Pages

Thursday, April 2, 2015

Cadangan Makan - Restoran kayu manis@Cyberjaya

Sebenarnya..

lama dah nak cerita pasal tempat-tempat makan yang selalu kami pergi..
Walaupun prefer masak kat rumah je, tapi sekali sekala nak jugak makan kat luar.. Kira off shift untuk masak la.. hiks

Lepas 3 bulan ditabur janji-janji manis.. At last encik husben bawak jugak pergi restoran ni..
Yess! Happy sangat.. mana tak nya, dekat 3 bulan asyik cakap pasal ketam masak cili la.. Butter prawn la.. Mana boley tahan weyyy..

Kami pergi yang dekat Cyberjaya.. Branch ni baru 7 bulan dibuka.. 
Kata Cashier tu, hari biasa tak ramai sangat orang waktu malam.. Tapi kalau weekend, siang malam ramai orang..
Kami pergi isnin malam, memang tak ada orang.. Alhamdulillah.. Tak payah nak tunggu lama :)




Tengok ni, buku menu pun dah tunjuk gambar ketam cili yang seksey ni.. Takkan takmo try kan..hihi
Ketam nipah ni.. 100gram RM 7.80 ~  gulp.. 
Tapi boleh pilih sendiri nak ketam yang mana.. Still hidup tau.. Fresh je rasa bila makan..berbaloi... Heaven !

Kitorag order ketam masak cili dan butter prawn saje.. Mula-mula nak tambah ayam goreng pandan..Sebab tu sedap jugak.. Tapi dah dengan ketam sebesar ni, dua ekor lak tu.. Baik la simpan saje hasrat tu.. Membazir tu amalan cetonn.. Nasib baik.. Mengah kot makan!

Servis diorang memang tip top.. Tak sampai 15 minit semua order sampai.. Jom NgapNgapNgap... Burrrppp~~

Recommended!! Sangat sedap dan untuk penggila ketam atau seafood, jangan segan-segan makan kat sini.. 
Tapi takley selalu..Roboh poket laki mak! Miahaha... 





Info : (Berhampiran dengan Petronas Cyberjaya | sebaris dengan KFC,Paparich) 

2°55'12.0"N 101°39'32.6"E
No. 5 Cottage Walk,
Off Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya,
Selangor, Malaysia.
Tel: +603-8322 3151
Adios Sayangss..


No comments:

Post a Comment