Pages

Friday, October 3, 2014

Kesan 20 sen? Nak melenting, Redha atau Lawan???

Assalamualaikum Semua...
Salam Night Shift !
 T_T

Seronok la korang tu nak balik beraya kan ..kan
Aku lahhh terkontang kanting kat opis ni ntah ape keje ntah..
Serius bosan kerja sekarang sebab terpisah daripada kawan-kawan baik aku... Waaaaaa

So, sebab bosan.. Meh kita bincangkan isu semasa..
Apa lagi.. pasal MINYAK la kan.. Ramai jugak la yang NAIK MINYAK sejak semalam...
Eh,ke semalam semalam? Entah..yang pasti this week la kan..
Tengah malam umum minyak naik.. Esok naik betul.. Alahaii... Emosi--

Kat Fesbuk nih bersepah.. Macam-macam..
Maki kerajaan la.. Maki BN la.. Punya la banyak kata-kata carutan sampai malaih aku nak baca..
Adela 10% pengomen yang positif..
Tu pun end up kene makian daripada rakyat marhean yang piss off. uihh.. dasat penangan...
Yang tak boleh blah tu.. Siap marah kat Azwan Ali tu.. Sebab jadi MB..
Eii,,gile eh? Azmin Ali la jadik MB --- duhhh.. tetap takde kaitan tau dik noon..

Tapi harini, kita tak mau la buat entry maki-maki..
Apatah lagi nak bagi solution macam Nedim Nazri bagi.. Naik motor gi keje hari-hari..
Tu pun kene bantai.. Haalaaaa hai...

Betul la kata dier.. Dier suggest jek..
Nak ikut.. ikut.. Tak nak sudah.. Tak pasal orang marah dier sebab dier anak menteri,, Konon tak paham korang,, Rakyat biasa..kerja guna tulang empat kerat..bla bla bla ~~ Aiyaaa...

Tu bahagian dia.. Jadi anak orang kaya.. Kita yang tak kaya, jangan jadi kurang akal pulak.. Dosa tau.. Maki-maki orang..

Seharusnya, kita tahu kedudukan kita. Kita tahu, kerja makan gaji, akan sentiasa tak cukup.
Kita tahu tu.. Gaji kita RM 1200 sebulan, tetap tak cukup nak bagi anak bini makan..
Kita tahu, Gaji RM 5000 sebulan, still tak cukup sebab anak ramai..
Tak payah tunggu minyak naik atau harga barang naik. Kalau tak naik pun, kita tetap ade masalah kewangan.. kan? Cuma kenaikan minyak tambahkan beban yang sedia ada..

Nak tanya.. Berapa ramai yang dah jangka harga minyak akan naik? RAMAIIIII kan?
Tapi berapa kerat yang buat back up plan?

TAK RAMAI....
Kenapa? Sebab walau betapa tak cukupnya duit kita, betapa sempit nya hidup yang kita rasa..
Kita still dalam COMFORT ZONE.. Kita selesa...

Contohnya..korang kasihankan orang miskin berpendapatan rendah yang duduk kampung..
Ye ke kesian??
Contoh eh.. ni contoh. Aku call pakcik aku di kampung.. Kerja toreh getah je.. Harga getah pun tak berapa cantik.. Ikut mood,,sekejap naik sekejap turun..

Aku tanya " Apak.. Minyak naik ni.. Makin naik lah belanja bulan ni.. Apak ok ke? " Aku call saja survey..

Ko tahu pakcik aku jawab ape? " Minyak naik? Alah yeke?Tak ape, boleh angkut getah naik motor je. Apak ingat nak pajak tanah acik XXX tu. Boleh toreh banyak sikit "

See.. nampak tak? Dia tahu dier akan terjejas dek kenaikan.. Tapi apa yang dier buat? KERJA LEBIH!! Sebab tu aku kata.. Kita ni bukan risaukan orang susah.. Kita risaukan diri sendiri.. Sebab tak dapat melaram lebih. Tak dapat beli gajet ipong 6 bulan ni.. kan??

Bila kita ada fikiran "work with flow" gini.. Kitalah manusia paling rugi dalam dunia...
Aku pernah rasa benda ni. Selesa walaupun sen tak berapa nak ada..Maki kerajaan bila harga dan kos hidup naik..
Sejak terbukak fikiran.. Aku faham.. Sampai bila kita nak duduk di takuk lama? Rasa selesa, bila kene kacau sikit, kita melenting?

Dalam dunia ekonomi sekarang.. Kita kene bersedia.. Mulakan back up plan. Berniaga.. Dengan itu, nampak usaha kita. Tak perlu melenting-melenting, kutuk mengutuk sebab ia takkan merubah ape-ape.. Hanya orang yang berkuasa yang boleh ubah nasib diri.,

Well tunggu apa? Keluarlah dari cengkerang sempit tu..
Insyaallah.. Semuanya akan OK ..

Nyte korang
Assalamualaikum...









2 comments:

  1. Wah.... Saya suka dengan fikiran awak. Positif dan paling best apa yang awak ckp tu banyak betulnya.

    ReplyDelete
  2. Ramai yang berfikiran sebegini.. Tapi tak ramai yang suka meluahkan :)

    ReplyDelete