Hi korang.. *lambai-lambai
Harini nak share resepi lagi. vah vah.. makin rajin memasak nampaknya. Memang isteri solehah giteww.. Hehe. Sejak dua menjak ni, macam dah bosan makan menu yang sama. Jadi, Fara pun start la search resepi baru.
Tolong jangan gelak please. Ye, memang akak Fara korang tak reti langsung nak buat mushroom soup yang sedap. Tapi mana best kan main tonggang dalam tin sesaje. Tak kerlass la brader..
Jadi, ni ade la jumpa resepi Mushroom Soup & Garlic Bread instant. Yang mana noob macam kak Fara mai la pinjam resepi ni. Hiks..
Mushroom Soup & Garlic Bread instant tapi superb
Bahan & Cara-cara
Sup
1 tin Campbell Mushroom Soup
3 batang Sosej
1 keping cheese
Serbuk lada hitam
Garam
1. Masukkan 1 tin Mushroom Soup + 1 tin air ke dalam kuali.Kacau sebati sehingga Mushroom soup tidak berketul-ketul.
2. Hidupkan api sederhana. Bila menggelegak, masukkan sosej yang dipotong dadu. Kemudian, masukkan kepingan cheese.
3. Letak sedikit serbuk lada hitam dan perasakan dengan garam. Tambah air jika terlalu pekat.
Roti
1 batang roti "Baguette" ( beli di tesco )
Garlic spread
1. Potong roti secara menyerong. Takde roti ni pun takpe.. Pakai gardenia pun sodap jugak..
2. Sapukan Garlic spread diatas permukaan roti
3. Panggang/bakar sebentar di atas non-stick pan.
Haa.. Dah siap pun. Sedap dan mudah. Husben lalu sebelah pun buat-buat tak nampak..Hehe. Selamat mencuba !!
No comments:
Post a Comment