Assalamualaikum..
Wahh... Melampau-lampau betul sehari dua ni..
Banyak pulak idea nak menulis ni.. Kalau time dia bengap, memang sepatah haram pun tak nak keluar ayat. Haha..
Ok, kali ni nak share pasal... RENEW PASSPORT!!
Yes, benda yang mostly orang paling tak suka nak buat. Malas nak menunggu lama dan beratur panjang.. Yes..yes me understang.. Tapi nak tak nak, ahkak kene buat jugak, sebab tahun ni adalah tahun cuti-cuti Malaysia ahkak. Kalau takde passport kene tinggal kang aaa... Melalak la sorang-sorang.. heh?
So, sebab dah 3 tahun tak buat passport. So, dah lupa.. Apa nak kene bawak, kat mana nak pi. JPN ke KASTAM ke IMMEGRESEN ke.. Haa.. ko jangan gelak, ade orang buat passport kat Kastam tau.. Tapi bukan ahkak la.. No..no.. So not me..
Akak buat homework dulu tau.. Tapii.. hampa, tak jumpa pulak cara-cara yang latest. Mostly 2 3 tahun lepas..Info tak lengkap.. Haihhh... Jadi, ahkak bercita-cita nak jadi pioneer la tahun 2015 ni. Biar ahkak cerita kat korang cane nak renew.. Semoga bermanfaat :)
Mula-mula kena tahu.. Buat/renew passport kat Immegresen ye adik-adik. Nak buat IC, kita pi JPN. Tapi selalunya, JPN dan Immegresen diorang duduk satu building. Untuk memudahkan kerja..
Bagi warga Puchong.. Lokasinya adalah kat sini : Persiaran Puchong Utama, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia. Dekat dengan Aeon Big. Senang je cari. :)
Kat cawangan ni, nombor giliran yang dikeluarkan adalah terhad. Isnin - Khamis ada 120 nombor sahaja dikeluarkan. Hari Jumaat just 90 nombor je. Dan biasanya, pukul 7.30 pagi nombor-nombor tu dah habis pun. Orang akan start datang pukul 6 pagi. Awal gila, ye, ahkak sampai pukul 6.15 pagi, akak dapat nombor 18!! Riki punya riki, orang nombor 1 datang pukul 5.30 pagi.. Ahahahaii...
Tapi kalau nombor dah abes, cepat-cepat la pi kat Putrajaya.. Ataupun boleh buat kat UTC. Bukak sampai malam :)
Ececeh.. segak kan gambar? Gigih ni, bawak gambar passport, salinan IC dan passport lama. Dengan harapan, senang la nak setel ni. Takyah nak pi tangkap gambar. Pakai selebet je cukup. Yelah pagi buta kan, nak melawa kejadahnya..
Sekali, orang kat situ kata.. Sekarang tak pakai dah benda-benda ni..
Nak renew/buat passport just perlukan :
1. Slip renew passport *ambik kat sana
2. Passport lama
3. Kad pengenalan * pastikan boleh read
4. Tu je... Gambar?!! La ni depa tangkap pic LIVE!!! ok.. Ahkak datang selebet je ni!!! Demm.. Ohh..seb baik gambar hitam putih.. pheww
5. Cash Money.. diorang tak terima visa or master card okey.. CASH!
Ha.. sekarang dah senang, mudah dah cepat. Harga nak buat passport ialah RM 200 untuk 5 tahun.. Yess... takde 2 tahun dah. 5 tahun terus.
Kalau datang awal, passport akan dapat pagi tu jugak. Akak sampai sana 6.15 pagi, tunggu pejabat bukak kol 8.00 pagi, turn nak buat passport 9.30 pagi, collect passport 10.30 pagi. Setel.. Lama tapi berbaloi, dapat dalam hari yang sama :)
Korang paham tak akak bebel banyak-banyak ni? Haa.. Ade soalan, sila tanya, akak jawab laju-laju nanti ..ehihii...
Till then readers..
Ahkak kawasan...ehhh :)
Terima kasih atas info. .terbaik
ReplyDeleteMost welcome :)
Deleteamik gambar tuhh ad kne charge jgk ke??
ReplyDeletemaaf atas kelewatan :)
DeleteTakde extra charga untuk ambik gambar..