Pages

Saturday, November 5, 2016

"Perkhidmatan delivery mengejut" by reenflowersurprise

Assalamualaikum..
Selamat petang semuanya :)

23 Oktober lepas ialah hari jadi incik Husband yang ke tuttt tahun..
Biasa lah.. Bila menginjak usia-usia gini.. Masa pun mula lah cemburu buta..
Busy memanjang.

Bayangkan.. Sejak kawen sampai sekarang.. Asal time birthday je, kami mesti kene kerja.
Memang tak pernah la sambut ontime masa cuti.
Tak dia kerja, aku lah yang busy.
Kesian...
Time couple tu hamboi kau.. Sanggup ni ambik cuti semata nak celebrate...
Sekarang? Ada ko kesah sambut besday lambat berhari-hari?
kekekekek...

So, tahun ni.. Dah ada boboy baru.. Semangat dia lain macam sikit.
Nak la appreciate husband yang banyak berkorban melayan aku yang banyak songeh dari awal mengandung sampai laaaa lahirkan Iskandar..
Peel aku macam-macam okeh..
Kalau jenis yang tak tahan.. Memang lama dah dia caboot.. Hiks

Jadii... 
Aku pun gigih la mencari Surprise Delivery Services yang boleh mengejutkan husband aku ni.
Dah la besday hari ahad.. 
Keje pulak tu. Dia kene jaga booth kat Homedec KLCC..
Delivery service ni mostly tak buat keje hari ahad. Kalau ada pun, upah dia...subhanallah mahal.. :(

Cari punya carik..
Jumpa la 2 3 orang ni..
Yang satu ni ade kedai florist. Boleh la nak delivery ke KLCC nuunn...
Tapi halahai.. CEKIK DARAH kot!
Ade ke bunga 3 kuntum.. Coklat murah 5 ketul RM150  ??!
Nak kaya cepat ke bang? Reject!
Apa, bunga dia buat dari emas ke.. Ish ish ish
Coklat dah la cloud nine ngan kitkat je! Wei, modal ko tak sampai RM30 pun lah..

Pastu jumpa la FB sorang akak ni..
Dia takde kedai... Buat servis ni dari umah je..
Gubahan boleh tahan..
Tak kedekut coklat
Yang penting.. HARGA MAMPU MILIK..

Jadi On la.. Aku terus contact dan bayar terus..
Senang deal dan takde masalah langsung..
Ngam teruk lah akak ni..
Seboleh-boleh usahakan yang terbaik.
I like!!




1 hari sebelum dia tunjukkan bunga yang dah siap digubah..
Happy!
Tak sabar pulak nak kejutkan husband..hihi

Pagi birthday dia..
Aku just wish je..
Siap cakap maaflah takde pape nak bagi tahun ni..
Aku nak jimat sebab dah ada anak..

Wahahahahaha...
Muka dia mase tu.. Kecewa teruk!
Dia ingat bini dia tak ingat la tu..
Dia tak tau, bini dia dah plan seminggu sebelum kot!!
Hehe...
Lemah je dia pi keje..
Sian tengoknya..
Lepas babai, dia pi keje.. Aku ngan anak aku sambung tidoq :")

Janji pukul 2-4pm..
Tapi delivery dia ontime..
Ngam pukul 2 dah sampai..
SURPRISE!!!

Terkejut "cibauk" husband aku..
Dia TERUS CALL cakap manja meleret leret macam budak kecik dapat lolipop...
Hahahahahahahahahaha... Guling-guling aku gelak..

Happy.. Happy..
Sehari suntuk dia senyum.. Pelik tak cramp ke pipi tu bang? Haha

Terima kasih untuk servis terbaikk reenflowersurprise :)

Sesiapa nak surprisekan insan tersayang...
Boleh la contact kakak ni..
Recommanded dan insyaallah.. It will bring a very bright smile from your love ones :)




FB : Nor Eez
**pic dibawah adalah hak milik ekslusif reenflowersurprise








Dahh.. Jangan malas.. Pi check sendiri :)
Toodless!

