Pages

Saturday, March 4, 2017

Majlis Aqiqah Muhammad Iman Iskandar 19/2/2017

Assalamualaikum..

Hi semua.. Maaf lama menyepi..
Sejak jadi mommy, rasa macam serba serbi tak cukup.
Almaklum lah, try to adapt to new life.. Memang gini la kot ye?
Alhamdulillah, makin lama, makin OK now.
Anak alhamdulillah okey saja.. sihat dan semakin bijak. Orang kata terlebih supplement.. Eh? mak dia kan tauke supplement.. So? hehe :)


Alhamdulillah.. 19/2/2017 setel sudah majlis Aqiqah anakanda terchinntaaa.
Fuhh.. lega rasanya..
Penat dia macam buat majlis kahwin pulak.. Kikiki...

Kat sini, aku nak story pasal persiapan. Moga bermanfaat la untuk mommy daddy yang berhajat nak aqiqahkan anak korang. Majlis area Seremban la khususnya ye. Sebab aku buat majlis ni kat Seremban.. hihi

Kambing Aqiqah & Catering

Ni part paling terpaling penting. 
Kambing Aqiqah sekarang bukannya murah okey. Kalau tak 1.2k keatas tak sah. Memang mahal dan kami pun dah banyak kali terkejut-terkejut mendengar/baca quotation  yang catering bagi.

Jangan putus asa.. Memang la nak buat kenduri ni pakai banyak duit. Tapi, kalau kita bijak sikit.. survey sana sini. Insyaallah.. boleh dapat yang mampu milik! Hehe

Lepas usha-usha.. Konfem! Kami pilih Traf Catering.
Kami pilih Traf sebab, dia based area Seremban,ramai yang komen puas hati dan pakej dia sangat menarik dan mampu milik.

Tak percaya? Nah.. Tengok sendiri.




Kami ambik pakej ni lah. Just tambah 30pax extra. Takut tak cukup.. Atok dia naik 3 khemah ko! Semangat ke idok.. Hahaha..
Kitorang invite ramai jugak dan ramai yang hadir alhamdulillah. 
Puas hati okey. Orang puji makanan sedap. Pramusaji terbaik. Habis je majlis. Makanan pun ngam je. Tak ada pembaziran. Alhamdullah. Suke sangat.

Untuk yang tanya haritu.. Kami ambik :

1 ekor kambing golek ( Live Grill )
1 ekor kambing masak kari

Lauk :
Ayam goreng berempah
Ikan sembilang sambal
ulam
ikan masin
sambal belacan

Yang lain-lain macam kat gambar tu la ye. 
Pastu lagi best. Dia siap bagi doorgift free. Siap printed nama "pengantin kecik" tu sekali. Comel je.



So far. Recomanded! 10/10 tak ada complain. Gambar kat bawah cilok dari FB diorang. Pak aji tengah salam ambik sijil aqiqah :p





Kitorang arrange dengan katering 100% online. Bayar booking online. Bayar 2nd payment pun online. Tak jumpa langsung dengan Pn. Ayunie ni. Food testing pun tak sempat pergi. Hadoii. 
Don't worry.. Traf Catering ni TRUSTED. 

Gamble sangat mak ayah cakap. Nasib baik sampai catering nya. Kalau tak ramai-ramai makan kuih je haritu.. kihkih

Web : www.traf2u.com
IG : www.instagram/traf_catering
Fb : www.facebook.com/TrafCateringCanopy



Buaian berendoi bajet!

Part ni pun mencabar jugak. 
Yelah, takkan takde buai kan. Tapi macam malas btol nak invest sampai beratus untuk buaian yang nak pakai sekejapan sahaja. Dah la Iman lasak. Kang dia melompat dari buaian tu satu hal pulak .. haha.. Jadi, marilah DIY.

Please note. Masa aku tunang dulu pun aku sarung cincin atas karpet. Koboi aje. Hahahahahahah.. Ni bukan sebab kedukut tau. Ni sebab rasa tak berbaloi nak bayar mahal tapi gunanya tak sampai sejam. :) Baik aku salurkan ke tempat lain yang lagi bermanfaat dan berfaedah. Just my 2 cent tau.. Jangan kecam sis.. hehe.. kalau ada bajet adakan lah.. Tak salah ..hehe





Taraaa... Hasil kerja tangan mommy dan jiran-jiran.
Mekasih acik datang malam-malam nak tolong deko. Jasamu dikenang :)
Simple jela. Janji ada. Kos? RM10 je jahhh.. Tu pun sebab terbeli riben kat atas tu.. kihkih

Bebear : Collection mommy ( papa bagi time berchintan cintun dulu )
Sampin : Paklong punya. Pinjam kejap
Hiasan : Recycle mommy and paklong punya majlis kahwin 3 tahun lepas :)
Kain biru : ........ krik krik :p *kain subsidi kerajaan masa nenek jadi sister dulu. Ada la 6m ++ .. Kita guna jahhh :)
Bunga telur : Thank Q Nilai
Telur masin : Paklong sponsor :)

Happy betul bila cerita pasal ni.. Hehe
Oh ye, kumpulan Qasidah, kami guna Kumpulan Qasidah mak den. Haha..
Mak ahli kumpulan Qasidah, jadi.. tak payah fenin la part ni. Dijamin setel. Happening kauu!

Video kat sini (live fb) : https://www.facebook.com/evilskyler
Scroll sikit eh, takde link pulak


Merdu agaknya. Iman melayan. Mata kuyu je :p




Setel dah majlis. Terima kasih pada beloved family yang sangat sangat membantu masa preparation/sponsor gift, family mertua tersayang yang hadir, saudara mara yang hadir dan sponsor kuih-kuih, kawan-kawan yang datang dari jauh, jiran-jiran. Terima kasih daun keladi.

P/s : Sedih sikit sebab sibuk punya pasal. Lupe ambik gambar satu family kecil.. wuwuwuwu.. Macam mana boleh lupa! :'(








Ni menantu. Sila jangan Caras. eh? hahaha .. bye!

1 comment: