Pages

Tuesday, October 20, 2015

BALI Episod 2

Assalamualaikum..

Hari ke-2 kami lewat bangun!
Haha.. Dah la pak supir dah remind suruh siap awal-awal semalam.
Masa breakfast, tengok dia tengah lepak menunggu..
Tu lah kerja dia, menunggu.. menunggu.. termenung..huhu
Kekadang kesian jugak kan.. Dia duduk menunggu tak buat mende, mesti bosan.. tapi kena buat jugak. 
Yelah, tu je sumber pendapatan orang kat Bali ni.
Kalau tak jadi Petani, join la tourism.
Jadi supir atau guide..

Bayarannya? 
Hmm.. memang tak setimpal sebenarnya.. 
So, no wonder la orang Indonesia kat sini, kerja kasar gaji RM1k pun dia happy.
Sebab, kat negara dia, majikan buat main je bab-bab gaji ni.. Kesian pulak kita dengar cerita dia :(
Tapi maaflah, tipping tak boleh nak bagi lebih-lebih, duit Malaysia jatuh ni. 
Kang tak pepasal balik Malaysia aku yang ikat perut. Pheww~

Pukul 9.30 pagi, kitorang dah terpacak kat "Sahadewa Barong & Kris Dance".
Ngam-ngam suii je.. Show baru nak start..
Kalau datang awal sikit, kita boleh la bergambar ke ape dengan penari dia.
Tapi sebab dah lewat, terus tengok dance jela. 

Bagi aku, tarian ni menarik kalau kita tahu cerita..
I mean, kita ade buat research atau knowledge pasal Barong&Keris..
Kalau pergi zero.. Korang bakal nganga dan terhuhuhu sendirian la.. :')

Banyak unsur-unsur mitos/myth..
Tang character dia, memang tahap boleh terkincit kalau jumpa kat luar..
Hahaha... Ada hantu kopek wei.. Belang-belang lak tu.. Aiyaa..










Lepas dance, kitorang terus naik kereta laju-laju ke Kintamani.
Nak lunch sambil tengok view volcano..
Sampai je kat sana.. Aku macam... aaaaaaaaaa... *ternganga..
Birunya langit diorang...
Kintamani ni kawasan tanah tinggi, suhu dia ala-ala Cameron Highland kita la, tapi sejuk lagi.
Masa kitorang sampai, matahari memancar terik sampai silau-silau mata.
Takde awan pun. Just langit biru.. Tapi tak panas pun. 
Suhu mantain bawah 20 darjah.
Kalau kena angin dia.. Boleh terkencing jugak la.. Sejuk gila..Hahaha






Gambar kat bawah ni aku snap masa dalam kereta.
Tiba-tibe je kan kereta berhenti sebab ade perarakan. 
Siap ada daun-daun ni ha..Ingatkan ape..
Pak Wayan kata, ni perarakan orang mati daa..
Memang jadi kebiasaan, dioarang bersedekah kat keluarga si mati.
Tak kisah lah siapa, kalau terserempak mesti bagi..
Aku macam terkagum jap la.. 
Yelah, kita kat sini kalau nampak lori orang mati tak de nak heran derh.. 
Nak-nak kalau lalu kat tol.. Silakan BAYAR ikut kadar tol semasa.. Bhahaha..


Diorang hindu.. tapi pakai tudung :)


Extra info.. Orang Bali ni mostly bukan la orang berada. So, jika ada kematian, diorang perlukan duit yang banyak sebab mayat perlu dibakar. Tapi, in case la, keluarga tu takde duit, diorang akan tanam selama 3 tahun dulu. Kumpul duit.. Bila cukup je, korek balik kubur dan bawak pi bakar! Githeww.. oooo.. huhu..