Friday, November 4, 2016

Cara Terminate Akaun CELCOM semudah ABC

Assalamualaikum..
Hi semua..

16 Oktober lepas genap lah setahun aku bersama Celcom. So far, oookeeyyyylahh.. Line pun laju..
Tapi sebabkan komitmen dah tinggi dan kadar penggunaan pun tak seheavy dulu, baiklah kita terminatekan saje.
After all, ade Unifi kat rumah. So, tak perlu dah kot extra postpaid line ni.
Huhu..

Sama la mana-mana telco pun.
Kalau nak switch to, memang senang. Sejuta cara dia bagi. Boleh buat online la, daftar kat kedai topup la..
Kat booth-booth tepi jalan pun boley..
Part nak TERMINATE.. Haaa.. that's tricky!
Saje la tew nak susah-susahkan kita. Dah la ngan takde mase nye nak pi center.. Konfem dari bulan ni, membawak ke bulan depan..
Tak terminate sampai ke sudah.

Jadi kat sini, aku share cara nak terminate nombor Celcom ni.
SENANG aje sebenarnyaa..

Cara pertama :

1. Offline
Walk in ke mana-mana kedai celcom. Kat blue cube pun boleh. Boleh check kat sini untuk refer lokasi kedai Celcom ni
https://www.celcom.com.my/personal/helpsupport/findastore

Mudah.. Caranya
Walk in > ambil nombor giliran > buat pembayaran > isi borang termination > akaun korang ditamatkan on-the-spot

Tapiii..
Pastikan nombor korang tak terikat dengan sebarang kontrak. kalau ada, kena la bayar penalti/denda.

2. Gunakan Celcom careline

dial :
1111 from Celcom numbers
019-601 1111 from Celcom numbers, fixed lines and other mobile operators
+6019-601 1111 if you are abroad

Pilih bercakap dengan operator. Ceritakan masalah korang dan bagitahu nak terminate.
Sebelum tu korang HARUS jelaskan semua bil-bil tertunggak. Kalau tak depa tak layan ye.
Kalau korang berjaya nak terminate, korang HARUS jawab satu panggilan daripada celcom. Selalunya lepas 2 3 hari, diorang akan call korang semula.
Nak confirmkan if korang betul-betul nak terminate ke tak..

Korang kena lah jawab," ini betul-betul.. bukan cobaan...."
dan akaun korang akan diterminate selepas itu.

Leceh sikit la.. Sebab thru phone ni dia tak nak terminate terus.. Harus lah nak tarik tali eh ah eh ah gitu..
Dan, take note of your billing cycle..  NI PENTING!!
Supaya korang tak menyumpah bila kene bayar bil lagi, walaupun korang dah terminate. Dia panggil final bill ke last bill ke cane entah..

Kalau billing cycle korang setiap 28 haribulan,
Pastikan korang berjaya terminate akaun korang sebelum 28 haribulan..

Kalau billing cycle korang setiap 28 haribulan tapi 30 haribulan baru berjaya terminate akaun (which is terlebih 2 hari),
Prorated charge atau full amount of bill akan dikenakan kat korang..
Meaning..
Ko kene bayar bill extra 1 bulan lagi.. Walaupun ko dah terminate dah..Sebab dah terlepas cycle bill 28 haribulan tu.
Paham tak? Hehe

Jangan pulak next month bila dapat bill lagi, korang jadi incredible hulk, super saiya, telinga keluar asap, badan berapi bagai tau..
Akak dah btau siap-siap kat sini..hehe

Haa..Rasanya tu je kot caranya..
Aku kongsi sini sebab aku rasa ramai je yang tercari-cari cara nak terminate ONLINE..
Haha... Tak dapek yo..
2 cara ni je yang boleh.. Hehe

Semoga entry ni bermanfaat
Semoga berjaya :)

Untuk tatapan reader.. In case rindu.. eh? :p










Friday, October 21, 2016

Tips untuk ibu hamil

Assalamualaikum..

