Hi.. Assalamualaikum semua..
Siapa kat sini suka masak? Selalu kalau tanya member-member seperjuangan dengan ayat seperti ini..
" Wei, ko suke masak untuk husben ko tak??"
Konfem muka benyek.. Sambil geleng kepala laju-laju..
" Aku malas lah"
" Mana ada masa dowww"
" Aku tak reti MASAK !! "
Senang cerita nya, tak ramai yang nak masak kat rumah.. Yelah, lagi-lagi yang baru kawen ni kan, makan luar aje le, berdua .. senang.. Takyah basuh pinggan,kemas dapur etc.. tapi rumah still berselerak.. eheh..
Amboiii!! Mulott ko jah.. Mengata je keje ye.. Yang ko rajin sangat la pulak kan? Masak air pun kadang-kadang mengelat.. eheh.. Ape pulak, suka masak dengan rajin masak lain okey.. :)
Tapii, sejak dua menjak ni.. Perbelanjaan rumah makin hari makin meningkat.. Dengan harga barang naik, tu tak kira GST lagi.. Kang kalo makan kat restoran sesaje, merasa la terbang duit 5 - 10 % lagi untuk service charge.. Kalau makanan nye sedap kat tekak takpe gak.. Ini hampeh jugakk rasanya..
Oleh itu, bagi memastikan flow kewangan kekal cantik bergaya walaupun mengadap kos perbelanjaan yang melampau-lampau,, marilah kita memasak..
Okey.. *tarik nafas
Tudia mukadimah pun dah setengah page. Padahal nak kongsi resepi je pun..Hiks..
Meh sini nak kongsi resepi kuey teow goreng malam tadi.. Second attempt yang berjaya dengan gilang gemilang. Husband puji..jjyyehhh~ Duration masak 10 minit saje. Resepi asal dari blog Aziejaya. Ada olahan sikit ikut apa yang ado :)
Semalam lapar.. Tak sempat nak set plate..haks |
Resepi Kuey Teow Goreng
Kuey Teow
Sayur kuchai
Udang
Beef ball
Sos tiram
Kicap Cair
Sos ikan
Minyak bijan
Perasa (jika mahu)
Bahan Kisar
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Cara-cara :
1. Panaskan minyak, kemudian tumis semua bahan kisar. Pastikan cili kering benar-benar masak.
2. Masukkan beef ball yang dipotong dadu. Bila hampir masak, masukkan udang yang telah dibuang kulit.
3. Masukkan sos tiram,kicap cair, sos ikan dan minyak bijan. Tambah sedikit air dan serbuk perasa sekiranya perlu.
4. Bila sudah medidih, Masukkan sayur kuchai dan kuey teow. Gaul sebati dengan api besar. Siap!
Hah kan.. Siap pun.. Boleh la makan ulang-ulang.. Dari makan malam membawak ke breakfast. Punyalah jenuh nak habiskan..hihi.. Oh ye, bahan-bahan yang Fara guna takda sukatan atau apa.. Semua main campak asal sedap giteww.. Masakan gini takpe campak-campak.. Kalau kek jangan buat gini la ye,kang sampai ke sudah tak naik kek korang tu..
Selamat mencuba !! Siapa dah cuba meh la Share link blog korang kat bahagian komen tuu :)
Love,
MasterChef Fara.. Nott?!! :)
No comments:
Post a Comment