Pages

Saturday, November 5, 2016

"Perkhidmatan delivery mengejut" by reenflowersurprise

Assalamualaikum..
Selamat petang semuanya :)

23 Oktober lepas ialah hari jadi incik Husband yang ke tuttt tahun..
Biasa lah.. Bila menginjak usia-usia gini.. Masa pun mula lah cemburu buta..
Busy memanjang.

Bayangkan.. Sejak kawen sampai sekarang.. Asal time birthday je, kami mesti kene kerja.
Memang tak pernah la sambut ontime masa cuti.
Tak dia kerja, aku lah yang busy.
Kesian...
Time couple tu hamboi kau.. Sanggup ni ambik cuti semata nak celebrate...
Sekarang? Ada ko kesah sambut besday lambat berhari-hari?
kekekekek...

So, tahun ni.. Dah ada boboy baru.. Semangat dia lain macam sikit.
Nak la appreciate husband yang banyak berkorban melayan aku yang banyak songeh dari awal mengandung sampai laaaa lahirkan Iskandar..
Peel aku macam-macam okeh..
Kalau jenis yang tak tahan.. Memang lama dah dia caboot.. Hiks

Jadii... 
Aku pun gigih la mencari Surprise Delivery Services yang boleh mengejutkan husband aku ni.
Dah la besday hari ahad.. 
Keje pulak tu. Dia kene jaga booth kat Homedec KLCC..
Delivery service ni mostly tak buat keje hari ahad. Kalau ada pun, upah dia...subhanallah mahal.. :(

Cari punya carik..
Jumpa la 2 3 orang ni..
Yang satu ni ade kedai florist. Boleh la nak delivery ke KLCC nuunn...
Tapi halahai.. CEKIK DARAH kot!
Ade ke bunga 3 kuntum.. Coklat murah 5 ketul RM150  ??!
Nak kaya cepat ke bang? Reject!
Apa, bunga dia buat dari emas ke.. Ish ish ish
Coklat dah la cloud nine ngan kitkat je! Wei, modal ko tak sampai RM30 pun lah..

Pastu jumpa la FB sorang akak ni..
Dia takde kedai... Buat servis ni dari umah je..
Gubahan boleh tahan..
Tak kedekut coklat
Yang penting.. HARGA MAMPU MILIK..

Jadi On la.. Aku terus contact dan bayar terus..
Senang deal dan takde masalah langsung..
Ngam teruk lah akak ni..
Seboleh-boleh usahakan yang terbaik.
I like!!




1 hari sebelum dia tunjukkan bunga yang dah siap digubah..
Happy!
Tak sabar pulak nak kejutkan husband..hihi

Pagi birthday dia..
Aku just wish je..
Siap cakap maaflah takde pape nak bagi tahun ni..
Aku nak jimat sebab dah ada anak..

Wahahahahaha...
Muka dia mase tu.. Kecewa teruk!
Dia ingat bini dia tak ingat la tu..
Dia tak tau, bini dia dah plan seminggu sebelum kot!!
Hehe...
Lemah je dia pi keje..
Sian tengoknya..
Lepas babai, dia pi keje.. Aku ngan anak aku sambung tidoq :")

Janji pukul 2-4pm..
Tapi delivery dia ontime..
Ngam pukul 2 dah sampai..
SURPRISE!!!

Terkejut "cibauk" husband aku..
Dia TERUS CALL cakap manja meleret leret macam budak kecik dapat lolipop...
Hahahahahahahahahaha... Guling-guling aku gelak..

Happy.. Happy..
Sehari suntuk dia senyum.. Pelik tak cramp ke pipi tu bang? Haha

Terima kasih untuk servis terbaikk reenflowersurprise :)

Sesiapa nak surprisekan insan tersayang...
Boleh la contact kakak ni..
Recommanded dan insyaallah.. It will bring a very bright smile from your love ones :)




FB : Nor Eez
**pic dibawah adalah hak milik ekslusif reenflowersurprise








Dahh.. Jangan malas.. Pi check sendiri :)
Toodless!