Cakk!
Haa.. Kan dah cakap.. Aku mesti sambung punya entry yang lepas.
Hehe.. Entry tu panjang sangat la pulak. Takut pening korang baca :)

So kali ni, aku nak kongsi info dan tips berguna. 
Tak banyak, tapi ada la a few yang boleh korang timbang-kati kan ..eheh

Pengambilan supplement semasa hamil



Haa.. bab ni memang penting. Bukan sebab aku jual supplement tau. Sebab orang pregnant ni memang perlukan perisai tambahan. Almaklum lah, serba serbi tak cukup kan. Eley, kalau pregnant memang klinik bagi ubat apee.. 
Jadi, nampak kan keperluannya?

Paling basic, kita perlu ambik 4 benda ni :

1. Vitamin C
Ni penting tau. Untuk kuatkan badan kita masa pregnant ni. Alhamdulillah, since awal pregnant, aku tak pernah demam, selesema ke ape. Tak pernah :)

2. Iron tablet (Vitalea)
Tak silap yang ni untuk mantainkan HB. HB aku mantain 11 dan keatas dari awal. Tak pernah ade masalah bab HB ni. Kalau HB low, bahaya, boleh pitam tau. Take note mommies

3. Kalsium tablet (Ostematrik)
Tak perlu di war-warkan lagi. Ni penting untuk kesihatan tulang si ibu ye. Berkesan mencegah muscle cramp, "simpul biawak" dan sakit belakang yang extreme :)

4. Asid Folic (B-complex)
Ini penting bagi menstabilkan emosi ibu dan kandungan asid folic mencegah kecacatan kepada bayi dalam kandungan.

Elakkan demam kuning/ jaundice pada bayi

Masa mengandungkan Iskandar, kakak ipar ada bagitahu cara nak elakkan baby daripada kena demam kuning. Anak beliau aka Anak buah pengarang jantung aku si Luth memang tak kena kuning. Jadi, petua beliau adalah VALID! hehe

Amalkan makan madu 1 sudu dan jus pati delima setiap hari tanpa gagal. SIL aku makan buah delima fresh tu. Tapi aku takleh go la pulak makan buah delima ni. Rasa macam gigih semacam je kan, dengan biji-biji segala. Haha..
Jadi aku pi beli jus pati delima je. Sonang :)

So far petua ni menjadi dekat 2 orang.. Jadi, boleh la kalau-kalau korang nak ikhtiar. Mana tau menjadi jugak kat baby korang kan.

Oh ye, 2 minggu sebelum due, paksa laki korang belikan air kelapa fresh tau! Tanpa gula dan ais. Insyaallah, nanti kulit baby akan bersih dan cantik. Hadam ayat aku. PAKSA ye :p

Pilihan tempat bersalin

Tudiaa.. part ni memang best. Boleh jadi modal nak show off ye dak? hikhik..

Soalan feveret,

"weh, bersalin mana?"

"Prince court je!"

Wow sangat uolls...

Nasihat aku bagi adik-adik atau korang-korang semua. Pilih ikut KEMAMPUAN. Kalau ada bajet lebih, pilih la swasta, kalau bajet jenis ngam-ngam sui.. Hospital kerajaan pun not bad weh..

Ramai nak bersalin kat tempat yang glemer-glemer. Tapi, fulus kurang.Kesian laki korang berhutang sana sini nak langsaikan bil hospital. Kalau swasta ni, bersalin normal pun dah riban-riban. Ni kan pulak kalau czer. Boleh luruh bulu semua ..kikiki

Btw, aku macam pelik sikit, kawan aku yang bersalin hospital swasta semua kene czer. Kebetulan ke? Suddenly emergency la hape.. hmm..

Aku bersalin kat hospital kerajaan. Hospital Ampang. Asal Ampang je bunyi macam glemer. Hehe..
Bil aku tak sampai RM 50 ye. Wad selesa, 1 bilik bersalin 1 orang.. Ok la tu.
Nak duduk 1 malam je pun.

