Pages

Thursday, January 29, 2015

Great Esape : Penang Getaway part II

Assalamualaikum semua..

Hari ke 2 kat Penang, tak banyak aktiviti, sebab hubby kerja. Kata nak ikut orang outstation kan? Merase lah ko.. Hehe.. Actually tak kisah, sebab hobi aku ialah tido. Bayangkan baring atas katil empuk sampai tenggelam satu badan, selimut tebal, aircorn 24 jam, sambil tengok movie kegemaran. Perkhhh.. tak jalan-jalan pun tak pe ah! 

Gateway kali ni more like makan-makan dan berehat aje. Sebab kesuntukan masa kan. Janji boleh relax dengan selesa, tak kisah.. Tapiiiii, one thing yang aku menyampah is the housekeeping! Berani-berani ye nak msuk bilik tanpa kebenaran! Heppp sangat.. Seb baik laaaa aku sendal pintu, kalau tak, memang tak tau la.. Makan selipar agaknya korang..

Sepanjang aku duduk mana-mana hotel, tak pernah lagi housekeeping tiba-tiba masuk bilik. Aku tak de la gantung " please tidy up room ke " apa. Walaupun aku tak gantung " do not disturb " tu, ko still tak berhak masuk. Dah tau orang ade dalam tu kan! Bayangkan, dia ring bell banyak kali then terus bukak pintu.. Bila sangkut kat lock, still try nak bukak.. Ko pehal?! Konfem lah  orang ade dalam bilik tu, nak jugak masuk. Eiii, tak paham la aku. Dah la lelaki pulak tu.Memang mengganggu privacy dan TAK betul. 

Ok, taknak cerita pasal tu. Moving on to makan malam. Eh,, breakfast, lunch takde? Skip Dinner terus.. Hehe

Dalam kol 10, kami pi makan nasi kandar.Sebab dalam news cakap "line clear" dah clear, kitorang terus ke Nasi Kandar Beratur kat sebelah Masjid tu. Baru 15 minit berduyun orang beratur, agaknya pukul berapa diorang sampai eh?

Tapi tak pe, servis laju, tunggu pun kejap aje. Alhamdulillah.. Makan untuk 2 orang malam tu RM 51 gitu. Sekali lagi aku tersemboq! Hubby kata standard ni harga ni.. Aku cam.. pffttt.. Kaya-kaya orang penang ni eh.. Nasi kandar lagi mahal dari Nandos T_T

Aku ambik ( ayam + 2 ekor udang ) hubby makan ( kambing + 2 ekor udang ) ok fine, udang mahal.. Seekor RM 8.. Ok fine.. Kesian aku terkejut-terkejut makan kat Penang..hahahaha. Seb baik, memang sedap.. Berbaloi la dengan harga nya.. Kalau duduk Penang, tak leh makan selalu, nanti botak laki masing-masing.. Ini first time makan nasi kandar, sebab kat KL aku memang tak pandang sebab prejudis sikit.. Ok la, best!

Lepas makan, kami ronda-ronda kawasan sekejap, pastu balik. Sempoi gila kan, datang Penang makan je.. Hehe.. Tapi satu benda jela, setiap kali tengah makan. selang 10 minit, akan ada gelandangan minta sedekah. Ramai jugak la aku nampak.. Kesian, sorang dua boleh le nak bagi, da 10 orang, aku lambai jela. Huhu.. Ade tu, bila tak bagi duit, dia tiba-tiba mengamuk..Haha.. maki-maki la ape, siap cakap " korang makan sedap, 50 sen pun tak boleh bagi. Apa la penting diri, etc2" haiyooooo... Ini macam pun ada kaaa..

Gitulah hari ke dua kami, siang kerja , malam makan+ jalan-jalan. Hari ke 3, kami naik feri terus balik KL.Oh best, naik feri dari pulau tak kena caj..Jimat-jimat.. 

Sampai KL Hubby drop aku kat rumah, then dia terus pergi office, meeting.. Aku pulak, balik tido sebab malam tu kerja semula :)

Psstt : Semoga berpeluang ke Penang lagi. Kali ni, nak ronda-ronda pulau puas-puas. Tang makan, dah ade experience, so akan lebih berhati-hati next time. Kesimpulannya : Penang still best! 

Till then .. Assalamualaikum


Great Escape : Penang Getaway Part I

Assalamualaikum..