Dah puas jalan-jalan, selfie dan yang sewaktu dengannya, kitorang gi shopping pulak kat pasar.
Kali ni sumpah kitorang lupa nak ambik gambar atau check in!
Haha.. Punye la tak senonoh perangai. 
Kereta belum park lagi, kitorang dah imagine, beli itu, beli ini.. 
Teruk betul perangai orang Malaysia ni..
Tang shopping, lupa diri..Haha

Banyak jugak benda yang boleh dibeli kat sini.. Semua boleh tawar sampai bergaduh.. huhu
Tapi dengarnya, kat some place named "Krishna" lagi super murah.. 
Jadi, hold dulu nafsu shopping nya. Huhu
Yang tak boleh blah, punya lah eksited shopping sampai sesat kitorang dibuatnya.
Tempat ni besar gila.. Ala-ala padang besar kat Thailand tu..
Jadi memang kena berjaga-jaga la hanbeg dan duit.
Kalau tak lebur ke tangan pencopet, lebur ke orang kedai lah..
Mulut diorang manis, kalah madu tualang gred AAA!

Kat sini just shopping ole-ole untuk customer Shaklee je..
Yang mana-mana aku COD tu, aku selit je ole-ole sekali..
Harap korang semua suka :)
T-shirt je tak buat as ole-ole.. Very the buat malu you know!
Yela, murah kan?
Sekali basuh terus OUT.. Ceyyy!
Dah la nak tawar kemain sampai cekak-cekak pinggang.. 
Well of course aku menang.. Aku rasa aku lah menang waktu tu. Punya bangga dapat tawar dengan bergaya sekali.
Tapi pemenang sebenar is acik tu lah..
Mesti dia dok gelakkan aku sampai keluar kincit sekarang ni sebab Tshirt tu sekali basuh terus jadi buruk! Aww.. sakit nya tu disini betol lah!
Dasar..
Seb baik tak shopping all out kat sini.. Legaa mak~ 

Oh ye, kat sini la lahirnya "Bruno Mars" aka Mas brunok!
Nak tahu al-kisahnya, tunggu entry hari ke-3 lah.. Hehe


Adios!



Wednesday, September 30, 2015

BALI Episod 1

Assalamualaikum.. Hi!
*AWAS - Entry panjang :)

Setiap kali nak start menulis, mesti rasa nak tarik-tarik rambut..
Bukan sebab takde cerita, 
Tapi, sebab tak tau nak mula macam mana..
Kalau nak cakap tak ada benda nak cerita memang menipu la kan. 
Banyak entry tersangkut sekarang ni.
Ada banyak gila entry vacation.. 
Mashaallah! 
Entry Bandung bulan 5 haritu pun dah jadi jeruk !

Perangai! 
Haha.. Nak menulis ke idok ni Farah oi!
Eh, eh.. Dah 2 perenggan lah..
Kira mukadimah la tu kan..

BALI Day I

Kalau nak tahu, kami berdua memang kurang adventures orangnya..
Mana tidak, pegi Indon pun nak guna tourist guide.
Ko ghase? Overr! Haha

Sebenarnya, pakej ni kami beli masa Matta Fair bulan 3 haritu.
Beli sekali 2 pakej. 
Satu ke Bandung - 4 orang
Satu lagi ke Bali berdua.
Ececeh, konon nak pi honeymoon la kat Bali tu.
Tapi, sebelum tu coverline bawak parent gi Bandung dulu. Hehe

Jom kita cerita pasal gi Bali dulu..
Sebab ingatan masih kuat. 
Jadi percentage nak tersalah fakta tu adela dalam 3% jek.. 
Boleh la kot nak bagi tips dan anggaran perbelanjaan kami kat sana. 
Yang murah dijadikan panduan. 
Yang mahal.. Err, al maaf ler, kami pun first time.
Gitu pantun 2 kerat.

13/9/2015 pukul 6 pagi kami dah terpacak kat TBS. 
Naik KLIA express je sudah. 
Seram jugak tengok rate parking kat KLIA tu ha.
Untuk elakkan pembaziran, marilah kita naik choo choo train..

Not bad. 
Train sampai ontime dan pukul 6.30AM kami sampai dah kat KLIA2
Alhamdulillah..
So lepak check in, pum pang makan.. 
Pukul 9.30AM kami terbang ke Ngurah-Rai Bali :)




Sesampainya kat sana............
Terpegun betul tengok awan!
Teranggg, biru memancar.. 
Yang ni tak bohong.. 
Kalau nak compare dengan KL,, beza sesangat.
Macam heaven and earth!
Lama dah tak nampak awan dan langit yang cantik macam ni.
Jerebu sikit pun tak ada.. :')
Enjoy!