Kalau kat swasta ade pakej bersalin tak rasa sakit. Akak sanggup je bayar. Haha.. Tapi kalau bayar riban-riban, rasa sakit jugak, baiklah akak pilih untuk berjimat. 

Again.. Pilihan dan kemampuan masing-masing. Kekadang, orang luar ni yang sebok-sebok bakar line. Kita dari elok-elok terus rasa nak show off beranak kat hospital paling mahal.. Haha.. I feel you ;p

Jangan lupa buka buku pink kat Klinik Ibu dan Anak

Ni pun penting ye adik-adik. Walaupun tak plan nak bersalin kat hospital kerajaan. In case ada emergency senang. Aku dulu bukak buku minggu ke-16.Lambat gila. Konon nak skip minum air gula yang pertama la. Nan hadoo... Kene jugak. Siap kene extra sekali lagi pulak tu! huhh! Sebab sample darah aku rosak.. Masa tu stress! Orang minum air gula 2 kali. Aku 3 kali. Sodap.. Werghh

Haa.. Ape lagi tips yang korang nak eh?
Drop je komen kat entry ni, nanti insyaallah aku akan jawab secepatnya :)

Oh ye, sebelum terlupa..
Kalau sesiapa nak tanya pasal set hamil dan berpantang Shaklee, boleh whatsapp aku ye. Super best price untuk reader blog ni.

Love u all..
Semoga bermanfaat :)

Mama Iskandar
0162156763


Pengalaman melahirkan Iman Iskandar

Assalamualaikum semua :)

Malam ni rasa macam nak bercerita pulak..
Sebenarnya, banyak je entry tertangguh, kalau nak di-list-kan, memang lah sampai kesudah tak habis-habis.. haha
Horror pulak rasanya.. 
Ada terbaca satu komen kat entry yang lepas-lepas. Mintak sambung cerita Bali!
Ohemji dik, akak pun dah ingat-ingat lupe je ha.. 
Kalau diizinkan innsyyaaaaAllah akak setelkan ye..

Sejak dah ada Iskandar, aku memang la tak ada masa nak mengadap benda lain selain dia. Ade je akal dia sekarang ni. 
Haish, kalau terbayang rindu la pulak..
Pastu kan aku dah start kerja balik lepas habis cuti maternity.
Asal jumpa orang je, diorang tanya pengalaman aku lahirkan Iskandar.
I is cannot la kan kalau tak cerita details.. Hehe
Sebabnya, walaupun sakit gilos, itulah kenangan yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila.  :')

Korang pun mesti nak tahu cerita dia kan?
Hehe.. Cerita mengandung aku skip dulu lah. Sebab tu 9 bulan punya kisah. Punya banyak tips aku nak kongsikan dengan korang especially yang baru kawen atau untuk yang bakal melahirkan anak pertama.
Tu aku share kemudian eh?

Ok. Jom start :)

Iskandar lahir 2 July jam12.30 tengah malam. 
Kalau ikutkan due, memang prediction dia akan lahir 1 July pun. 
So, takde masalah lah kat situ. Tersasar sehari je pun. 
Eh bukan, lambat 30 minit je dari prediction. Hehe

Yang jadi masalahnya ialah hari sebelumnya tu lah.
Sehari sebelum tarikh due, aku ade checkup dekat Klinik Kesihatan.
Macam biase, doktor cek perut dan tanya,

"Dah ada tanda?"

Aku yang bluurr, "tanda bersalin tu macam mana doc? Tak tahu"

Straight to the point aku cakap. Haha.. Yelah, jangan la salahkan aku..
Secara teorinya, memang la aku tau tanda-tanda nak bersalin. 
Tapi, secara TAK teorinya, aku tak rasa apa-apa pun. 
Sakit ke, hape ke.. Tarak.. Ni patutnya esok nak beranak ni. 
Takkan tak rasa kan. Aku ingat aku cyborg ke, tau-tau beranak je. Tak rasa sakit. haha

Doktor tu gelak gila tengok aku. 
Dia cakap aku cool. Haha..
Gila tak cool, first time, sakit macam mana pun aku belum boleh bayang. So chill lah babe!

