Pages

Friday, December 8, 2017

Port Western murah & Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Sedap

Assalamualaikum

Happy nye laa harini. Mana taknya, hari isnin cuti..kehkehkeh
Bila happy, kita masak la. 
Semalam terasa nak masak sup ayam, tapi sebab tak cukup bahan, kita terus tukar plan. Makan kat kedai ..kekek

Tapi serius, antara kedai western melayu yang aku pergi, ni antara kedai yang murah dengan makanan yang sedap. Selalu, makanan sedap, harga mahal ataupun harga murah, rasa hampeh.

Ni memang aku bagi 8/10. Rasa makanan dengan harga berpatutan. I loike.
Gambar ni dari FB dia. Memang sebiji sama. Mana gambar dari kamera I? Hahah.. Lapar semalam tak sempat lah nak ambik gambar.. kekeke






Info Restoran
Masita Steak House

No. 38, PUJ 3/13, TAMAN PUNCAK JALIL
BANDAR PUTRA PERMAI
SERI KEMBANGAN SELANGOR

Okey, tu cerita semalam. La ni nak kongsi kat korang satu resepi baek punya.
Aku bagi izin untuk korang share kalau suka.

RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS LAZAT

Bahan
Ayam dilumur dengan serbuk kunyit, garam,cukup rasa dan serbuk lada hitam
Bawang merah dihiris
Bawang putih dihiris
Halia dihiris
Cili boh
Kicap pekat Jalen
Kicap Masin (aku guna cap Tamin)
Sos Cili
Garam 
Gula
Cukup rasa
Asam keping

Cara masak

1. Goreng ayam tiga suku masak. Jangan garing tau! Nanti ayam kicap jadi keras. Tak syok makan. Angkat dan ketepikan.

2. Guna kuali yang sama. Kurangkan minyak. Tumiskan bahan hiris sampai wangi. Then, masukkan cili boh. Tumis sampai cili masak.

3. Masukkan kicap pekat,kicap tamin, garam, gula dan cukup rasa. Bila dah mesra masukkan air dan asam keping.

4. Bila dah menggelegak masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Masak sekejap dengan api perlahan. 

5. Bila dah siap boleh tutup api. Boleh masukkan cili api,bawang holland dan tomato jika suka.





Siap dah masakan ni. Jangan lupa share ye. Selamat mencuba 😘

No comments:

Post a Comment