Friday, November 4, 2016

Cara Terminate Akaun CELCOM semudah ABC

Assalamualaikum..
Hi semua..

16 Oktober lepas genap lah setahun aku bersama Celcom. So far, oookeeyyyylahh.. Line pun laju..
Tapi sebabkan komitmen dah tinggi dan kadar penggunaan pun tak seheavy dulu, baiklah kita terminatekan saje.
After all, ade Unifi kat rumah. So, tak perlu dah kot extra postpaid line ni.
Huhu..

Sama la mana-mana telco pun.
Kalau nak switch to, memang senang. Sejuta cara dia bagi. Boleh buat online la, daftar kat kedai topup la..
Kat booth-booth tepi jalan pun boley..
Part nak TERMINATE.. Haaa.. that's tricky!
Saje la tew nak susah-susahkan kita. Dah la ngan takde mase nye nak pi center.. Konfem dari bulan ni, membawak ke bulan depan..
Tak terminate sampai ke sudah.

Jadi kat sini, aku share cara nak terminate nombor Celcom ni.
SENANG aje sebenarnyaa..

Cara pertama :

1. Offline
Walk in ke mana-mana kedai celcom. Kat blue cube pun boleh. Boleh check kat sini untuk refer lokasi kedai Celcom ni
https://www.celcom.com.my/personal/helpsupport/findastore

Mudah.. Caranya
Walk in > ambil nombor giliran > buat pembayaran > isi borang termination > akaun korang ditamatkan on-the-spot

Tapiii..
Pastikan nombor korang tak terikat dengan sebarang kontrak. kalau ada, kena la bayar penalti/denda.

2. Gunakan Celcom careline

dial :
1111 from Celcom numbers
019-601 1111 from Celcom numbers, fixed lines and other mobile operators
+6019-601 1111 if you are abroad

Pilih bercakap dengan operator. Ceritakan masalah korang dan bagitahu nak terminate.
Sebelum tu korang HARUS jelaskan semua bil-bil tertunggak. Kalau tak depa tak layan ye.
Kalau korang berjaya nak terminate, korang HARUS jawab satu panggilan daripada celcom. Selalunya lepas 2 3 hari, diorang akan call korang semula.
Nak confirmkan if korang betul-betul nak terminate ke tak..

Korang kena lah jawab," ini betul-betul.. bukan cobaan...."
dan akaun korang akan diterminate selepas itu.

Leceh sikit la.. Sebab thru phone ni dia tak nak terminate terus.. Harus lah nak tarik tali eh ah eh ah gitu..
Dan, take note of your billing cycle..  NI PENTING!!
Supaya korang tak menyumpah bila kene bayar bil lagi, walaupun korang dah terminate. Dia panggil final bill ke last bill ke cane entah..

Kalau billing cycle korang setiap 28 haribulan,
Pastikan korang berjaya terminate akaun korang sebelum 28 haribulan..

Kalau billing cycle korang setiap 28 haribulan tapi 30 haribulan baru berjaya terminate akaun (which is terlebih 2 hari),
Prorated charge atau full amount of bill akan dikenakan kat korang..
Meaning..
Ko kene bayar bill extra 1 bulan lagi.. Walaupun ko dah terminate dah..Sebab dah terlepas cycle bill 28 haribulan tu.
Paham tak? Hehe

Jangan pulak next month bila dapat bill lagi, korang jadi incredible hulk, super saiya, telinga keluar asap, badan berapi bagai tau..
Akak dah btau siap-siap kat sini..hehe

Haa..Rasanya tu je kot caranya..
Aku kongsi sini sebab aku rasa ramai je yang tercari-cari cara nak terminate ONLINE..
Haha... Tak dapek yo..
2 cara ni je yang boleh.. Hehe

Semoga entry ni bermanfaat
Semoga berjaya :)

Untuk tatapan reader.. In case rindu.. eh? :p