Pastu, dia cakap, dia bagi aku date lagi seminggu. Kalau esok tak sakit bersalin, raya ke-2 kene datang hospital untuk induced.
Aku ape lagi, OK doc. Ambik buku. Salam-salam selamat hari raya. Calooo.. Gitu.. Pastu aku ngan laki aku terus g jalan-jalan.
Konon nak bagi mudah bersalin la. Hiks
Bayangkan, aku tak macam orang nak bersalin, gigih lagi pi shopping tiles and barang-barang nak renovate rumah.
Husband aku risau. Aku masih lagi chill lah babe!
Gagah betul perempuan sorang ni :)

1 July
*****

Due date aku!
Haha, korang nak tahu, aku tak apply pun cuti.
Sebab aku ingat kalau beranak nanti maternity leave je lah terus.
Nan hadooo ye. Ko tak beranak lagi sila lah kerja. Padan muka!
Tapi kerja dari rumah la. Dapat kelonggaran kat situ.
Takkan bos tak bagi ye dak. Kang aku beranak kat opis baru ada akai. haha

Tapi, pagi tu.. Ada rasa lain macam sikit.
Bukan sakit. Tapi kerap gila pi toilet.
Setiap kali buang air, ade darah coklat-coklat and ada benda keluar.
O gosh!

Terus tanya MIL.
MIL kata nak beranak dah tu. Air ketuban dan keluar. Boleh dah nak pi hospital.
AAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Ceh.. jeritan konon. Tak ye..
Masih lagi chill la babe!
Kahkahkah..

Selamber, ambik towel. MANDI.
Ko jangan tak mandi ye adik-adik. Kang pitam doktor,nurse segala bagai kang.
Pastu kejut husband suruh dia siap.
Lalalala... Call kawan husband, nak bagitahu kat wife beliau yang kami nak datang.
Wife dia doktor kat Hospital Ampang. Oncall pulak haritu. Langkah kanan!
Jadi adalah tempat untuk bertanya. Takdelah blurr aku kat sana nanti :)

Sampai kat hospital, terus pi check.
Terus admitted sebab dah bukak 2cm and air ketuban habis terburai masa doktor cek jalan. Hadoi, part check jalan.. SAKIT MACAM #$%^&*(
Masa ni yang chill la babe! person dan bertukar ye. So not cool.

Sebelum hantar ke wad, doktor tu scan dulu. 
Masa tu tau la berat baby 3.1kg. Doktor kata ok ni. Baby tak besar sangat. Sedang elok je berat ni.
Aku pandang husband.. Senyum kat dia.. 
Husband rileks je, sebab dia tengok aku OK.
Padahal, dia tak tahu.. Aku rasa nak bertumbuk je ngan doktor yang cek jalan tu.. Haha

Kat wad.. Aku lepak-lepak je sampai lah ada doktor datang cek pukul 3 petang. 
Masa ni memang dah rasa sakit sikit-sikit.
Doktor cek jalan lagi ye. 
Tapi sumpah, doktor ni lagi kasar. Sampai 2 kali seluk.
Yang first tu hape dia cek entah. Sabar jela.
Okey dah 4cm, terus dia tolak aku dalam LR.

Kat dalam LR husband boleh masuk dah.
Tak lama tu, bermula lah penantian penyeksaan aku. Waawawa
Masa ni takde chill chill dah eh. Aku rasa macam nak gile tahan sakit.
Sampai tak tau nak buat cane. 
Nak guling tak leh. 
Nak bangun tak leh. 
Nak pi kencing pun tak boleh. 
Dia keluarkan pakai tiub.. haha.. Terima kasih la.. 

