Pages

Tuesday, October 20, 2015

BALI Episod 2

Assalamualaikum..

Hari ke-2 kami lewat bangun!
Haha.. Dah la pak supir dah remind suruh siap awal-awal semalam.
Masa breakfast, tengok dia tengah lepak menunggu..
Tu lah kerja dia, menunggu.. menunggu.. termenung..huhu
Kekadang kesian jugak kan.. Dia duduk menunggu tak buat mende, mesti bosan.. tapi kena buat jugak. 
Yelah, tu je sumber pendapatan orang kat Bali ni.
Kalau tak jadi Petani, join la tourism.
Jadi supir atau guide..

Bayarannya? 
Hmm.. memang tak setimpal sebenarnya.. 
So, no wonder la orang Indonesia kat sini, kerja kasar gaji RM1k pun dia happy.
Sebab, kat negara dia, majikan buat main je bab-bab gaji ni.. Kesian pulak kita dengar cerita dia :(
Tapi maaflah, tipping tak boleh nak bagi lebih-lebih, duit Malaysia jatuh ni. 
Kang tak pepasal balik Malaysia aku yang ikat perut. Pheww~

Pukul 9.30 pagi, kitorang dah terpacak kat "Sahadewa Barong & Kris Dance".
Ngam-ngam suii je.. Show baru nak start..
Kalau datang awal sikit, kita boleh la bergambar ke ape dengan penari dia.
Tapi sebab dah lewat, terus tengok dance jela. 

Bagi aku, tarian ni menarik kalau kita tahu cerita..
I mean, kita ade buat research atau knowledge pasal Barong&Keris..
Kalau pergi zero.. Korang bakal nganga dan terhuhuhu sendirian la.. :')

Banyak unsur-unsur mitos/myth..
Tang character dia, memang tahap boleh terkincit kalau jumpa kat luar..
Hahaha... Ada hantu kopek wei.. Belang-belang lak tu.. Aiyaa..










Lepas dance, kitorang terus naik kereta laju-laju ke Kintamani.
Nak lunch sambil tengok view volcano..
Sampai je kat sana.. Aku macam... aaaaaaaaaa... *ternganga..
Birunya langit diorang...
Kintamani ni kawasan tanah tinggi, suhu dia ala-ala Cameron Highland kita la, tapi sejuk lagi.
Masa kitorang sampai, matahari memancar terik sampai silau-silau mata.
Takde awan pun. Just langit biru.. Tapi tak panas pun. 
Suhu mantain bawah 20 darjah.
Kalau kena angin dia.. Boleh terkencing jugak la.. Sejuk gila..Hahaha






Gambar kat bawah ni aku snap masa dalam kereta.
Tiba-tibe je kan kereta berhenti sebab ade perarakan. 
Siap ada daun-daun ni ha..Ingatkan ape..
Pak Wayan kata, ni perarakan orang mati daa..
Memang jadi kebiasaan, dioarang bersedekah kat keluarga si mati.
Tak kisah lah siapa, kalau terserempak mesti bagi..
Aku macam terkagum jap la.. 
Yelah, kita kat sini kalau nampak lori orang mati tak de nak heran derh.. 
Nak-nak kalau lalu kat tol.. Silakan BAYAR ikut kadar tol semasa.. Bhahaha..


Diorang hindu.. tapi pakai tudung :)


Extra info.. Orang Bali ni mostly bukan la orang berada. So, jika ada kematian, diorang perlukan duit yang banyak sebab mayat perlu dibakar. Tapi, in case la, keluarga tu takde duit, diorang akan tanam selama 3 tahun dulu. Kumpul duit.. Bila cukup je, korek balik kubur dan bawak pi bakar! Githeww.. oooo.. huhu..

Dah puas jalan-jalan, selfie dan yang sewaktu dengannya, kitorang gi shopping pulak kat pasar.
Kali ni sumpah kitorang lupa nak ambik gambar atau check in!
Haha.. Punye la tak senonoh perangai. 
Kereta belum park lagi, kitorang dah imagine, beli itu, beli ini.. 
Teruk betul perangai orang Malaysia ni..
Tang shopping, lupa diri..Haha

Banyak jugak benda yang boleh dibeli kat sini.. Semua boleh tawar sampai bergaduh.. huhu
Tapi dengarnya, kat some place named "Krishna" lagi super murah.. 
Jadi, hold dulu nafsu shopping nya. Huhu
Yang tak boleh blah, punya lah eksited shopping sampai sesat kitorang dibuatnya.
Tempat ni besar gila.. Ala-ala padang besar kat Thailand tu..
Jadi memang kena berjaga-jaga la hanbeg dan duit.
Kalau tak lebur ke tangan pencopet, lebur ke orang kedai lah..
Mulut diorang manis, kalah madu tualang gred AAA!

Kat sini just shopping ole-ole untuk customer Shaklee je..
Yang mana-mana aku COD tu, aku selit je ole-ole sekali..
Harap korang semua suka :)
T-shirt je tak buat as ole-ole.. Very the buat malu you know!
Yela, murah kan?
Sekali basuh terus OUT.. Ceyyy!
Dah la nak tawar kemain sampai cekak-cekak pinggang.. 
Well of course aku menang.. Aku rasa aku lah menang waktu tu. Punya bangga dapat tawar dengan bergaya sekali.
Tapi pemenang sebenar is acik tu lah..
Mesti dia dok gelakkan aku sampai keluar kincit sekarang ni sebab Tshirt tu sekali basuh terus jadi buruk! Aww.. sakit nya tu disini betol lah!
Dasar..
Seb baik tak shopping all out kat sini.. Legaa mak~ 

Oh ye, kat sini la lahirnya "Bruno Mars" aka Mas brunok!
Nak tahu al-kisahnya, tunggu entry hari ke-3 lah.. Hehe


Adios!