nak cerita promo lagi.. 
Wahh.. Dahsyat betul Shaklee nih.. Asyik promo je kan..
Bagus lah.. Untuk pastikan, ianya mampu milik.. Semua orang boleh rasa :)  
Cool kan ?

Ok, kali ni nak cerita pasal Promo Meal Shakes Shaklee pulak.. Dari sekarang sehingga 31/10/2014 , Shaklee dengan kerjasama Yayasan MyKasih telah melancarkan Program " Love My Neighbourhood " di mana 10% dari hasil jualan akan disalurkan kepada kanak-kanak daripada 200 keluarga kurang bernasib baik di Malaysia.

Yep, di MALAYSIA.. Sesungguhnya, kami prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik di Malaysia. Dan kami amat memerlukan sokongan anda bagi menjayakan program ini ..



Macam mana nak bantu? Mudah sahaja.. Cuma beli 3 canister Meal Shake dan its done! Anda telahpun membantu kami menjayakan kempen ini. Dan sebagai tanda terima kasih, Shaklee akan menghadiahkan anda dengan 1 Canister Meal Shake secara percuma.. Untung bukan? 

Mealshake mempunyai pelbagai kebaikan untuk anda dan juga si manja.
Antara kebaikannya adalah seperti gambar di bawah ni :



Sekiranya anda ibu bapa prihatin, pasti anda risaukan perkembangan tumbesaran si manja kan? Ramai yang tidak sukakan sayuran, tak suka sarapan pagi.

Ramai ibu bapa yang give up. Dan mereka hanya bergantung  kepada susu formula untuk memastikan perut si manja terisi. 

Apa kata campurkan Meal Shake sekali dalam susu formula si manja anda. Agar dia dapat khasiat lain yang tidak terkandung didalam susu formula. :)
2 in 1.. Dan jangan terkejut, jika selepas itu si manja akan jadi kuat makan! 

Ya.. Meal Shake membantu meningkatkan selera makan anak-anak.. 

Cara hidangan? Mudah..



Mudah bukan... 

Sekiranya anda ibu bapa yang masih tercari nutrisi untuk anak anda.. Hubungi saya.. 
Insyaallaah.. Saya cuba membantu..

***Sukatan Meal Shake adalah berbeza-beza mengikut peringkat umur. Pastikan anda memilih Agen Shaklee yang bertauliah untuk anda dan keluarga :)

SID keluarga anda :)
FARAH MADIHA MD ZIN
sms/whatsapp : 016 2156763



Previous post :













Wednesday, October 8, 2014

Saya Budak Baru Belajar :)

Assalamualaikum semua...

Berniaga menerusi blog.. It is possible? 
Aku minat membaca blog sebenarnya. Blog yang best-best la. Gossip artis macam Beautiful Nara tu suka jugak. Tapi, kadang-kadang terlampau banyak gosip, aku jadi pening la pulak.. Haha.. Bukan ape, dah macam menjaga tepi kain artis pulak gamaknya.. Bila cerita pasal gosip yang hot-hot, siap ade sambungan.. Haha.. I is shoooo tak minat..

Aku suka baca pasal life orang. Rasa macam menyibuk la jugak. Tapi ni lain. Orang tu yang kongsi, so baik buruk, beliau sendiri yang menulis. Hehe

Blog yang aku minat? Hmmm.. Peej burhan .. Suka betul bila dier cerita pasal family.. Rasa bahagia je. Pastu bisnes dier thru blog memang meletop. Macam ade aura positipp je kat sekeliling dier.. Sekali dier post gambar parcel yang nak pos.. Mak aiiiiiiii!! Telan air liur. Banyak bak ang.. Salute aku.. Semoga terus success. Lagi satu aku suka, dier ni takde la nak cover-cover. Selamba je.. I loike..

