Assalamualaikum..
Cakk!
Haa.. Kan dah cakap.. Aku mesti sambung punya entry yang lepas.
Hehe.. Entry tu panjang sangat la pulak. Takut pening korang baca :)
So kali ni, aku nak kongsi info dan tips berguna.
Tak banyak, tapi ada la a few yang boleh korang timbang-kati kan ..eheh
Pengambilan supplement semasa hamil
Haa.. bab ni memang penting. Bukan sebab aku jual supplement tau. Sebab orang pregnant ni memang perlukan perisai tambahan. Almaklum lah, serba serbi tak cukup kan. Eley, kalau pregnant memang klinik bagi ubat apee..
Jadi, nampak kan keperluannya?
Paling basic, kita perlu ambik 4 benda ni :
1. Vitamin C
Ni penting tau. Untuk kuatkan badan kita masa pregnant ni. Alhamdulillah, since awal pregnant, aku tak pernah demam, selesema ke ape. Tak pernah :)
2. Iron tablet (Vitalea)
Tak silap yang ni untuk mantainkan HB. HB aku mantain 11 dan keatas dari awal. Tak pernah ade masalah bab HB ni. Kalau HB low, bahaya, boleh pitam tau. Take note mommies
3. Kalsium tablet (Ostematrik)
Tak perlu di war-warkan lagi. Ni penting untuk kesihatan tulang si ibu ye. Berkesan mencegah muscle cramp, "simpul biawak" dan sakit belakang yang extreme :)
4. Asid Folic (B-complex)
Ini penting bagi menstabilkan emosi ibu dan kandungan asid folic mencegah kecacatan kepada bayi dalam kandungan.
Elakkan demam kuning/ jaundice pada bayi
Masa mengandungkan Iskandar, kakak ipar ada bagitahu cara nak elakkan baby daripada kena demam kuning. Anak beliau aka Anak buah pengarang jantung aku si Luth memang tak kena kuning. Jadi, petua beliau adalah VALID! hehe
Amalkan makan madu 1 sudu dan jus pati delima setiap hari tanpa gagal. SIL aku makan buah delima fresh tu. Tapi aku takleh go la pulak makan buah delima ni. Rasa macam gigih semacam je kan, dengan biji-biji segala. Haha..
Jadi aku pi beli jus pati delima je. Sonang :)
So far petua ni menjadi dekat 2 orang.. Jadi, boleh la kalau-kalau korang nak ikhtiar. Mana tau menjadi jugak kat baby korang kan.
Oh ye, 2 minggu sebelum due, paksa laki korang belikan air kelapa fresh tau! Tanpa gula dan ais. Insyaallah, nanti kulit baby akan bersih dan cantik. Hadam ayat aku. PAKSA ye :p
Pilihan tempat bersalin
Tudiaa.. part ni memang best. Boleh jadi modal nak show off ye dak? hikhik..
Soalan feveret,
"weh, bersalin mana?"
"Prince court je!"
Wow sangat uolls...
Nasihat aku bagi adik-adik atau korang-korang semua. Pilih ikut KEMAMPUAN. Kalau ada bajet lebih, pilih la swasta, kalau bajet jenis ngam-ngam sui.. Hospital kerajaan pun not bad weh..
Ramai nak bersalin kat tempat yang glemer-glemer. Tapi, fulus kurang.Kesian laki korang berhutang sana sini nak langsaikan bil hospital. Kalau swasta ni, bersalin normal pun dah riban-riban. Ni kan pulak kalau czer. Boleh luruh bulu semua ..kikiki
Btw, aku macam pelik sikit, kawan aku yang bersalin hospital swasta semua kene czer. Kebetulan ke? Suddenly emergency la hape.. hmm..
Aku bersalin kat hospital kerajaan. Hospital Ampang. Asal Ampang je bunyi macam glemer. Hehe..
Bil aku tak sampai RM 50 ye. Wad selesa, 1 bilik bersalin 1 orang.. Ok la tu.
Nak duduk 1 malam je pun.
Kalau kat swasta ade pakej bersalin tak rasa sakit. Akak sanggup je bayar. Haha.. Tapi kalau bayar riban-riban, rasa sakit jugak, baiklah akak pilih untuk berjimat.
Again.. Pilihan dan kemampuan masing-masing. Kekadang, orang luar ni yang sebok-sebok bakar line. Kita dari elok-elok terus rasa nak show off beranak kat hospital paling mahal.. Haha.. I feel you ;p
Jangan lupa buka buku pink kat Klinik Ibu dan Anak
Ni pun penting ye adik-adik. Walaupun tak plan nak bersalin kat hospital kerajaan. In case ada emergency senang. Aku dulu bukak buku minggu ke-16.Lambat gila. Konon nak skip minum air gula yang pertama la. Nan hadoo... Kene jugak. Siap kene extra sekali lagi pulak tu! huhh! Sebab sample darah aku rosak.. Masa tu stress! Orang minum air gula 2 kali. Aku 3 kali. Sodap.. Werghh
Haa.. Ape lagi tips yang korang nak eh?
Drop je komen kat entry ni, nanti insyaallah aku akan jawab secepatnya :)
Oh ye, sebelum terlupa..
Kalau sesiapa nak tanya pasal set hamil dan berpantang Shaklee, boleh whatsapp aku ye. Super best price untuk reader blog ni.
Love u all..
Semoga bermanfaat :)
Mama Iskandar
0162156763
No comments:
Post a Comment