Semua orang tahu, Penang adalah syurga makanan.. Teringin betul nak ke sana.. Makan laksa, pasemboq, nasi kandar.. Ahh.. semua lah!

Nak dijadikan cerita, hubby kene outstation ke sana 26/1-28/1 .. Hahah.. Ini peluang baekk.. Sebelum hubby ajak, kita dah cakap nak ikut siap-siap.. Terus dia cakap OK! Takkan tak ok kan.. hoho

Pagi tu lepas balik kerja ( btw, saya keje malam ), kami sarapan siap-siap. Gerak dalam pukul 8.30 pagi. Tapi paling tak leh blah husband mengantuk tahap dewata. Arrghh, tak dapat ku membuta barang sesaat dua pun. Asal nak lelap je, boleh rasa kereta terhujung hayang.. I is geram!! Pastu mata dia mula la layu-layu.. Halahaiiii... Mata mengantuk, terpaksa ku tahan Jebat!

Sampai kat Juru ngam-ngam time lunch hour. Perut pun dah mengamuk mase tu, mata rabak, muka dah selebet tahap ape tak tahu lah. Dia ajak makan tengahari. So lets.. Dia kata nak makan ikan bawal goreng kat Juru Auto City.. Me like.. Hek eleh, datang jauh-jauh tapi makan ikan.. Apo lah.. Tapi dek kerana beliau cakap sedap dah sejuta kali.. Ok jom.. Tak sedap kang belanja I Oldtown.

Perjalanan nak ke kedai makan tu.. Ok la.. lalu perumahan, lalu kilang, tak leh blah sekali masuk area kelapa sawit. Aku lagi sekali WHATTTT!! Ape benda ni.. Dia cakap sabar aa dulu.. Muka aku dah macam tempoyak masam dah mase tu..Bukan ape.. mengantuk sebenarnya.. Haha.. 

Bila da sampai, aku blurr.. Amboii.. ramainya umat. Segala tok nenek orang makan kat sana. Melayu, Cina, India.. Yang bawak kancil sampai la BMW, suma makan kat sini.. Eh eh.. sedap sangat ke?




Haa.. gambar-gambar ni.. Credit pada google ye.. Aku pinjam :)
Sebab, mase ni lapar sangat, tak dan nak keluarkan kamera.. Lepas makan baru larat ambik gambar.. Itu pun gambo ini aje .. hihih


Ini sebelum

Ini selepas

Hambikk.. konon tak nak ambik sekor.. Sekali dengan tulang-tulang pun ko nak kokak eh? Dasarr... Masa ni hubby memang bantai gelak kat aku la. Sebab da tinggal tulang pun aku still gigit-gigit. Kot la tiba-tiba menjelma lagi sekor ikan ni.. Non hado.. Kitorang Rushing.. Huks.. Sedap aaaa....

Ok.. Jom teruskan perjalanan.. 





Masa lalu kat sini, ade kenangan sikit.. Huhu.. Bukan ape, masa kecik-kecik dulu.. Pernah datang sini dengan whole family.. Mase tu tahun 90an la, aku baru 2  tahun gitu.. Aku tak ingat pun, tapi penah tengok satu gambar tu. Mase tu mak pregnant adik nombor 3.Atok pun ada.. Sihat and handsome.Haihhh,, rindu.. How I wish, kitorang tak membesar.. Tapi kesian pulak, takkan mak nak mengandung selama-lamanya.. Dah tu adik tak keluar? Pastu ko tak kawen ke parahhhh.. Bengong..hahaha..

Dalam kol 2 lebih macam tu, sampai dah kat Evergreen Laurel Hotel Penang.. 


Not bad aaa.. Besar n selesa. Yang best depan hotel tu laut.. Boleh la kalau nak buat santai-santai petang.. Kat hotel tak ambik gambar. Sebab mata tak tahan nak tido. Hubby plak kene bersiap gi keje.. Haha.. Silakan pergi keje, seronok beta golek-golek macam dugong sampai ke senja.. Ahai~

Lepas tu hubby pun balik. Kami siap-siap nak pi makan pulak. Destinasi pertama, kat Padang Kota Lama.. Nak try pasemboq lah ape.. Ni lah dia kalau getaway mengejut. Tak buat homework langsung.. Malam ni je. Total damage is RM 90+ . Pasemboq pun dah RM 45.. Habes tersemboq hakak dengar.. Hahaha

Tapi tak kisah la jebat oii.. Bukan selalu.. Tapi malam tu best.. Makan dengan angin laut yang Subhanallah.. Kuat bukan main,, sampai senget-senget tudung aku...Ada video dia kat instagram.. Sila follow farahmadiha ye.. Sempat Eh Eh..