Pastu aku suka blog kak Diana Ishak. Yang ni pun sama jugak. Combine daily life dan bisnes dalam blog yang sama. Dan outcome pun meletop-letop. Orangnya selamba.. Sempoi.. Sampai ade la orang gila-gila minat. Blog pun nak copy.. Huhuh.. Gitu sekali aura beliau..

Then nexttt.. The Kasihs.. Beliau ni kawan peej. Sama gila-gila.. Oh bestnya kalau ade kawan-kawan satu kepal macam diorng ni :)

Then banyak lagi la.. Aizah kaman.. JujueLopez ahh kalo nak di listkan memang la tak cukup satu entry. Huhuh.. Dulu aku suka baca blog redmummy. Tapi kak red ni banyak job dengan advert. So makin lama makin slow la aku nak baca.. hihi..

Blog NameeRoslan.. Ah ni best.. Orangnya lawa...

See, semua yang aku baca ni semua popular-popular. Aku perasan satu je la.. Cara penulisan diorang ni makin lama makin bagus. Contoh Blog abang nara.. Dulu speaking london.. Ntah ape-ape ntah aku baca.. Tak best.. Entry pun pendek-pendek.. Sekarang ni dah best.. sebab gosip lam bahasa melayu lagi syok dibaca.. Hehe..

Lepas dah popular.. Baru la boleh buat duit.. Advert, blog review etc-etc. Nuffnang sampai berebut nak bagi duit.. Wahh.. how i wish to be just like them :/

Tapi entry aku more to bisnes, tak reti betul nak buat entry lain.. Huhuh... 

Macam mana ehh? Sesiapa tahu macam mana nak naikkan trafik blog, income with nuffnang etc-ec, jadikan blog ni popular. Cara nak buat ayat yang catchy-matchy..  Please tell me.. I need advice.. 

Help me..
~budak baru belajar :)

Tuesday, October 7, 2014

Lelaki dan ESP :)

Assalamualaikum..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha Semua

Wah...gigih mengupdate belog nih.. Memang kemajuan betul.. Lain macam rajinnye.. Haha..

Ok..insyaallah.. This entry will be a quick one..  Sempena menjawab soalan dari seorang customer...
Bagus soalannya.. Mungkin bukan beliau saje yang terfikir pasal tu.. Ramai lelaki yang terfikir pasal tu tapi senyap je. 

So terima kasih friend sebab bertanya :)

Berikut ialah status saya pagi tadi..


Dan ini adalah soalannya...



ESP untuk ibu mengandung sahaja ? ESP hanya untuk Wanita yang mahukan kulit yang cantik? ESP hanya untuk kesihatan Wanita jeee ? Ramai yang keliru sebenarnya. Kekeliruan ini terjadi sebab kebanyakan pengguna ESP adalah golongan wanita. Disebabkan itu, wujudnya isu gender.. Walhal, ia juga bagus untuk lelaki.. Tapi ramai yang tak tahu :)

ESP bukan sahaja baik dan bermanfaat untuk Wanita sahaja.. ESP kaya dengan protein.. Siapa setuju jika saya katakan protein bagus untuk Wanita saje.Lelaki tak perlu protein. Siapa setuju dengan statement saya? 

Lumrahnya, semua orang perlukan protein. 

  1. Protein untuk badan langsing dan kurus
  2. Protein untuk badan yang kuat dan pergerakan yang lebih baik
  3. Protein untuk daya tumpuan dan kewaspadaan yang lebih tajam
  4. Protein untuk kulit tegang, cerah dan awet muda
  5. Protein untuk pemulihan semula selepas bersenam dan membentuk tubuh
Sumber :http://minaina-ilaaina.blogspot.com

Jadi, jika kita lihat, kebaikannya bukan hanya terhad kepada wanita hamil bukan? :)
Lelaki lebih perlukan protein kerana lelaki lebih aktif, lebih banyak memerlukan tenaga ..