Lepas dari immegresen..
Terus cari pak supir kami.. sekali.. eh eh...
TAKDE!
Menggelupur check semua orang yang pegang welcome board..
Mana "WELCOME MR MAZLIAZHAR kacak ni" 
Alamak.. 
Dah la phone tak roaming.. Nak kol bagai memang al mustahil la kan..
Husben dah mengeluh berkali-kali.

So, dekat 5 minit tak jumpa jugak.
Terus suruh orang airport buat pengumuman.
"Perhatian kepada PAK WAYAN.. Ibuk Farah udah menunggu di kaunterrrrr"
Sambil tu mata jeling-jeling kot dia datang kutip kitorang kat kaunter.
Alhamdulillah.. sekejap je. Dah terpacul dia.

"Waduh.. Maap pak.. Kok nunggu nya disini.." Sambil muka segan-segan

Haha.. Rupenye, welcome board dia kecik cinonet. 
Mana la nampak.. haha.. 
Pak Wayan.. Yu so faniyyyy :)

Lepas sesi suai kenal..
Dia introduce kami kat seorang lagi ni. 
Rupanya, Pak Wayan tu tourist guide je. Supirnya orang lain.
Merasa la hai, jadi maam besau. 
Nak keluar orang bukak kan pintu. Masuk pun orang tutupkan pintu..
Ahai~ Seb baik tak terkapit tangan.. :p

Then, Pak Wayan bawak kitorang jenjalan.
Ni la yang bagus kalau dah ada supir siap-siap.
Ko tak yah nak pening cari hotel ke, supir ke, takut kene tipu ke.
Semuanya dah dibayar dan diuruskan.
Dan paling best, dia ikut korang nak pi mana-mana pun. 
Masa tu tersusun je. 
Kalau takde supir, merasa la kitorang sesat barat. Hoho

PURA LUHUR @ ULUWATU TEMPLE



Pura bermaksud kuil/temple.
Rata-rata penduduk Bali mengamalkan hinduisme.
Jadi, di mana-mana pun ada Pura.
Macam Uluwatu ni.. Jatuh kategori sea temple..
Pak Wayan cakap, dalam satu kampung, ada 3 jenis pura.
Setiap Pura adalah untuk pemujaan dewa-dewa yang berlainan.

Tapi, Pura diorang kat sini unik!
Macam kat Malaysia, kuil ada ukiran patung-patung yang banyak.
Kalau kat sini,orang tak tengok patung saje. 
Orang akan more amazed dengan senibinanya dan lokasi Pura tu sendiri.

Jika di Malaysia, kuil dibina di bandar-bandar.
Kat sini, mereka monopoli kawasan pantai, gunung dan tempat-tempat yang cantik. Memang jadi attraction bagi pelancong. 
Cuma tempat suci je kita tak boleh masuk. 
Selain daripada tu boleh saje.
Tangkap la pic puas-puas..

Di Uluwatu ni, Pura nya mengadap lautan Hindi yang ganas.
Ombak jangan cakap la. 
Bergulung-gulung siap. 
Tu yang husben terberangan jadi "surfer" tu. 
Boleh join Mat Saleh surfing.. Katanyaaaa :)

Untuk menghormati kawasan suci ni, korang kenelah berpakaian sopan.
Kalau yang kureng manis tu, silalah ikatkan kain ni jadi skirt!
Kalau kami yang dah sopan ni, ambik lilit pinggang jela :)




Pak Wayan pesan, sini ada banyak beruk.
Beruk ni memang buat perangai Boghuk! diorang tak kira masa..
Dalam sesaat je, depa boleh snatch cermin mata korang. Huhu
So, hati-hati la ye.
Kalau kena snatch, pandai-pandai la nego dengan diorang.
Bagi buah ke, ape ke.. hihihi

Eh, banyak cakap lah! Meh layan gambar :)

Dewa apa eh ni? Lupaaa... Ini kat enterence :)


Lautan Hindi yang GANAS amatt













Subhanallah! Birunya Langit!!! hashtag#JAKUN






HAH! Kan tengah buat perangai BOGHUK! tu..