Nak tau macam mana kami habis dekat RM 100? Macam ni..Kami duduk je kat bangku tu. Lebih kurang 7 orang datang kerumun nak ambik order.Muka masing-masing boleh tahan bengis.. haha.. Ada yang jual nasi goreng lah.. Char kuey teow lah.. Air lah.. Sotong lah.. Last-last, sebab pening tak dapat berfikir, hubby laju-laju order Sotong kangkung,Sotong ketuk ngan air.. Aku pulak, sebab cemas, ter order char kuey teow. Pastu da setel, masing-masing terdiam nak nanges.. BANYAKNYE!!!! Pastu pasemboq yang order awal-awal tu pulak sampai!! Double nanges!!!



Apeda cameraman.. Gambar senget.. blurr lak tu.. nanges lagi~~ Tapi tu la, yang belah kanan atas tu pasemboq.. Tu nak habaq kat korang, kalau beli pasemboq kat sini, berpada-pada la.. Diorang ni bagi pinggan beso, sampai tak sedar diri kita ambik.. Last-last merana nak habiskan. Tapi.. Tak de hal.. Aku boleh habis kan ape.. Hubby surrender.. Memang ngelat betul.. T_T

Lepas 2 jam duduk kat situ, semua makanan habis disumbat dengan jayanya.. Bagus, esok tu aku sembelit! Muahahaha... Hampeh kuasa dua betul. Dah lah Herblax Shaklee tak bawak.. Adoi doi doi --

Lepas makan, kami ambik angin sat kat laut tu.. Best betul, ramai je yang lepak-lepak kat sini. Dalam kol 1 pagi, kami pun beransur la balik.. Sebab pagi esok hubby keje.. 

Eh macam panjang sangat la pulak.. Kita sambung Part II nanti eh... 
Bubyee.. Assalamualaikum...



Monday, January 26, 2015

Water Pitcher : Portable water filter ketika travel !! Ohsem..

Assalamualaikum..
Hi Semua.. 

Harini kita bersiaran dari Pulau Pinang pulak ye. Tukaq angin skett orang cakap.. Walaupun bercuti, bisnes tak boleh cuti okey. Ramai customer tercari-cari nanti..

Fara nak tanya kat korang semua.. Apa yang paling penting untuk dibawa masa travel/camping/balik kampung? Selain pakaian? Siapa boleh jawab? Hehe.. Jawapannya.. FILTER AIR!!!! Aik.. Nak angkut FILTER AIR? Buang tebiat. Berat kot.. Aih...

Kalau kat rumah, selalunya kita akan ada filter air untuk pastikan air yang kita minum bersih dan selamat. Ataupun, kalau takde filter, kita jerang je air. Setel!
Tapi kenapa masa travel, kita tak ambil port pun pasal ni? Ohh.. kat hotel ade cerek elektrik, masak je air.. Ataupun, beli je air mineral.. Kan Senang! 

Well, ia bergantung kepada selera masing-masing.. Tapi, Fara nak share sikit, kenapa FILTER AIR penting semasa travel/on the move.

  1. Kos untuk beli air mineral tinggi - Bayangkan kita bercuti dengan family, berapa kos yang diperlukan untuk beli air mineral untuk semua orang bagi 3 hari 2 malam?
  2. Ragu-ragu dengan cerek kat hotel - Mostly hotel ade bekalkan cerek, tapi pernah kita check tak condition cerek tu? Samaada still sesuai digunakan atau tak. Fara pernah dapat cerek yang berkerak2 kat dasarnya... Ewww,, I is geli!!!
  3. Hotel tak ada cerek dalam bilik (backpackers)
  4. Mustahil nak bawak stok air bersih dari rumah. Berat kot...
  5. Certain kawasan, airnya kotor dan bau klorin yang kuat.
  6. Air yang bersih untuk bancuh susu baby dan toodler - Air kotor boleh buat baby cerry berry sebab perut diorang tak kuat.
  7. Dan lain-lain sebab yang mendatangkan munasabah..hehe
Haa..make sense tak sekarang? Penting kan Filter Air ni.. Dan disebabkan itu, Fara dah aim dah WATER PITCHER SHAKLEE nih.. Ape? Ingat Shaklee jual vitamin je ke? Eheh..



