Pages

Thursday, January 29, 2015

Great Esape : Penang Getaway part II

Assalamualaikum semua..

Hari ke 2 kat Penang, tak banyak aktiviti, sebab hubby kerja. Kata nak ikut orang outstation kan? Merase lah ko.. Hehe.. Actually tak kisah, sebab hobi aku ialah tido. Bayangkan baring atas katil empuk sampai tenggelam satu badan, selimut tebal, aircorn 24 jam, sambil tengok movie kegemaran. Perkhhh.. tak jalan-jalan pun tak pe ah! 

Gateway kali ni more like makan-makan dan berehat aje. Sebab kesuntukan masa kan. Janji boleh relax dengan selesa, tak kisah.. Tapiiiii, one thing yang aku menyampah is the housekeeping! Berani-berani ye nak msuk bilik tanpa kebenaran! Heppp sangat.. Seb baik laaaa aku sendal pintu, kalau tak, memang tak tau la.. Makan selipar agaknya korang..

Sepanjang aku duduk mana-mana hotel, tak pernah lagi housekeeping tiba-tiba masuk bilik. Aku tak de la gantung " please tidy up room ke " apa. Walaupun aku tak gantung " do not disturb " tu, ko still tak berhak masuk. Dah tau orang ade dalam tu kan! Bayangkan, dia ring bell banyak kali then terus bukak pintu.. Bila sangkut kat lock, still try nak bukak.. Ko pehal?! Konfem lah  orang ade dalam bilik tu, nak jugak masuk. Eiii, tak paham la aku. Dah la lelaki pulak tu.Memang mengganggu privacy dan TAK betul. 

Ok, taknak cerita pasal tu. Moving on to makan malam. Eh,, breakfast, lunch takde? Skip Dinner terus.. Hehe

Dalam kol 10, kami pi makan nasi kandar.Sebab dalam news cakap "line clear" dah clear, kitorang terus ke Nasi Kandar Beratur kat sebelah Masjid tu. Baru 15 minit berduyun orang beratur, agaknya pukul berapa diorang sampai eh?

Tapi tak pe, servis laju, tunggu pun kejap aje. Alhamdulillah.. Makan untuk 2 orang malam tu RM 51 gitu. Sekali lagi aku tersemboq! Hubby kata standard ni harga ni.. Aku cam.. pffttt.. Kaya-kaya orang penang ni eh.. Nasi kandar lagi mahal dari Nandos T_T

Aku ambik ( ayam + 2 ekor udang ) hubby makan ( kambing + 2 ekor udang ) ok fine, udang mahal.. Seekor RM 8.. Ok fine.. Kesian aku terkejut-terkejut makan kat Penang..hahahaha. Seb baik, memang sedap.. Berbaloi la dengan harga nya.. Kalau duduk Penang, tak leh makan selalu, nanti botak laki masing-masing.. Ini first time makan nasi kandar, sebab kat KL aku memang tak pandang sebab prejudis sikit.. Ok la, best!

Lepas makan, kami ronda-ronda kawasan sekejap, pastu balik. Sempoi gila kan, datang Penang makan je.. Hehe.. Tapi satu benda jela, setiap kali tengah makan. selang 10 minit, akan ada gelandangan minta sedekah. Ramai jugak la aku nampak.. Kesian, sorang dua boleh le nak bagi, da 10 orang, aku lambai jela. Huhu.. Ade tu, bila tak bagi duit, dia tiba-tiba mengamuk..Haha.. maki-maki la ape, siap cakap " korang makan sedap, 50 sen pun tak boleh bagi. Apa la penting diri, etc2" haiyooooo... Ini macam pun ada kaaa..

Gitulah hari ke dua kami, siang kerja , malam makan+ jalan-jalan. Hari ke 3, kami naik feri terus balik KL.Oh best, naik feri dari pulau tak kena caj..Jimat-jimat.. 

Sampai KL Hubby drop aku kat rumah, then dia terus pergi office, meeting.. Aku pulak, balik tido sebab malam tu kerja semula :)

Psstt : Semoga berpeluang ke Penang lagi. Kali ni, nak ronda-ronda pulau puas-puas. Tang makan, dah ade experience, so akan lebih berhati-hati next time. Kesimpulannya : Penang still best! 

Till then .. Assalamualaikum


No comments:

Post a Comment