Pages

Thursday, May 14, 2015

Mushroom Soup & Garlic Bread paling mudah

Assalamualaikum.. 
Hi korang.. *lambai-lambai

Harini nak share resepi lagi. vah vah.. makin rajin memasak nampaknya. Memang isteri solehah giteww.. Hehe. Sejak dua menjak ni, macam dah bosan makan menu yang sama. Jadi, Fara pun start la search resepi baru. 

Tolong jangan gelak please. Ye, memang akak Fara korang tak reti langsung nak buat mushroom soup yang sedap. Tapi mana best kan main tonggang dalam tin sesaje. Tak kerlass la brader..

Jadi, ni ade la jumpa resepi Mushroom Soup & Garlic Bread instant. Yang mana noob macam kak Fara mai la pinjam resepi ni. Hiks..



Mushroom Soup & Garlic Bread instant tapi superb

Bahan & Cara-cara

Sup
1 tin Campbell Mushroom Soup
3 batang Sosej
1 keping cheese
Serbuk lada hitam
Garam

1. Masukkan 1 tin Mushroom Soup + 1 tin air ke dalam kuali.Kacau sebati sehingga Mushroom soup tidak berketul-ketul.
2. Hidupkan api sederhana. Bila menggelegak, masukkan sosej yang dipotong dadu. Kemudian, masukkan kepingan cheese.
3. Letak sedikit serbuk lada hitam dan perasakan dengan garam. Tambah air jika terlalu pekat.


Roti
1 batang roti "Baguette" ( beli di tesco )
Garlic spread

1. Potong roti secara menyerong. Takde roti ni pun takpe.. Pakai gardenia pun sodap jugak..
2. Sapukan Garlic spread diatas permukaan roti
3. Panggang/bakar sebentar di atas non-stick pan.

Haa.. Dah siap pun. Sedap dan mudah. Husben lalu sebelah pun buat-buat tak nampak..Hehe. Selamat mencuba !!




Friday, May 8, 2015

Kuey Teow Goreng Paling Sedap!

Hi.. Assalamualaikum semua..

Siapa kat sini suka masak? Selalu kalau tanya member-member seperjuangan dengan ayat seperti ini..

" Wei, ko suke masak untuk husben ko tak??" 

Konfem muka benyek.. Sambil geleng kepala laju-laju.. 

" Aku malas lah" 
" Mana ada masa dowww"
" Aku tak reti MASAK !! "

Senang cerita nya, tak ramai yang nak masak kat rumah.. Yelah, lagi-lagi yang baru kawen ni kan, makan luar aje le, berdua .. senang.. Takyah basuh pinggan,kemas dapur etc.. tapi rumah still berselerak.. eheh..

Amboiii!! Mulott ko jah.. Mengata je keje ye.. Yang ko rajin sangat la pulak kan? Masak air pun kadang-kadang mengelat.. eheh.. Ape pulak, suka masak dengan rajin masak lain okey..  :)

Tapii, sejak dua menjak ni.. Perbelanjaan rumah makin hari makin meningkat.. Dengan harga barang naik, tu tak kira GST lagi.. Kang kalo makan kat restoran sesaje, merasa la terbang duit 5 - 10 % lagi untuk service charge.. Kalau makanan nye sedap kat tekak takpe gak.. Ini hampeh jugakk rasanya.. 

Oleh itu, bagi memastikan flow kewangan kekal cantik bergaya walaupun mengadap kos perbelanjaan yang melampau-lampau,, marilah kita memasak..

Okey..  *tarik nafas  
Tudia mukadimah pun dah setengah page. Padahal nak kongsi resepi je pun..Hiks..

Meh sini nak kongsi resepi kuey teow goreng malam tadi.. Second attempt yang berjaya dengan gilang gemilang. Husband puji..jjyyehhh~ Duration masak 10 minit saje. Resepi asal dari blog Aziejaya. Ada olahan sikit ikut apa yang ado :)


Semalam lapar.. Tak sempat nak set plate..haks


Resepi Kuey Teow Goreng 

Kuey Teow 
Sayur kuchai
Udang 
Beef ball 
Sos tiram
Kicap Cair
Sos ikan
Minyak bijan
Perasa (jika mahu)

Bahan Kisar
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering

Cara-cara :
1. Panaskan minyak, kemudian tumis semua bahan kisar. Pastikan cili kering benar-benar masak.
2. Masukkan beef ball yang dipotong dadu. Bila hampir masak, masukkan udang yang telah dibuang kulit.
3. Masukkan sos tiram,kicap cair, sos ikan dan minyak bijan. Tambah sedikit air dan serbuk perasa sekiranya perlu. 
4. Bila sudah medidih, Masukkan sayur kuchai dan kuey teow. Gaul sebati dengan api besar. Siap!

Hah kan.. Siap pun.. Boleh la makan ulang-ulang.. Dari makan malam membawak ke breakfast. Punyalah jenuh nak habiskan..hihi.. Oh ye, bahan-bahan yang Fara guna takda sukatan atau apa.. Semua main campak asal sedap giteww.. Masakan gini takpe campak-campak.. Kalau kek jangan buat gini la ye,kang sampai ke sudah tak naik kek korang tu.. 

Selamat mencuba !! Siapa dah cuba meh la Share link blog korang kat bahagian komen tuu :)


Love,
MasterChef Fara.. Nott?!!  :)