Bagi wanita hamil pula, ia adalah bonus. Kerana kebaikannya dapat dirasai oleh bayi dalam kandungan. 

Jadi kaum adam di luar sana.. Jangan teragak-agak untuk mulakan ESP anda hari ini. Tak pregnant pun boleh guna ESP sebab ESP adalah sesuai untuk semua :)

Buat pengetahuan, promosi ESP masih lagi berlangsung sehingga 31/10/2014
Harga super saver menanti customer yang membuat bayaran sebelum 31/10/2014

Nak tahu lagi tetang ESP shaklee?
Jom tanya saya.. 

SiD FARAH MADIHA MD ZIN
ID 925875
SMS/WHATSAPP 016 217 6763
Available 24/7 


Till then.. Assalamualaikum





Friday, October 3, 2014

Testimoni ESP yang sangat ohsem !

Assalamualaikum..

Kan dah cakap.. ESP ni ade 1001 kebaikan.. 
Sangat bagus untuk wanita..
Wanita je ke? Yelah ! wanita ni serba serbi kena cantik.. hehehe

Jom layan testimoni ESP ni.. 
Ada banyak.. Tapi ini dulu la yeh...
Kebanyakan testimoni ni adalah daripada Family Spectacular yang ohsem...

Jom layanzzzz...

Mula-mula.. Jom tengok insan yang menjadi tulang belikat  belakang bagi kami..
MASTER SITI FARHANA aka my nanny yang superb cun --


Untuk pengetahuan.. MNM memang dah cun dah. Tapi untuk mengecunkan kulit.. Beliau gunakan ESP tau :)

.
.

Ni pulak testimoni untuk Milkbooster



Yeah.. Tahniah sis.. Kerana menjadi mummy yang sebenar. Kepada mummy di luar sana yang kecewa.. Susu tak banyak.. Boleh gunakan ESP + Alfafa .. KOmbinasi ini dipanggil set Milkbooster 

.
.

Moving on.. Shape up dengan ESP !
Bukan setakat untuk cantik.. ia membantu anda mendapatkan bentuk badan yang anda idamkan.. Awww~ Cun cun..


Jangan keji orang chubby ok ! Disebalik tubuh chubby, memang ada rupa paras yang menawan...

.
.

ESP juga mengatasi masalah senggugut.. Ia berfungsi untuk menyeimbangkan hormon..


.
.

Last but not least...
ESP membantu melicinkan kulit, menggebu dan melahirkan kulit yang bebas cela dan jerawat..



Pengambilan yang kosisten mampu memudarkan parut jerawat.. 

.
.

Sebelum terlupa.. ESP adalah pembekal tenaga terbaik untuk saya dan rakan-rakan 


Ini bukan omong kosong.. Ini lah realiti ESP :)


Tak percaya?
Mari.. Dapatkan ESP pertama anda sekarang!

Harga super saver beserta freegift menanti anda :)

Hubungi saya 
SID FARAH MADIHA 
SMS/WhatsApp 016 215 6763

Assalamualaikum .. 







Kesan 20 sen? Nak melenting, Redha atau Lawan???

Assalamualaikum Semua...
Salam Night Shift !
 T_T

Seronok la korang tu nak balik beraya kan ..kan
Aku lahhh terkontang kanting kat opis ni ntah ape keje ntah..
Serius bosan kerja sekarang sebab terpisah daripada kawan-kawan baik aku... Waaaaaa

So, sebab bosan.. Meh kita bincangkan isu semasa..
Apa lagi.. pasal MINYAK la kan.. Ramai jugak la yang NAIK MINYAK sejak semalam...
Eh,ke semalam semalam? Entah..yang pasti this week la kan..
Tengah malam umum minyak naik.. Esok naik betul.. Alahaii... Emosi--

Kat Fesbuk nih bersepah.. Macam-macam..
Maki kerajaan la.. Maki BN la.. Punya la banyak kata-kata carutan sampai malaih aku nak baca..
Adela 10% pengomen yang positif..
Tu pun end up kene makian daripada rakyat marhean yang piss off. uihh.. dasat penangan...
Yang tak boleh blah tu.. Siap marah kat Azwan Ali tu.. Sebab jadi MB..
Eii,,gile eh? Azmin Ali la jadik MB --- duhhh.. tetap takde kaitan tau dik noon..