Pastu kat tepi katil ade satu gas ni.
Yang pernah beranak tau la kot gas ape. Aku tak tahu nama dia. 
Tak koserr aku nak tahu sebab masa tu, aku hampir sewel tahan sakit.Haha..
Doktor cakap kalau sakit sangat sedut gas tu. Tapi jangan banyak-banyak.

Tapi ade aku kisah. Tengah sakit ni.
Asal sakit je aku sedut gas tu. Sampai lama-lama aku rasa lalok!
Haha.. Serius doc!
Apa nama benda alah tu ha.. hahah
Husband aku sampai stress tunggu lama gila si Iskandar ni nak keluar.
Bila dia stress, dia sedut jugak gas tu! Gilo.. ahaha

Aku boleh dengar kot. 
Masa tengah busy tahan sakit, aku dengar bunyi orang sedut gas. Laki aku memang takde keje betul. Dah la dia sedut lagi banyak dari aku.
Siapa yang nak beranak ni? Haha
Last-last dia pun lalok. Gelak sorang-sorang. 
Ah sudah.. Tak koser aku nak layan orang gila ni.. :p
Memang lawak gila rasanya. wkwkwkwkwk

Aku sakit sampai lah pukul 11 lebih.
Bayangkan dari pukul 4 tu tahan contraction. Lama aku berjuang untuk anakanda ni.
Ni kalau besar nanti, degil tak dengar cakap, aku pukul bontot dia! ;p

Pastu dekat-dekat tengah malam tu. 
JM datang cek aku, pastu dia cakap. OK dah 10cm!
Dup dap.. Dia mai dahhhhh...
Dia briefing sikit, suruh aku teran dah. 2 3 kali tak mau jugak.
Dia mintak air selusuh yang husband aku buatkan..
Then, dia suruh aku push masa rasa sakit tu datang..
Masa tu aku dengar nurse panggil laki aku, tengok kepala anak aku nak keluar dah. 
Husband aku cakap nampak rambut dia lebat. Tapi aku kene push kuat lagi.
Serius, masa ni tak rasa sakit langsung. Rasa macam membuang air besar je.. Huhu

Memang meriah kat LB tu. 
Tiba-tiba sampai aje pasukan sorak kat dalam bilik tu. Penuh nurse ngan JM. Haha
Macam main bola. 

"Go!Go!Go!" 

Bertepuk tangan diorang bagi semangat kat aku. 
Team leader nye seharusnya husband aku. Dia sama naik dengan nurse-nurse semua.
Aku yang tengah teran boleh nak tergelak. Betul-betul dahsyat kekuatan seorang mak ni.
Masa hujung-hujung, aku nampak JM ni pegang gunting. Oh snapp!
Aku tengok je tangan dia mcm nak gunting..
Pastu rasa pedih sikit, tapi still boleh handle. Chill la babe! person is back!
Then sekali push je, lahirlah Iman Iskandar ke dunia :')

Welcome sayang!...
Dengan bertali pusat nurse letakkan Iskandar kat dada Mama. 
Papa azankan then papa kene halau keluar.. Kihkih
Lepas dah bersih semua.. Nurse park troli aku kat luar LB..
Masa tu rasanya pukul 1 pagi kot.
Aku dengar la suara orang mengerang.. Ada yang menjerit.. 
Seremmmm bulu tengkuk aku.

Pastu suara nurse cakap..

"Eiii jangan jerit!"

Hahaha
Bukan suara hantu la weh.. Suara orang tahan sakit nak beranak daaa ~

Pukul 2.30 pagi, aku masuk wad dah. 
Penat jangan kata la..
Memang penat rasa nak tido. Tapi tak selesa betul la.
Jahitan tu bila duduk rasa sakit.. Slow je kalau nak gerak.. Aiyaaa..
Pastu Iskandar duduk dalam bakul kat sebelah katil.
Papa dah balik sebab nak bawak uri balik.
Asal nak lelap.. Iskandar ekkk ekkk..
Ohemji.. Masa ni aku dah agak dah. The time has come bebeh!
Welcome to zaman tak boleh tido malam.. Welkam welkam..
Dan aku tak dapat tidur sampailahhhh aku discaj pukul 1 petang *_*



Berat dia 3.48kg!
Maybe masa last scan dia dah masuk laluan. So, tak dapat bacaan yang tepat.
Normal tak ambil ubat tahan sakit. 
Baby sihat. Tak ada kuning.
Alhamdulillah.
Amanah pertama buat kami.
Precious baby lepas 2 tahun menunggu :)
Terima kasih atas doa kalian semua..

