Pages

Thursday, August 9, 2018

Holiday : Langkawi Day 1 & 2

Olaa!

April lepas kami ke Langkawi. Kenapa baru nak cerita? Sebab aku terlupa. Haha
Ingatkan dah gebang cerita ke Langkawi. Rupanya tu dalam Facebook!
2 hari post tu pun hilang. Adoi!

So, kita ulang la balik cerita kat sini..
Kot ade yang miss part haritu. hee~

Pagi tu kitorang bertolak dalam jam 10 pagi.
Sebab bawa si kecik ni, kita nak la perjalanan yang smooth tanpa amukan atau ape. Bagi dia tido puas-puas. Then kita gerak.
So kita tido sehari kat Jeti.
Oh ye, kami pi Langkawi drive ye. Bawak kereta sendiri masuk. Sebab barang nak bawak bukan sikit. Dengan luggage, stroller. Okey done with alasan.
Yang sebenarnya, seram fikirkan barang yang nak bawak keluar tu.Takut tak terbawak. Naik flight kang berkilo-kilo pulak tambah.
Lepas timbang kati.. Ahhh, kita bawak kereta jelah senang.

Sampai Jeti Kuala Perlis dalam pukul 5 macam tu. Terus check in.
Ambik hotel betul-betul dekat depan Jeti.
Meriah! Ada orang jual-jual. 
Malam boleh makan ikan bakar.
Lepas makan boleh lepak-lepak. Ada ride kuda jugak.
Miman suka betul naik kuda. RM 5 per ride



Happy baby.
Budak baik tak meragam pun.

Details :

Hotel : T hotel ( Jeti Kuala Perlis - Depan Jeti )
Rate : RM 80 ++ 
Rating : 7/10
Easy access, dekat dengan masjid dan jeti (walking distance), Dekat dengan tempat makan.

Restoran 
KomaLaut. Ada banyak Restoran ikan bakar

Entertainment
Horse Ride. RM 5 per car ( ride dalam 5 minit sahaja )

Day 2

Breakfast kat area hotel.
Ada banyak kedai sebab depan jeti kan.
Kena alert, ada tuan kedai yang open pakej-pekej kat Langkawi.
Macam pakej pi cable car, wildlife park.
Selalunya harga diorang lebih murah. Maybe sebab agen atau apa aku tak pasti.

Kami tak ambik dengan diorang.
Sebab first time. Takut kena tipu pun ye.
Tapi tak tahulah. Nak selamat pergi tempat yang nak dituju. 
Lepastu beli la pakej kat sana.
Tak payah lalu agen-agen ni.






Jam 11 pi booth Langkawi express untuk check in.
Booth ni kecik saje.
Dekat sebelah masjid jeti.
Jam 12.30 tengahari dah boleh masuk feri.
Feri besar, luas paling best, TAK RAMAI ORANG. hehe
Miman punya lah hepi, kehulu kehilir macam feri apak dia. haha

Perjalanan ambil masa 2 jam lebih.
Kalau lapar jangan risau. Diorang ada bukak kedai dalam tu.
Tapi makanan simple jelah
Megi cup, roti bakar, jajan..
Sampai Langkawi baru makan heavy la ye.

Sampai Jeti Tanjung Lembung, kitorang terus check in hotel.
Bilik so nice dan besar dan murah. Haha
Tu yang penting, murah.
5 minit ke pantai Chenang.
Terkejut dalam bilik ade fridge besau. Macam tau je nak pi borong coklat. hahahampeh..








Petang tu aktiviti paling best.
Lepak Dataran helang, Makan laksa Penarak dannnn SHOPPING!
Eleh, yang best tang makan dengan shopping je.
Dataran Lang tu wajib datang ambik pic seketul pastu post FB.
Baru stalker ko tahu ko pi Langkawi. Boleh la stalker buat modal membawang. kah!
Sebab jahat sangat ambik gambar helang dengan niat nak post FB je, mak terkena balasannya.
Masa makan laksa, Iman tarik mangkuk habis basah kelengkang. cheh!
Berbau laksa mak ko Iman oiii..
Tapi tu tak mematahkan semangat mak untuk pi shopping lepas makan.
Mak tak sengaja terbawa keluar 2 troli kat HIG.
Bau laksa pun pedulikkan.
Terkesima mall dia besar sangat kot. eh?
haha

Oh ye, masa kat Dataran Lang tu mak bengkek je ngan se-group 'tourist' ni. Sengal nak matik. Aku tengah tangkap pic dengan miman, boleh dia nak selpi gaya babun, tangan dia yang pegang fon bebetul depan idong aku. 
Aku anjak sikit lah, dia rapat, aku anjak sikit lagi, dia datang rapat. Wahh kau ni!

Hadoyaii, nak ambik gambar ambik jelah. Yang depan batang idong aku gak ko nak pose apsal. Aku sound dia sejibik. Dia cakap, " oww.. many sorry akka, I want to take bird picture. So nice view from here." 

Bird tok kau!
B****
Haha.. Geram aku. Kan dah kene caruts depan aku. Bengkek je aku rasa masa tu. haha

Enjoys gegambar dulu ye. Nanti aku cerita day 3 & 4. Lagi best! Miman kecoh aaa, dia berak! Later peeps :)












No comments:

Post a Comment