Beruk ni memang kuajaq tau tak.. Aku tak perasan dia tengak berasmaradana lam semak tu! Tau-tau je masa aku tengah posing, dia melompat jadi BACKGROUND! Bhahaha :')




Amacam?
Memang layan kan..
Orang yang nak lari dari view bangunan padat macam kat KL tu, memang sesuai sangat datang kat sini.
Rest otak.. Rest minda.. Angin sepoi-sepoi dia sejuk je.. Haish.. Rindu..
Believe it or not, kami dapat banyak idea nak buat bisnes masa di Bali ni..
Huhu..

Ok, dah penat jalan.. Jom la pi minum pulak. 
Hubby nak try KOPI LUWAK katanya.. 
Jom laaaa..



Coffee Factory ni dekat je dengan Pura tadi. Bukit Sari Agro di PECATU-BALI. Kat sini nak try kopi apa pun.. Lantak pi.. Segala kopi adaa..



Ada staff akan terangkan proses untuk buat kopi Luwak yang MAHAL tu.. Mahal pun mahal la.. Takkan ku minum taik musang ni..Bhahaha..


Ini dia Luwak nya.. Makan, Berak, Tidur je keje dia

This is Taik Luwak! Ada 3 layer yang kena kopek sebelum dia ambil buat KOPI!


Ini olang mula doubt! Nak minum ke tanak ni.. wuwuw

Tempat "merendang" biji kopi Luwak yang dah bersih :)

Lepas tu dia tumbuk pulakk



Kat sini dia akan hidangkan korang dengan 12 jenis kopi secara PERCUMA! Kopi LUWAK je kene bayar Rp 50,000 je untuk satu cawan kecil


Aceceh FOYO ... Bukan minum ponnn.. Haha

Kopi Luwak ! Btw.. Rasanya sedap la jugak.. :)


Next kami ke Jimbaran pulak.
Makan malam sambil mengadap sunset..
Sebab sunset kat sini awal bebenau
Pukul 5.30PM tu dah boleh siap-siap nak tengok matahari tergolek dah :)


Semua pic ni kami x edit.. Memang #nofilter :)

Wah2.. Dia memang suka laut #love



Eh Abang.. Sana ada Jaws!
Abg : Ade ku kesah? Selpi satuuu :')

Kena Sabo! 






Kat Jimbaran ni banyak kedai makan..
Pandai-pandai la pilih ye..
Nak cari kedai yang pampang logo HALAL Jakim memang tak jumpa la. Semua pun serve beer cap BINTANG!
Sebab kami ambik pakej muslim, makanan bukan masalah dah :)
Hati-hati sebab sini muka diorang sama je dengan kita, tak tau kekadang dia ni muslim ke ape. Haha
Nampak macam melayu kan, tapi tiba-tiba dia makan ape tu?
BABI GULING daaa....
Gelak sambil nanges :')




This one makanan feveret orang Bali. Take note yaww.. Miahahaha... 

Sebelum makan, korang boleh la jalan-jalan pegang tangan laga pipi tepi pantai ni ye.
Tapi, jangan lupa pakai selipar!
Got poop somewhere we don't know.. huhu
Kat sini, anjing in man best friend..
Ada aje mat saleh main "frisbee" dengan anjing kesayangan.. ptuih!
Aku sikit je lagi nak kene kejar ngan hanjingg.. Me not loike!
Tapi overall, okey la Jimbaran ni. Happening :)

That's it for our first day..

BUSTED!

Aku pelik! Apesal benda ini jugak nak dibuat pembukak botol? #konpius


CAKK! tanjaat itew tu..

Okey dah la tu .. 
Next entry nak cerita pasal Volcano, Barong dance dan banyaaaakkk gegambars..

Stay tuned :)

LOve,
Farah