To-be-continued :)
Janjii aku akan sambung.. hahah


Wednesday, September 14, 2016

Omega Guard untuk Si Penendang Keting Lidi!!

Hi!

Beberapa bulan lepas, kecoh sekejap pasal orang gila tendang perempuan kat area Bank Negara.
Habis pecah pipi perempuan tu dibuatnya.
Aku ada jugak la tengok cctv tu.. Mak oii..
Macam tendangan super saiya ye.
Punya ambik lajak nak bagi penyepak.
Seremm betul..
Dengarnya lepastu dah kena tangkap. 
So rasa lega sikit la.. Lalu aku pun lupakan kisah tu 
Walaupun kadang-kadang tengah jenjalan terbayang-bayang jugak.. Kalau la aku kena penyepak tetiber..

Sekali.. Pagi tadi keluar lagi cerita mamat ni.
Kali ni sekali dengan gambar dia.. Muka memang blurr punya type.
Dia pi menendang lagi kat KTM KL.
Perempuan jugak yang kena. Dah bagi penendang siap boleh lambai lagi.. Osah gilo!

Siasat punya siasat, dia kata "terlanggar jerrr" 
Alasan mintak kaki sangat.. Katanya mamat ni memang "miong" pun.
Bahaya! Kalau la lepas ni dia tendang perempuan mengandung ke, orang tua ke. Macam mana?
Tak nak lak kau pi terajang orang lelaki eh? Pi la terajang kalau hebat sangat. Mau patah lapan kau lepas tu.
Silap-silap, penyakit otak kau pun boleh sembuh. Mana tau kan? Kira ikhtiar jugak tu.. ke cane? heh..



Ada yang cadangkan, untuk pijak mamat ni secara berjemaah.
Kira nak tuntut keadilan la untuk mangsa-mangsa sebelum ni.
Tu ahkak sokong!
Tapi, akak nak tambah satu lagi.
Akak nak paksa dia beli Omega Guard pastu paksa dia makan sampai habis.
Bagi sel sel otak dia berhubung. Mana tahu lepas ni dia boleh berfikir secara waras. kan kan kan?


Gila lah sempat promot! haha
Akak nak makan Omega Guard sekarang ni.. Larikkk..

Adios :D

Saturday, September 10, 2016

Berakhirnya sebuah PENANTIAN

Amboi tajuk..
Penantian tu..
Ya, berakhirnya sebuah penantian..
Penantian yang menguji keutuhan 2 jiwa..
Penantian yang penuh suka, banyak juga berduka..
Berakhir sudah..

My TTC Journey :')
Semua yang sudah berkahwin, mesti ada impian..
Impian tu memang banyak.
Tapi dalam banyak-banyak impian tu, ada satu yang paling besar..
Paling mencabar dan paling menguji.
Penantian itu adalah untuk.. mendapatkan zuriat..

Zuriat..
Anak..
Siapa taknak anak kan?
Siapa yang tak suka pegang anak kecil, yang comel.. manja dengan kita..
Boleh hilangkan stress tatkala kita tengok wajahnya saja..
Siapa yang tak suka?
Siapa yang taknak anak hak kita.
Semua orang nak.. Tapi, bukan semua dapat.

Ya, mungkin bagi orang yang 'subur'
Bila tengok je pasangan yang dah kahwin lebih dari 6 bulan..
Mulut pun gatal bertanya, 

" dah ada isi? "

Belum.