Nin dia si pujaan hati.. Bagi Fara, Water Pitcher ni Simple,Selamat,Teror gilaa Murah, Mesra alam, Praktikal dan Ringan.. Senang cerita, memang TERBAIKKKKKKK!!



Meh Fara cerita, apa yang menariknya Water Pitcher Shaklee ni.

SELAMAT - Terbukti dapat menyingkirkan kandungan plumbum dan bendasing dalam air. Diiktiraf oleh WQA ( Water Quality Assosiation )

HANDAL - Setiap penuras mampu menuras sehingga 303 liter iaitu dua kali ganda lebih banyak dari jenama lain dan jangka hayat 1 penapis ialah 4 bulan. 

PILIHAN BIJAK - No more air botol.Menjimatkan kos! Dengan hanya beberapa sen seliter, kita kini mampu minum air yang bersih dan berkualiti. Smart meter akan beritahu anda, jika penuras perlu ditukar. No more agak-agak.



Haa.. kalau penuras perlu ditukar, jangan pulak korang buang semua pulakkk.. Just gantikan Blok-Carbon ni je.. Cover tu boleh guna semula.. Jimat kan?  


Kajian daripada WQA dan NSF
Haa.. macam mana? Dah jatuh hati ke belum? Hampir? Heheh... Jom kita tengok, apa kata pengguna Water Pitcher ni..

Testimoni ni saya jumpa kat sini dan sini :






Haa.. kalau nak guna kat rumah pun OK jugak.. Yelah, harga Filter air pun bukannya murah. Mahal gila. Cheq pun tak mampu.. Kita pakai Water Pitcher jela dulu iyee bang.. Uhukkk... Tapi best, takyah masak air. Tadah je air paip, dia tapis, boleh minum.. Bagus jugak untuk org pemalas macam I..hahah

Haa.. korang macam mana? Nak try Water Pitcher Shaklee yang best ni? Starter kit tak sampai RM 450 pun.. Caye tak? 

Starter kit ada :

1 Filter set - 3 pack
1 Housing kit - 1 cover + 1 filter
1 jug

Total 4 filter. Boleh tahan dekat setahun jugak tu.. Memang menjimatkan.

Nak beli Water Pitcher/Produk Shaklee/ tanya soalan.. Boleh contact Fara ANYTIME :)

Your Trusted SID
FARAH MADIHA | ID : 925875
SMS | WHATSAPP : 0162156763
INSTAGRAM : farahmadiha
FACEBOOK : FARAH MADIHA MD ZIN & D'Health Studio

Later Readers ... Assalamualaikum

Thursday, January 1, 2015

Lindungi fungsi hati dengan DTX Complex!

Assalamualaikum..
Salam kepada semua..

Tahukah anda?

Hari adalah organ terbesar dalam tubuh manusia dan berupaya untuk membina semula.
"Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh merosakkan hati, tetapi hati ini istimewa. Ia mampu membaiki organnya sendiri"

Berikut adalah fungsi-fungsi hati:

  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.



Kandungan DTX Complex Shaklee

Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (milk thistle seed) 
  • Proses ekstrak untuk mendapatkan silymarin yang kaya dengan anti-oksida
  • Melindungi hati daripada toksin,dadah, racun, bahan kimia dsb.
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  • Mencegah batu karang
  • Mencegah ekzema
Artihoke
  • Membina semula sel-sel hati
  • Merangsang pengaliran hempedu
Dandelion
  • Meningkatkan fungsi hati. Sangat berguna ketika berlaku kebengkakan hati (hepatitis) da jaundis.
  • Membantu penghadaman 
  • Mencegah batu karang
  • Bertindak sebagai julap bagi masalah sembelit
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi - menentang anemia
  • Merendahkan paras kolesterol dalam darah
Kunyit (turmeric)
  • Mengandungi bahan anti oksida
  • Meningkatkan kesan anti keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan.
Reishi mushrooms (ling zhi)
  • Membina imun
  • Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
  • Mengurangkan keletihan yang kronik
  • Membantu mencegah penyakit jantung
Schizandra
  • Mengandungi bahan anti oksidan
  • Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoks serta memperlahankan pembentukan toksin.