Tapi harini, kita tak mau la buat entry maki-maki..
Apatah lagi nak bagi solution macam Nedim Nazri bagi.. Naik motor gi keje hari-hari..
Tu pun kene bantai.. Haalaaaa hai...

Betul la kata dier.. Dier suggest jek..
Nak ikut.. ikut.. Tak nak sudah.. Tak pasal orang marah dier sebab dier anak menteri,, Konon tak paham korang,, Rakyat biasa..kerja guna tulang empat kerat..bla bla bla ~~ Aiyaaa...

Tu bahagian dia.. Jadi anak orang kaya.. Kita yang tak kaya, jangan jadi kurang akal pulak.. Dosa tau.. Maki-maki orang..

Seharusnya, kita tahu kedudukan kita. Kita tahu, kerja makan gaji, akan sentiasa tak cukup.
Kita tahu tu.. Gaji kita RM 1200 sebulan, tetap tak cukup nak bagi anak bini makan..
Kita tahu, Gaji RM 5000 sebulan, still tak cukup sebab anak ramai..
Tak payah tunggu minyak naik atau harga barang naik. Kalau tak naik pun, kita tetap ade masalah kewangan.. kan? Cuma kenaikan minyak tambahkan beban yang sedia ada..

Nak tanya.. Berapa ramai yang dah jangka harga minyak akan naik? RAMAIIIII kan?
Tapi berapa kerat yang buat back up plan?

TAK RAMAI....
Kenapa? Sebab walau betapa tak cukupnya duit kita, betapa sempit nya hidup yang kita rasa..
Kita still dalam COMFORT ZONE.. Kita selesa...

Contohnya..korang kasihankan orang miskin berpendapatan rendah yang duduk kampung..
Ye ke kesian??
Contoh eh.. ni contoh. Aku call pakcik aku di kampung.. Kerja toreh getah je.. Harga getah pun tak berapa cantik.. Ikut mood,,sekejap naik sekejap turun..

Aku tanya " Apak.. Minyak naik ni.. Makin naik lah belanja bulan ni.. Apak ok ke? " Aku call saja survey..

Ko tahu pakcik aku jawab ape? " Minyak naik? Alah yeke?Tak ape, boleh angkut getah naik motor je. Apak ingat nak pajak tanah acik XXX tu. Boleh toreh banyak sikit "

See.. nampak tak? Dia tahu dier akan terjejas dek kenaikan.. Tapi apa yang dier buat? KERJA LEBIH!! Sebab tu aku kata.. Kita ni bukan risaukan orang susah.. Kita risaukan diri sendiri.. Sebab tak dapat melaram lebih. Tak dapat beli gajet ipong 6 bulan ni.. kan??

Bila kita ada fikiran "work with flow" gini.. Kitalah manusia paling rugi dalam dunia...
Aku pernah rasa benda ni. Selesa walaupun sen tak berapa nak ada..Maki kerajaan bila harga dan kos hidup naik..
Sejak terbukak fikiran.. Aku faham.. Sampai bila kita nak duduk di takuk lama? Rasa selesa, bila kene kacau sikit, kita melenting?

Dalam dunia ekonomi sekarang.. Kita kene bersedia.. Mulakan back up plan. Berniaga.. Dengan itu, nampak usaha kita. Tak perlu melenting-melenting, kutuk mengutuk sebab ia takkan merubah ape-ape.. Hanya orang yang berkuasa yang boleh ubah nasib diri.,

Well tunggu apa? Keluarlah dari cengkerang sempit tu..
Insyaallah.. Semuanya akan OK ..