" ooo..kenapa lambat sangat? Taknak anak ke? Tak payah la nak merancang-rancang ni "

***

Tahu tak untuk pasangan yang sedang dalam tempoh TTC (try to conceive), soalan itu adalah soalan yang paling benci untuk didengar?

Tahu tak andaian yang dibuat pada pasangan TTC ni, merancang lah ape lah.. Menyakitkan mereka dalam-dalam. Kalau boleh digambarkan, rasa macam hati ni dicarik-carik ataupun seluruh badan ditikam tak berhenti.

Perit dan pedih..

Tapi, bagi golongan 'subur' , inilah entertainment bagi mereka.
Lagi sedih orang tu, lagi puas jiwa mereka.
Aku tau lah.. Sebab aku pernah rasa ;')

Bila berkumpul ramai-ramai. Mula lah orang bertanya. 
Comparekan kita dengan si polan ini, si polan itu.

" eh, ko belum ade isi lagi? Si polan ni kawen lagi lambat. Dah ade dah tau "
" lambat ko ni. Ade problem kot "

Macam-macam gak la aku kena dulu. Sepanjang setahun setengah TTC, aku dah tak tahan dah dengan cakap-cakap orang ni. 
Sempat aku bayangkan, yang dok TTC sampai bertahun-tahun, tak cedera ke emosi diorang?

Pernah sampai satu tahap, aku benci tengok perempuan mengandung. 
Yes, benci sangat, sampai aku block kawan-kawan yang preggie kat facebook.
Kalau yang aku tak dapat nak elak tu (kerja 1 office), aku cuba jugak elak dari terserempak. 

Punyalah kuat impak mulut jahat kaum 'subur' ni kat diri aku.
Sampai negetif vibes menyerap dalam hati dan otak aku yang mula-mulanya positif ni.

Tapi aku beruntung, ada husband yang sayang dan faham aku.
Dia tak kisah pun apa orang cakap, walaupun kalau lelaki gurau lagi kasar bunyinya. 

"Ko tak power!"
"Ko takde skill"

Macam haramjadah betul gurauan ni. Kalau aku dengar, memang aku tepekkan stilleto 6 inci kat juboq dia baru datang akal!

Hello, rezeki tu Allah yang bagi.
Ko kalau ade sejuta skill pun, power macam kuda ke, kalau belum rezeki tu.. Tak dapek derh!

Tapi, itulah berkat kesabaran dan percaya yang rezeki takkan salah alamat.
Rezeki tu datang bila sampai waktunya. Aku pregnent!
Aku disahkan hamil masa kami berdua dah redha dah pasal zuriat.
Rezeki tu datang bila kami dah stabil dari segi kerja, kewangan dan puas spend masa berdua.

Alhamdulillah :')
Lompat-lompat macam starfish..hehe

Macam tau tau je kan mama papa nak honeymoon puas-puas. 
Travel kesana kesini berdua..
Seronok!
Balik dari last vacation tu la baby parking dalam perut mama.. hihi

Jadi, ini lah dia. 
Buah hati pengarang jantung Mama Papa 
The end of our TTC journey
Penyelamat Mama Papa daripada mulut puaka yang sibukkan hal rumah tangga orang :p




Dengan hadirnya anak bertuah ni. 
Suara sumbang pun dah tak berbunyi lagi.
Dunia kami aman, and we live happily ever after!

hehe.. ending macam ayat fairy tale.

****
Ada sedikit nasihat bagi kawan-kawan yang masih menanti:
1) Jangan sesekali putus asa.
2) Support emosi pasangan masing-masing. Jangan selalu menyalahkan satu sama lain 
3) Pergi bercuti!
4) Jadi katak pekak. Pedulikan cakap-cakap orang
5) Bersenam, makan makanan sihat dan consume SUPPLEMENT
6) Jumpa doktor kalau penantian melebihi 2 tahun.


Aku doakan agar penantian korang juga akan berakhir cepat-cepat :)
Amin



Yang benar,
Mama kepada Iman Iskandar ( Si budak muka petak )