Umum kita tahu, seperti organ-organ yang lain, hati juga mempunyai peranan yang sangat penting. Jadi, marilah kita lebih peka terhadap tubuh sendiri dan menjaga ia sebaiknya :)

Bagi mereka yang gemarkan minuman beralkohol, anda pasti mahu mulakan langkah pertama untuk melindungi hati anda..

MAKLUMAT PENTING!!
  • 1 botol - 90 biji
  • Harga - RM 135 (termasuk postage)
  • Cara order 
    1. SMS / Whatsapp FARA : 016 215 6763
    2. Nyatakan order/soalan etc
    3. Buat bayaran ke akaun bank FARA
    4. Printscreen/Capture dan kemukakan bukti pembayaran
    5. Once dan verify pembayaran, Fara akan terus order pada hari yang sama * + consult cara nak consume
    6. Korang akan dapat parcel dalam 2 hari bekerja 

* Order sebelum 12 tengahari insyaallah boleh dapat keesokan harinya. Bagi Semenanjung Malaysia


Thanks for Reading folks

Psstt : Tinggalkan LINK blog korang kat bahagian komen dan/atau CBOX ( di bahagian kanan blog ini ). Insyaallah akan dihubungi untuk giveaway yang bakal diadakan.

Till then .. Assalamualaikum


Atasi Sembelit dengan Herb-Lax Shaklee

Assalamualaikum..
Salam to all..

Lately ramai yang PM tanyakan pasal Herblax ni..
Tiba-tiba ''julap'' ni ramai peminat ye.. hihi
Kalau sesiapa yang belum tahu, haaa.. Herblax ni terbukti berkesan sebagai pelawas. Jadi sesiapa yang ada masalah sembelit memang elok sangat la consume Herblax ni.

Sembelit ni boleh dikatakan masalah 'biasa'. Dari sekecil-kecil anak sampai la pada tok nenek, mesti pernah rasa seksa bila sembelit ni.
Antara penyebabnya.. Tak lain tak bukan, PEMAKANAN,kurang minum air dan beberapa faktor lain.

Walaupun biasa, kita kene la aware jugak, sebab sembelit ni boleh lead kepada masalah yang lagi serius seperti buasir. Iskk.. nak tepek gambar kat sini, sendiri rasa ngeri. So, hangpa google jela naaa...



Mengandungi 9 herba semulajadi :
  • Senna leaves
    • Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut.
    • Mempercepatkan proses detoks
    • Mengurangkan penyerapan lemak
  • Buckhorn bark
    • Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan.
    • Melembutkan usus
  • Licorice root
    • Membantu proses detoks
  • Fennel seeds
    • Mengeluarkan toksin terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol
    • Membantu proses pencernaan serta berkesan untuk mengatasi sembelit dan kembung perut.
  • Anise seeds
    • Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  • Rhubarb root
    • Herba ini banyak digunakan dalam perubatan cina sebagai antibiotik
  • Blue malva flower
    • Membantu proses detoks dan mengimbangi tekstur kulit
  • Culver's root
    • Membantu masalah lebihan air dalam badan
  • Alfalfa leaves
    • Membersihkan usus, darah dan hati
Manfaat Utama Herblax Shaklee
  • Pembersihan najis tersekat
  • Mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut

Perhatian !!!
Individu yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit birit pada peringkat awal. Bagi yang normal, kesannya dapat dirasai dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.

psst : Cheq ambil sebelum tidur. Pagi-pagi besok dah "setel" ehem 


MAKLUMAT PENTING!!
  • 1 botol - 120 biji
  • Penggunaan bila perlu sahaja.
  • Harga - RM 52 (termasuk postage)
  • Cara order 
    1. SMS / Whatsapp FARA : 016 215 6763
    2. Nyatakan order/soalan etc
    3. Buat bayaran ke akaun bank FARA
    4. Printscreen/Capture dan kemukakan bukti pembayaran
    5. Once dan verify pembayaran, Fara akan terus order pada hari yang sama * + consult cara nak consume
    6. Korang akan dapat parcel dalam 2 hari bekerja 

* Order sebelum 12 tengahari insyaallah boleh dapat keesokan harinya. Bagi Semenanjung Malaysia


Thanks for Reading folks

Psstt : Tinggalkan LINK blog korang kat bahagian komen dan/atau CBOX ( di bahagian kanan blog ini ). Insyaallah akan dihubungi untuk giveaway yang bakal diadakan.

Till then .. Assalamualaikum