Nyte korang
Assalamualaikum...









Thursday, October 2, 2014

Kenali ESP Shaklee yang SANGAT HEBAT

Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Baca tajuk pun mesti tahu apa yang Fara nak kongsikan hari ini kan? Hehe..
Jom kita reveiw sikit, produk terhangat di pasaran ni..

ENERGIZING SOY PROTEIN atau ESP


Apa itu ESP?
  • Makanan tambahan protein yang berasaskan soya
  • Menggunakan kacang soya "non-GMO' yang mana ia diproses dengan suhu yang sangat rendah.
  • 1 canister ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya
  • Ia terbukti dapat memberikan sumber tenaga yang segera dan tahan lama
  • Satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
  • Kadar indeks glisemik yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sesuai kepada pengidap kencing manis.
  • 1 hidangan ESP Shaklee bersamaan dengan ....
          • 2x daging
          • 4x telur
          • 12x susu
  • Ianya rendah lemak, tidak mengandungi kolestrol,tiada asid uric dan ianya sangat mudah diserap oleh tubuh badan.
  • Diproses menggunakan air untuk memelihara kandungan isoflavones demi membekalkan keseluruhan kebaikan soya.

Manfaat \ Kebaikan ESP
  • Awet muda - kesihatan otot,kuku,kulit,rambut,darah dan organ
  • Baik untuk hormon wanita
  • Baik untuk prostat
  • Membantu mendapatkan kulit yang sihat
  • Pembekal tenaga
  • Membaiki masalah pigmentasi - rambut beruban,rambut gugur,kedutan dsb
  • Membantu merendahkan paras kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mencegah osteoporosis
  • Mempercepatkan penyembuhan luka dan memudarkan parut
  • Membaiki memori 
  • Milkbooster terbaik ( diambil bersama alfalfa complex )
  • Mengurangkan morning sickness
  • Membekalkan tenaga
  • Mengurangkan rasa lapar

Siapa yang perlukan ESP Shaklee?
  • Wanita & Lelaki
  • Wanita Hamil
  • Wanita yang kekurangan susu badan 
  • Pengidap gastrik
  • Mereka yang ingin diet / mengawal pemakanan 
  • Mereka yang sibuk ( tak sempat sarapan )
  • Mereka yang ingin bertukar kepada minuman selain kafein dan teh

 Mengapa ESP Shaklee penting?
  • Kerana ESP Shaklee kaya dengan protein kacang soya yang terbaik
  • Protein adalah asas dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu badan 
  • Merangsang fungsi psikologi
  • Kekurangan protein akan mengakibatkan kelemahan sistem imun, masalah lebihan air dalam badan, hilang kepejalan otot, perubahan warna rambut, pertumbuhan terbantut, masalah penghadaman dan banyak lagi

Cadangan Pengmbilan
  • 2-3 kali sehari ( Sarapan pagi dan Sebelum tidur )*
  • Diambil dengan perut kosong
  •  Tidak boleh diambil dengan air bikarbonat,kafein atau teh.

Bagi sesiapa yang berminat ingin menggunakan produk Shaklee, ataupun baru pertama kali menggunakan Shaklee, Fara sarankan korang cuba ESP ni. Harganya ESP murah sangat bulan ni.Murah sangat-sangat.Rugi tak grab :)

Fara akan guide korang tentang cara makan dan yang paling best.. Ada freegift berupa Shaker dan scoop bagi 10 orang terawal tau.. Jangan lepaskan peluang ini...

SMS/Whatsapp Fara : 016 2156763
Atau PM Fara kat FB :)
https://www.facebook.com/evilskyler

Sekiranya korang berminat dengan info-info terbaru Shaklee.. Boleh LIKE FB ini..
https://www.facebook.com/evilskyler

Till then.. Assalamualaikum

Love
SID FARA