Pages

Thursday, January 29, 2015

Great Escape : Penang Getaway Part I

Assalamualaikum..

Semua orang tahu, Penang adalah syurga makanan.. Teringin betul nak ke sana.. Makan laksa, pasemboq, nasi kandar.. Ahh.. semua lah!

Nak dijadikan cerita, hubby kene outstation ke sana 26/1-28/1 .. Hahah.. Ini peluang baekk.. Sebelum hubby ajak, kita dah cakap nak ikut siap-siap.. Terus dia cakap OK! Takkan tak ok kan.. hoho

Pagi tu lepas balik kerja ( btw, saya keje malam ), kami sarapan siap-siap. Gerak dalam pukul 8.30 pagi. Tapi paling tak leh blah husband mengantuk tahap dewata. Arrghh, tak dapat ku membuta barang sesaat dua pun. Asal nak lelap je, boleh rasa kereta terhujung hayang.. I is geram!! Pastu mata dia mula la layu-layu.. Halahaiiii... Mata mengantuk, terpaksa ku tahan Jebat!

Sampai kat Juru ngam-ngam time lunch hour. Perut pun dah mengamuk mase tu, mata rabak, muka dah selebet tahap ape tak tahu lah. Dia ajak makan tengahari. So lets.. Dia kata nak makan ikan bawal goreng kat Juru Auto City.. Me like.. Hek eleh, datang jauh-jauh tapi makan ikan.. Apo lah.. Tapi dek kerana beliau cakap sedap dah sejuta kali.. Ok jom.. Tak sedap kang belanja I Oldtown.

Perjalanan nak ke kedai makan tu.. Ok la.. lalu perumahan, lalu kilang, tak leh blah sekali masuk area kelapa sawit. Aku lagi sekali WHATTTT!! Ape benda ni.. Dia cakap sabar aa dulu.. Muka aku dah macam tempoyak masam dah mase tu..Bukan ape.. mengantuk sebenarnya.. Haha.. 

Bila da sampai, aku blurr.. Amboii.. ramainya umat. Segala tok nenek orang makan kat sana. Melayu, Cina, India.. Yang bawak kancil sampai la BMW, suma makan kat sini.. Eh eh.. sedap sangat ke?




Haa.. gambar-gambar ni.. Credit pada google ye.. Aku pinjam :)
Sebab, mase ni lapar sangat, tak dan nak keluarkan kamera.. Lepas makan baru larat ambik gambar.. Itu pun gambo ini aje .. hihih


Ini sebelum

Ini selepas

Hambikk.. konon tak nak ambik sekor.. Sekali dengan tulang-tulang pun ko nak kokak eh? Dasarr... Masa ni hubby memang bantai gelak kat aku la. Sebab da tinggal tulang pun aku still gigit-gigit. Kot la tiba-tiba menjelma lagi sekor ikan ni.. Non hado.. Kitorang Rushing.. Huks.. Sedap aaaa....

Ok.. Jom teruskan perjalanan.. 





Masa lalu kat sini, ade kenangan sikit.. Huhu.. Bukan ape, masa kecik-kecik dulu.. Pernah datang sini dengan whole family.. Mase tu tahun 90an la, aku baru 2  tahun gitu.. Aku tak ingat pun, tapi penah tengok satu gambar tu. Mase tu mak pregnant adik nombor 3.Atok pun ada.. Sihat and handsome.Haihhh,, rindu.. How I wish, kitorang tak membesar.. Tapi kesian pulak, takkan mak nak mengandung selama-lamanya.. Dah tu adik tak keluar? Pastu ko tak kawen ke parahhhh.. Bengong..hahaha..

Dalam kol 2 lebih macam tu, sampai dah kat Evergreen Laurel Hotel Penang.. 


Not bad aaa.. Besar n selesa. Yang best depan hotel tu laut.. Boleh la kalau nak buat santai-santai petang.. Kat hotel tak ambik gambar. Sebab mata tak tahan nak tido. Hubby plak kene bersiap gi keje.. Haha.. Silakan pergi keje, seronok beta golek-golek macam dugong sampai ke senja.. Ahai~

Lepas tu hubby pun balik. Kami siap-siap nak pi makan pulak. Destinasi pertama, kat Padang Kota Lama.. Nak try pasemboq lah ape.. Ni lah dia kalau getaway mengejut. Tak buat homework langsung.. Malam ni je. Total damage is RM 90+ . Pasemboq pun dah RM 45.. Habes tersemboq hakak dengar.. Hahaha

Tapi tak kisah la jebat oii.. Bukan selalu.. Tapi malam tu best.. Makan dengan angin laut yang Subhanallah.. Kuat bukan main,, sampai senget-senget tudung aku...Ada video dia kat instagram.. Sila follow farahmadiha ye.. Sempat Eh Eh..

Nak tau macam mana kami habis dekat RM 100? Macam ni..Kami duduk je kat bangku tu. Lebih kurang 7 orang datang kerumun nak ambik order.Muka masing-masing boleh tahan bengis.. haha.. Ada yang jual nasi goreng lah.. Char kuey teow lah.. Air lah.. Sotong lah.. Last-last, sebab pening tak dapat berfikir, hubby laju-laju order Sotong kangkung,Sotong ketuk ngan air.. Aku pulak, sebab cemas, ter order char kuey teow. Pastu da setel, masing-masing terdiam nak nanges.. BANYAKNYE!!!! Pastu pasemboq yang order awal-awal tu pulak sampai!! Double nanges!!!



Apeda cameraman.. Gambar senget.. blurr lak tu.. nanges lagi~~ Tapi tu la, yang belah kanan atas tu pasemboq.. Tu nak habaq kat korang, kalau beli pasemboq kat sini, berpada-pada la.. Diorang ni bagi pinggan beso, sampai tak sedar diri kita ambik.. Last-last merana nak habiskan. Tapi.. Tak de hal.. Aku boleh habis kan ape.. Hubby surrender.. Memang ngelat betul.. T_T

Lepas 2 jam duduk kat situ, semua makanan habis disumbat dengan jayanya.. Bagus, esok tu aku sembelit! Muahahaha... Hampeh kuasa dua betul. Dah lah Herblax Shaklee tak bawak.. Adoi doi doi --

Lepas makan, kami ambik angin sat kat laut tu.. Best betul, ramai je yang lepak-lepak kat sini. Dalam kol 1 pagi, kami pun beransur la balik.. Sebab pagi esok hubby keje.. 

Eh macam panjang sangat la pulak.. Kita sambung Part II nanti eh... 
Bubyee.. Assalamualaikum...



No comments:

Post a Comment