Pages

Wednesday, March 25, 2015

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai

Seronok betul kalau dah tak kerja malam.. Mesti macam-macam boleh buat kat rumah.. Boleh masak-masak, makan, tengok tv dengan hubby.. Hew hew..

Nasib lah, nak buat camne kan, makan gaji dulu sekarang.. Tak sabar nak tunggu hasil "kesabaran" ni nanti.. WFHW one day.. Insyaallah :')

So, sebab bosan, jom.. Nak kongsi resepi pulak malam ni... Sebenarnya, dah macam-macam versi dah buat nasi goreng ikan masin ni. Tapi yang paling menjadi, resepi dari blogger masakan terkenal iaitu Azie Kitchen.

Superb semua masakannya, rasa macam baca blog god of cookery pulak.. Dah try mostly resepi beliau.. Memang menjadi dan sedap..


Err.. abaikan telur mata yang lari shape tu. Hehe.. Maklum lah, orang baru kawen, pakai kuali yang ade jela.. Haha

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai 

Resepi asal : Azie kitchen
Bahan-bahannya :

Nasi
Bawang besar *dihiris
Bawang putih *diketuk
Cili padi *diketuk
Ikan tenggiri masin
Sos tiram
Sos ikan
Sayur (kailan/kacang buncis)
Telur
Garam/serbuk perasa

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis ikan tenggiri masin. Sambil tu hancur hancurkan.
2. Masukkan cili padi,bawang besar dan bawang putih, goreng sampai wangi.. 
3. Then masukkan sos tiram dan sos ikan.. Bila dah sebati, masukkan sayur..
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sampai hancur, sebelum telur kering, masukkan nasi dan gaul mesra.
5. Rasa. Kalau kurang masin letak sedikit garam
6. Siap!! :)

Tapi kalau nak best, korang boleh goreng telur mata. Aku tak makan telur mata, so terpaksa lah goreng ayam instant tu.. eeheee~

Senang sangat.. Tapiiiiiii!! Malangnya, masa goreng telur, ade eksiden pulakkk.. Tangan terpercik minyak panas pulak..Meletop menggila macam kita curah air sebaldi.. Haiyyooo, I hate you la kuali, dia baru lagi, so cepat gila panas.. Hew hew.. Kita pulak kelam kabut pecahkan telur dengan tangan basah-basah.. Sekaliii.. Hamekkau.. Sodap!

Tangan rasa pijar-pijar je.. Lantass.. Hero ku datang menyelamat!! Bukan incik husben..haha..Dia bantai main game je, tau-tau hidangan tersedia.. Macam pewince sangat tauuu..

Ini dia hah herbal blend!! Hero beta.. Takda dia ni, konfem bergelembung tangan halus beta..eceh~


Lepas apply herbal blend ni, tangan still panas, tapi sekejap je. Lepas 1 jam.. Dah tak sakit dah. Just merah je.. Tapi magic.. Tak gelembung atau bertanda.. Syukurrr..

Till then readers.. 
Oh ye, siapa nak order krim magic ni.. Boleh je contact kita.. 
RM 30 siap postage.. Siapa mau ? :)

No comments:

Post a Comment