Saya jual SHAKLEE

Saya jual SHAKLEE
Saya jual SHAKLEE

Saturday, March 11, 2017

Tempat WAJIB pergi di Cameron Highlands

Hiii..
Hola holi kuberi nama cikebum cikebum :) ewahh..

Siapa kat sini suka bercuti ke Cameron Highlands angkat tangann!!  *high 5
Haa.. siapa tak suka mak dia hijau.. hehe

Kalau sesiapa yang rapat ngan kami laki bini, konfem tahu dah..
Vanue wajib untuk bercuti setiap tahun, SETIAP tahun ye, mestilah Cameron Highlands. Entah la kenapa suka sangat pun tau. Dari honeymoon, 1st anniversary, 2nd anniversary (babymoon) membawak ke 3rd anniversary (bersama baby) kami celebrate kat sini :)

Setiap tahun ada je tempat best yang kami redah.
Actually, CH ni kecik je pun.. Pusing-pusing jumpa orang sama jugak. Route dia sama jela.. Either nak travel down arah ke Tapah, atau explore keatas arah simpang pulai. Tempat best memang banyak, mostly dah pi. Meh kita share a few place kat korang. Nanti boleh pi sekali bawak 1 batalion :)

Bharat Tea Plantation



Iman.. Funny face please :)

Yang ni tempat WAJIB stop okey. Kalau naik dari Tapah, mostly orang akan berhenti minum teh dan makan scones kat sini. Nak tangkap gambar pun memang cantik lah view dia. Tempat senang nak cari.Tepi jalan je.. Parking pun banyak.


Selain menikmati pemandangan dan minum teh. Korang boleh la belek-belek souvenir kat kedai sebelah tu. Beli teh ke apa untuk buah tangan. Ceh, baru sampai nak beli buah tangan pulak. Kaum-kaum bapak layan kan la bini korang ye. Biasala tuuuuuuuuuuuuu... hehe

Big Red Strawberry Farm




Yang ni pun bestttt! 
Kat sini ada strawberry,kobis dan few sayur yang aku tak ingat sangat (takbeli sini sebab motif datang adalah untuk makan)

Haa.. nak makan apa? Kat sini ada macam-macam tau. Aiskrim Strawberry, waffel aiskrim dengan strawberry, Float Strawberry semuanya lah Strawberry dan pink pinkish.. ehehe.. Tapi actually.. Yang paling layan sekali makan kat sini ialah...


.

.



Haha.. ni cerita serius okey!
Dah la sejuk, nyaman memang layan lah megi cup ni. Cuba test kalau tak percaya :)






Lokasi dia? Alahai.. senang aje.. Waze je BIG RED STRAWBERRY FARM Brinchang.. kikiki

BOH TEA PLANTATION

Untuk yang belum tahu..
BOH TEA ade 2 tau kat Cameron Highland. Satu kat Sungai Palas, Satu lagi dekat Ringlet. Kalau nak di - compare kan.. Memang tak boleh la. Sebab dua-dua tempat pun best. 

Untuk yang gilakan pemandangan menarik nunn tinggi atas gunung.. Silalah berkunjung ke BOH TEA Center di Habu, Ringlet. Pemandangan dia A kauu! Kalah Bharat la kiranya. Sebab sini.. korang kena mendaki dalam 10 minit jugak ke atas bukit tu. Cafe sini kecik je. Tak best sangat nak lepak mengeteh lama-lama. Tapi kalau nakkan panorama yang WIN. Sini memang la tempat paaaaaaaaaaaaaling seswaii. Nyamannyaaa ~

Oh ye.. Jalan naik ke sini agak bersimpang siur, sempit dan gaung dalam jugek. OTW ke sini kitorang bertembung dengan bus pulak dah. Seremmm~
Hati-hati dan sila bertimbang rasa sikit mase drive kat sini ye kawan-kawan..







Nak datang sini jangan pakai kasut segini ye.. Seksa mak Jahhhhhh!!





Info dia kat gambar last ni ye. Giteww.. Boleh bercanda-canda di atas tu ha. Kihkih.. Oh ye, tak silap, movie isyarat cinta lakonan Adi Putra, Liyana Jasmay dengan Fizo pun diorang shoot kat atas bukit ni lah. Betoiii tak caya pi tengok cerita Isyarat Cinta tu :)

Okey next, kita ke Boh Sungei Palas Tea Center. Yang ni dekat sesangat dengan hotel Copthorne tu. Area Brinchang ye. Pun sama jugak, kat sini pun jalan sempit,bukit gaung jangan cerita. Pun seremm jugak kalau bertembung. huhu.. 

