Pages

Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

BALI Episod 2

Assalamualaikum..

Hari ke-2 kami lewat bangun!
Haha.. Dah la pak supir dah remind suruh siap awal-awal semalam.
Masa breakfast, tengok dia tengah lepak menunggu..
Tu lah kerja dia, menunggu.. menunggu.. termenung..huhu
Kekadang kesian jugak kan.. Dia duduk menunggu tak buat mende, mesti bosan.. tapi kena buat jugak. 
Yelah, tu je sumber pendapatan orang kat Bali ni.
Kalau tak jadi Petani, join la tourism.
Jadi supir atau guide..

Bayarannya? 
Hmm.. memang tak setimpal sebenarnya.. 
So, no wonder la orang Indonesia kat sini, kerja kasar gaji RM1k pun dia happy.
Sebab, kat negara dia, majikan buat main je bab-bab gaji ni.. Kesian pulak kita dengar cerita dia :(
Tapi maaflah, tipping tak boleh nak bagi lebih-lebih, duit Malaysia jatuh ni. 
Kang tak pepasal balik Malaysia aku yang ikat perut. Pheww~

Pukul 9.30 pagi, kitorang dah terpacak kat "Sahadewa Barong & Kris Dance".
Ngam-ngam suii je.. Show baru nak start..
Kalau datang awal sikit, kita boleh la bergambar ke ape dengan penari dia.
Tapi sebab dah lewat, terus tengok dance jela. 

Bagi aku, tarian ni menarik kalau kita tahu cerita..
I mean, kita ade buat research atau knowledge pasal Barong&Keris..
Kalau pergi zero.. Korang bakal nganga dan terhuhuhu sendirian la.. :')

Banyak unsur-unsur mitos/myth..
Tang character dia, memang tahap boleh terkincit kalau jumpa kat luar..
Hahaha... Ada hantu kopek wei.. Belang-belang lak tu.. Aiyaa..










Lepas dance, kitorang terus naik kereta laju-laju ke Kintamani.
Nak lunch sambil tengok view volcano..
Sampai je kat sana.. Aku macam... aaaaaaaaaa... *ternganga..
Birunya langit diorang...
Kintamani ni kawasan tanah tinggi, suhu dia ala-ala Cameron Highland kita la, tapi sejuk lagi.
Masa kitorang sampai, matahari memancar terik sampai silau-silau mata.
Takde awan pun. Just langit biru.. Tapi tak panas pun. 
Suhu mantain bawah 20 darjah.
Kalau kena angin dia.. Boleh terkencing jugak la.. Sejuk gila..Hahaha






Gambar kat bawah ni aku snap masa dalam kereta.
Tiba-tibe je kan kereta berhenti sebab ade perarakan. 
Siap ada daun-daun ni ha..Ingatkan ape..
Pak Wayan kata, ni perarakan orang mati daa..
Memang jadi kebiasaan, dioarang bersedekah kat keluarga si mati.
Tak kisah lah siapa, kalau terserempak mesti bagi..
Aku macam terkagum jap la.. 
Yelah, kita kat sini kalau nampak lori orang mati tak de nak heran derh.. 
Nak-nak kalau lalu kat tol.. Silakan BAYAR ikut kadar tol semasa.. Bhahaha..


Diorang hindu.. tapi pakai tudung :)


Extra info.. Orang Bali ni mostly bukan la orang berada. So, jika ada kematian, diorang perlukan duit yang banyak sebab mayat perlu dibakar. Tapi, in case la, keluarga tu takde duit, diorang akan tanam selama 3 tahun dulu. Kumpul duit.. Bila cukup je, korek balik kubur dan bawak pi bakar! Githeww.. oooo.. huhu..

Dah puas jalan-jalan, selfie dan yang sewaktu dengannya, kitorang gi shopping pulak kat pasar.
Kali ni sumpah kitorang lupa nak ambik gambar atau check in!
Haha.. Punye la tak senonoh perangai. 
Kereta belum park lagi, kitorang dah imagine, beli itu, beli ini.. 
Teruk betul perangai orang Malaysia ni..
Tang shopping, lupa diri..Haha

Banyak jugak benda yang boleh dibeli kat sini.. Semua boleh tawar sampai bergaduh.. huhu
Tapi dengarnya, kat some place named "Krishna" lagi super murah.. 
Jadi, hold dulu nafsu shopping nya. Huhu
Yang tak boleh blah, punya lah eksited shopping sampai sesat kitorang dibuatnya.
Tempat ni besar gila.. Ala-ala padang besar kat Thailand tu..
Jadi memang kena berjaga-jaga la hanbeg dan duit.
Kalau tak lebur ke tangan pencopet, lebur ke orang kedai lah..
Mulut diorang manis, kalah madu tualang gred AAA!

Kat sini just shopping ole-ole untuk customer Shaklee je..
Yang mana-mana aku COD tu, aku selit je ole-ole sekali..
Harap korang semua suka :)
T-shirt je tak buat as ole-ole.. Very the buat malu you know!
Yela, murah kan?
Sekali basuh terus OUT.. Ceyyy!
Dah la nak tawar kemain sampai cekak-cekak pinggang.. 
Well of course aku menang.. Aku rasa aku lah menang waktu tu. Punya bangga dapat tawar dengan bergaya sekali.
Tapi pemenang sebenar is acik tu lah..
Mesti dia dok gelakkan aku sampai keluar kincit sekarang ni sebab Tshirt tu sekali basuh terus jadi buruk! Aww.. sakit nya tu disini betol lah!
Dasar..
Seb baik tak shopping all out kat sini.. Legaa mak~ 

Oh ye, kat sini la lahirnya "Bruno Mars" aka Mas brunok!
Nak tahu al-kisahnya, tunggu entry hari ke-3 lah.. Hehe


Adios!



Saturday, December 13, 2014

In House Escaped @ Grand Lexis Port Dickson

Siapa kat sini selalu rasa stress? 


Stress sebab kerja, sebab traffic jem setiap pagi, sebab benda remeh-remeh.. Pokoknya STRESS and NEED VACATION?

Oh.. Vacation.. Bestnye.. Pastu kita pun terus la terbayang.. Duduk rest atas katil empuk.. Emm.. rehat-rehat.. Pergi massage.. 

Tetiber..Puff!! Stress balik...
Sebab, banyak nya nak spend kalau pi vacation.. Paling kurang RM1k untuk 2 orang.. Betul tak? 

Aku pun sama jugak macam korang.. Sikit-sikit stress.. Macam tak bertempat je rasa. Makan sorang-sorang stress.. Penat pun stress.. Gila betul... 

Ok dah.. Habis cerita stress kat sini.. 
Disebabkan tak boleh handle ke-stress san tak bertempat ni, aku decide nak pergi bercuti jugak.. Kerja gila la jugak kan.. Tengah-tengah cuti sekolah pulak lagi.. Ah lantakkkk!

So, research punya research.. Moh ler.. Ke PD kita!!! Yeay.. 
Destinasi nya? Of course lah dekat ....

ehem..



Kenapa Grand Lexis? Sebab.. tempat ni je mampu untuk buat korang berjimat. Heh? Tak caye? Meh aku story..

Dekat sini, sekali pandang memang mahal.. Tapi, kalau kita bijak sikit, kita boleh jimat beratus-ratus ringgit tau. Macam mana?

1 . Pemilihan bilik.. 
Kalau untuk couple macam kami.. Memang senang nak cari bilik.. Tak perlu yang besar, cukup sekadar DELUXE POOL VILLA. Ada 1 king bed & private pool.

2. Booking 
Cara booking ada banyak.. thru agoda, booking.com dan lain-lain.. Tapi special bagi pemegang kad kredit Maybank, korang dapat 15 % diskaun ! Refer sini.



Cara nak booking
Call hotel >> cakap nak Booking bilik ( best available rates ) >> Payment using Maybank card  *Untuk confirmation, tanya receptionist pasal 15% disc by Maybank tu

Contoh : Bilik kami harga RM 638/night - 15 % = RM542 ++
Jimat dekat RM 100 jugak tu..

3. NO BREAKFAST
Nak jimat lagi kan? Breakfast kat luar.. Sebab kat PD ada banyak tempat makan. Lagi-lagi kat PD waterfront tu.. Bersepah, pilih saje yang berkenan di hati. Macam kami, kitorang dah tapau siap-siap masa check in tu, then masukkan dalam fridge, nak makan panaskan dalam microwave :)  *Breakfast in bed 

4. Stay indoor
Nama pun dah bayar mahal kan? Apa lagi, make use of your money lah weii.. Dah check in, duduk dalam bilik je.. Tengok TV ke, terjun kolam ke.. Spend masa berdua :)
Kami dah tapau makanan siap-siap.. So, memang tak keluar langsung.. hihi

Haa.. macam mana? Short getaway kami tak sampai RM 700 pun termasuk makan, kos perjalanan pergi dan balik.. Amacam.. Best kan? 

Ada yang cakap, bilik sampai RM 500 melampau!
Bagi aku, melampau lagi gi bayar bilik RM 200 1 malam, pastu keluar shopping, makan-makan, minyak kereta lagi , lalu terlupa plan asal yang pergi vacation untuk berehat-rehat..hahahaha.. Balik vacation, penat pastu check tengok, alamak!!! over SPEND! tershopping pulak tadi.. Pastu stress balik buat apa kan.. 

Kalau bawa anak-anak, konfem korang ada budget yang lebih. Boleh bawak anak-anak main kat sekitar hotel ni..

Recreational Facilities
  • Children Pool
  • Children Playground
  • Giant Snake & Ladder
  • Pool Scuba Diving
  • Fishing and Crabbing Activities
  • KMX & Normal Bicycle Rental
  • Archery Range
  • Outdoor Games
  • Infatable Activities Games
  • Karaoke Room
  • Segway Obstacle Course
  • Board Games
  • Landscaped Swimming Pool
Macam-macam ada.. Jadi tak perlu keluar kan :)

Tapiiiii.. style indoor vacation ni hanya untuk couple, atau family yang inginkan short escape je. Sekadar nak rehatkan kepala. Kalau korang pi vacation oversea atau mana-mana tempat yang best, jangan la stay indoor pulak.. Rugi kang.. Pi paris bayar RM8k sorang tak pi jalan-jalan ke? Gilaaaa... Hihi...

Ikut keadaan la betul tak?
Disebabkan gambar-gambar semuanya dalam camera.. Huks~
Korang layan la gambar google ni ye :)
Enjoys!








Ohh.. ada pulak gambar ni.. haha



Aaa..Hilang stress!!

Assalamualaikum :)