Kat sini yang best nya.. Cafe besar, ade display alatan proses teh.. Nak tour dalam kilang teh pun boleh. Ada guide akan bawak :)
Kalau yang jenis berminat nak melawat ala-ala tourist, sini lah tempat yang sesuai. Bila dah penat, boleh la mengeteh kat cafe yang besar selesa menghadap ladang teh. Barulah syok!

Tapi satu je yang kurang kat sini. Tak baby friendly.. Baby Iman boleh dia poo poo kat sini sampai tembus baju seluar. Dahsyat bebenau ye. Dan sangat la susah nak bersihkan dia.. Last-last, kena la masuk tandas OKU :(
I think, they might need to improve on that. Dan tempat letak kereta pun jauh jugak. Nak salin pampers dalam kereta pun alahhhhhhhhh... jauhnya gituuu~


























Banyak gambar? haha.. 
Layan kan ajela ye..

Avant Chocolate Cameron Highlands

Tempat ni baruuu je aku dapat tahu. Jauh sikit dari tempat-tempat lain. Avant Chocolate ni lokasinya OTW ke simpang pulai. Sampai tersesat jugak la nak cari. Tips nak cari, jangan guna pakcik Wazirr (WAZE) gunakan encik google maps dan key in koordinat ni. Insyaallah sampai. Apa? Tak install google maps? Gi install sekarangg!




Kat sini ada macam-macam. Korang boleh refer website diorang ni : http://www.avantchocolate.com/  semua info ade :)

Iman enjoy tengok ikan,turtle dan rabbit. Boleh feed jugak tau! Yang mana ada anak kecik konfem teruja punyalah. Oh ye, running man pernah buat shooting kat sini tau. Ade gambar couple Monday kat sini.

Pastu dah penat main dan tangkap gambar, boleh la makan kat cafe dia. Ada macam-macam. kek, pasta, goreng-goreng, western.. Semualah. Best best... Oh balik jangan lupa beli coklat sebagai ole-ole.

Layan la gegambars..






















Ladang Anggur Bertam Valley

Tempat ni pun first time tau.. Anggur ni bukan sepanjang masa ada ye. Tapi alhamdulillah masa kami pergi tu anggur masih ada. Rezeki dapat petik anggur sendiri. 

Nak ke tempat ni, kena alert sikit tau. Sebab signboard dia macam nampak tak nampak je sebelah kiri. haha.. Bila dah jumpa, sila lah park kereta di tepi jalan je. Tak boleh bawak masuk kereta sebab atas tu memang untuk jalan kaki. Siapa bawak naik jugak mesti sangkut dan kereta korang jadi tukun la kat situ..kikiki...

Masa dah sampai.. Lahhh renek nya pokok. Nak makan direct kat pokok pun boleh.. huhu.. Anggur boleh dibeli dengan harga RM22 untuk 1kg. Nak petik sendiri boleh, nak aunty petikkan pun boleeee..










Untuk yang bawak kanak-kanak mohon berjaga-jaga. Warga tua pun hati-hati. Yang terlebih muatan pun kena hati-hati jugak. Jalan curam sesangat. Kang baru angkat kaki selangkah, dah bergolek sampai ke main enterance :)

Cafe Lorong Kea Farm

Ni port baekk punya tau. Makanan semua sedap dan murah. Air dia la win. Ada milo megatron. Paling dahsyat ada Milo Optimus Prime.. hehehe.. Kreatif!



Menu

Ni bukan menu

Milo Megatron

Nice 
Tapi tulah.. Aku confused operation hour dia. Ada sekali datang, dia tak bukak. Pastu datang lagi, kedai separuh buka. Padahal datang waktu yang sama je.. huhu.. Ada rezeki makan sekali je kat sini... Waaa.. nak repeat lagi!

.
.

Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawat dan makan kat Cameron Highland ni. Kampung Taman Sedia (komuniti melayu) diorang tanam strawberry, ada gerai Abang, boleh makan nasi lemak sambal strawberry. Then ada, Abang Steamboat, Mardi, Bee Farm, Kea farm rose center dan banyak lagi. So rancang schedule supaya dapat pergi tempat yang korang nak. 


Daaaa! 

1 comment:

  1. Ladang Anggur Bertam Valley nih je baru pestime dgr. macam srh pegi je lagi. tq share ye

    ReplyDelete